Tuesday, September 29, 2015

Happy Birthday Alisa!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Hari ini 29.09.09 genap sudah anak dara kolin 6 tahun. Tahun depan dan darjah satu yeay
Alhamdulillah, anak yang memang penyejuk hati ini seronok!
Diberi nama Alisa Maisara bermaksud penyejuk hati dan melindungi ini memang petah.
Kalau sehari tak dengar mulut dia membebel setiap hari memang tak sah. 

Selamat hari lahir Alisa!


Sebenarnya nak celebrate jam 12 malam, tapi esok dah sekolah kan memang tak dapat lah. Kek pulak dapat yang Doraemon, nak tempah Frozen yang macam dia request memang tak sempat. Tapi...mamy promise akan bagi kek frozen tu jugak ok.



Keluarga kecil kami! Parti malam tadi punyalah gamat. Habis bersepah satu rumah dengan spray parti yang ada. Yang penting anak dara kolin happy!


Semoga anak ini diberikan berjuta kebahagian dunia akhirat
Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
Dijauhkan dari perkara-perkara yang memudaratkan

Pertama kali ku peluk dikau dalam dakapan
Tiada perkara yang terindah lain pernah ku harapkan
#290909


Love, 
Kolin Zainal

p/s: hati sebak sambil menaip..sedar tak sedar mengalir jugak airmata :)

1 comment:

  1. yeay! happy belated sayang! comel gilaaa oii kek diaa

    ReplyDelete

loving me..loving you