Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Selangorian cuti yeay

Assalammualaikum
 
hah...syok nyer weh cuti today. seronok sangat! dan betul sangkaan ku bos ku dapat anugerah dari Sultan Selangor. Rasa macam nak tanya masa kat opis hari tu tapi macam tak tertanya hehe..
Anyway ...Congratulations bos!!
 
anyway today hanya melepak lepak aje. kunun nak siapkan tudung nikah customer tapi tak siap jugak. so aku postpone ler..lagipun tak urgent. nak pakai nikah untuk bulan 3, cuma ada tudung kain sifon permintaan customer kene disiapkan pada 18 disember ini. hhehehe bonus bonus bonus
 
So semua tau kan cuti..aku pun melepak ngan cheepot aje satu hari nih. masak, makan dan borak borak aje sepanjang hari..fun!!!...thk u pot sudi datang rumah kolin ye..harap nanti datang lagi tau!
love u pot..
 
 
cuti sempena keputeraan DYMM Sultan Selangor..
Daulat Tuanku..Daulat Tuanku...Daulat Tuanku....
 
 
 
 
 
Kepada semua Selangorian...Selamat Bercuti yaa....chaiyokk  zz zz.z..z.z.z.z.z.
 
 
 
 

Ultras Malaysia Terbaik...!

Assalammualaikum
Aku pergi tengok bola malaysia vs thailand malam tadi. Kami pergi sekeluarga termasuk adik ipar aku lah. anyway kami decided nak pergi naik LRT sebab kalu kereta memang tak akan nak sampai lah kan. So pukul 5 petang kami dah bersiap dan tinggalkan kereta di LRT sentul. Yeay..masa kat  sana memang dah ramai dah oii..gelombang kuning hitam tak ketinggalan jua biru. Apa saja yang tulis malaysia semua orang pakai..semangat dengan bendera malaysia.
kolin, suami dan anak-anak terus amik lrt dari sentul ke bukit jalil hanya RM2.80 sahaja sehala. Masa dalam train LRT tu pun dah terasa kehangatan oii. tak dinafikan penyokong harimau malaya memang bersemangat sangat sangat termasuk aku.
sampai di stesen LRT bukit jalil, keluar aje dari perut LRT tu mereka bersorak sehingga bergema. penangan penyokong harimau malaya. kolin pun gedik sama pergi cari tshirt tuk suami, kolin dan anak-anak.mereka semua tukar tshirt lepas beli. kolin tak lah sebab memang dah pakai baju kuning pun. semangat tak aku hihihi...
Wah perlawanan bola bakal dimulakan, azan maghrib pun berkumandang. bangga sangat kolin, melihatkan senario ramai anak anak muda, semua lah..menunaikan kewajipan di mana mana sahaja. mereka mengunakan bendera dan kain apa saja dialas untuk menjadi sejadah. yang penting tuntutan kewajipan Yang Maha Esa ditunaikan. jangan ingat kami ke stadium tak bersolat ye...solat tetap solat.

masa nak mula tu sempat laa aku posing posing. tapi kan aku rasa penjual makanan kat
stadium ni memang mencekik darah. air dibancuh nampak oren, rasa ntah hape hape, burger kering nak mampus RM3 dema jual. Dah nak balik boleh pulak jual RM1 air dan burger pun RM1. dari awal awal bole tak jual makanan awak tu ikut harga yang boleh diterima akal. ini memang mengambil kesempatan mengila sangat tau. Sangat sangat tak bagus senario ini..
bayangkan nugget setangkat RM2 dan ada 3 ketul. sejuk, dah digoreng lama....berani dia jual harga tu. aiyoo..tak baik nyer...
anyway..masa perlawanan dimulakan..best giler weh. Pasukan Ultras Malaysia memang terbaik!!! Terbaik dari Ladang. teringin nak join sama oi..seronok giler..memang kalu pemain malaysia tak bersemangat tak tau lah kolin. Senario di stadium masa menyanyi lagu Negaraku sangat sangat meremang bulu roma. Sahutan sorakan dan nyanyian lagu semangat berkumandang tak kira mana saja di dalam stadium.


permainan pun dimulakan. memang tak dinafikan kita mempunyai banyak peluang untuk menang malam tadi. Tapi nasib tak ada, semoga pemain malaysia akan bertempur habis habisan di Bangkok nanti. Pastikan kemenangan milik kita MALAYSIA.

teringin nak kongsi semua gambar yang sempat kolin snap semalam. Perlawanan berakhir dengan seri 1-1...takpe kita masih ada peluang. Berjuang lah wahai perwira ku

apa yang tak best masa nak balik, penyokong harimau malaya berasak nak masuk dalam LRT..kesian ali imran ditolak sana sini..nasib baik tak jatuh. Harap lepas ini penyokong harimau malaya lebih prihatin terhadap anak-anak kecil dan kaum wanita yang sama-sama turun menyokong harimau malaya. selain makanan...takde apa nak dikomplen semasa berada di stadium malam tadi. Pihak berkuasa sepatutnya memantau harga makanan yang ditawarkan supaya peminat bola sepak ada win win situation. Peniaga dapat keuntungan..keuntungan yang sewajarnya..bukan meletakkan harga mencanak dan sesuka hati..

