Monday, March 16, 2015

mangga asam boi


Sudah lama nak try buat sebenarnya tapi tiada kesempatan. kebetulan kolin pergi kedai Dan ada pulak yang menjual buah mangga muda memang pucuk dicita ulam mendatanglah. harga dalam RM2 sahaja sekilo. murah kan!

dah beli potong-potong mangga masuk dalam bekas yang ada


kolin pakai cili hijau yang besar, takut guna cili padi sebab memang tak tahan pedas. kiranya ada cili dah memadai lah. tak lupa juga kolin masukkan satu sudu gula dan Asam boi sebanyak mana yang kolin suka. cari yang merah kat kedai tak ada pula, tu pakai lah yang putih. selepas semua dah letak bersama dalam satu bekas bolehlah kita gaul dengan mesra kan.

untuk proses mengaul kolin ada assistant yang selalu membantu mummy di dapur. anak bujang kolin, ali imran memang suka sangat membantu bila kolin buat kerja dapur. laju aje ali imran tawar diri nak menolong gaul mangga asam boi.


rajin kan anak mummy!

dah siap gaul rata, kolin letak air sedikit dan masuk dalam peti ais untuk rasa yang lagi aummm. terlupa sangat nak snap gambar bila dah siap makan sebab teruja sangat nak rasa hahaha. tapi memang sedap buat pencuci mulut selepas makan

boleh lah kolin bisnes lepas ni kan hahaha

#jommakan

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you