Assalammualaikum semua, harapnya semua kekal sihat di musim jerebu ini. Hampir setiap tahun kita menghadapi masalah ini kan, harapnya tahun ini tahun terakhir lah kan. Tak tahan nak menarik nafas berbau terbakar ni.
Okay lah korang, disebabkan bau pencemaran kan, hari ini kolin nak berkongsi dengan korang semua haruman baru rekaan Avon dan Kenzo Takada iaitu Avon Life Colour EDP for Her & EDT for Him yang terbaru. Wangian yang berpasangan iaitu untuk wanita dan lelaki ini dicipta oleh pereka haruman terkemuka iaitu Kenzo Takada. Diberikan sentuhan sofistikasi yang segar, menceriakan dengan magnolia sebagai bahan utama. Haruman dijamin kekal dari pagi sehingga ke malam ini dijual satu dari harga RM155.00 WM / RM178.25 EM satu dan boleh dapatkan terus dari wakil Avon, Butik Kecantikan Avon atau dari www.shop.avon.my hah senang beli terus online kan.
Jenama Avon ni dari zaman kolin kecik-kecik dulu dah pakai tau. Dulu selalu beli gincu dari Avon sebab kualiti dan harga murah sangat. Memang sesuai dengan bajet student tau.