So keputusan seri..kita nantikan perlawanan timbal balik di bangkok..ayuh Harimau Malaya!!








 
tu nampak bunga api dan kertas putih putih tu..tak silap kolin tisu gulung. memang kreatif ultras malaysia buat macam ni..meriah giler..dan kolin memang baca paper today yang thailand memang saiko dengan peminat fanatik malaysia...saiko saiko
 
bersepah giler tak oii..ultras malaysia terbaik!!
 
KERAJAAN MALAYSIA TERUTAMA KBS HARUS MEMBAWA GENG ULTRAS INI KE BANGKOK UNTUK PERLAWANAN TIMBAL BALIK BAGI SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA HARIMAU MALAYA..PLS CONSIDER THIS KBS!!!!
 
semasa lagu Negaraku bergema satu stadium bukit jalil...syok sangat...!!
 


 
dan lelain tu gambar kolin anak beranak ler..anyway kalu harimau malaya mara ke final...kami sekeluarga pasti akan ke stadium sekali lagi untuk memberi sokongan..Go HM...

Msia vs Thai

Assalammualaikum..

malam ni aku akan ke stadium sekeluarga bagi menyaksikan perlawanan malaysia menentang thailand. hati aku memang positif harimau malaya akan mencipta sesuatu malam ni. team gajah ini memang ditakuti dengan kepantasan permain mereka. tapi aku tahu semangat juang harimau malaya lagi hebat dari semangat pemain negara gajah tu.
 
harimau malaya..harimau malaya selamanya..
ayuh bangkit..ayuh berjuang
demi negara tercinta..
sukan menyatukan bangsa, menyatukan rakyat malaysia
 
semoga harimau malaya beraksi cemerlang malam ini.
aku punye semangat bawak ali imran dan alisa maisara malam ni..let's mommy show you how the football spirit kids.
 
sangat tak sabar untuk game malam ini.
semoga harimau malaya menang!!!
yeay...see u all at the stadium..
 

 

stress

Assalammualaikum

hari ini adalah hari jumaat tuk aku berjimba jimba bersama kawan kawan terutama si milah. Dan aku penuh semangat nak keluarkan kereta dari bangunan purba aku ini. Setibanya aku di parking nan indah itu..terlihat lah 2 biji kereta memblok parking aku. Anyway senario memblok kereta adalah perkara biasa sebab dema dema tak prihatin dengan nasib kakitangan yang terpaksa buat begini akibat mereka mereka itu kedekut lot parking, tanah hatta tak memikirkan nasib kakitangan bawahan aka yang kurang gaji aka yang kurang duit. kami yang kurang duit..kene bayar parking hari hari ke tempat kerja. sedangkan mereka mereka yang bergaji besar..parking FREE....hah emosi aku tau!

Sekali aku tolak lah wira tu..tiba masa aku nak tolak kereta toyota tu. adalah budak budak opis aku yang baik hati nak tolong tolak, aku pun yeay yeay yeay~ lompat 10 kali hihihi

Sekali dema bersuara.."kak lin, kereta ni tarik hand brake". Yeay bertukar yeeeewwwwkeerrrr...
geram nyer aku akibat nya..aku tak boleh keluarkan kereta lah. obviously ok!!

So aku hangin satu badan..naik dari B3 bangunan usang ini ke security tuh. dema pun buat announcement berpuluh kali oiii...tak datang jugak orang tu...sangat nak suruh aku mencarut di pagi jumaat yang mulia. 

Akibat dari itu...milah tu terpaksa lah naik teksi untuk berjumpa aku nih. Hangin tak, aku ni dah plan baik punye tau nak ke mana mana dengan ferrari aku tuh..memang marah giler aku. Macam nak pergi calar calar aje kereta tu..tapi aku tak buat pun. sebab rasa macam bodoh aje nak buat. 

kepada semua yang terpaksa memblok parking atau kereta orang lain, waspada lah..jaga hand brake. Perbuatan anda memang menyusahkan orang lain. bayangkan kalau tadi saya ada emergency dan perlu balik atau kemana mana, tak ke jadi satu hal menyusahkan orang lain. Tak patut buat macam tu, etika memblok kereta orang harus tau kalu nak blok kereta orang lain. 

Kejadian hari ni memang betul betul menyusahkan aku. aku benci sikap orang yang mementingkan diri sendiri ini. dan kepada pemilik kenderaan ini JBJ 5932
awak betul betul menyusahkan saya hari ini. andai kata lah tadi saya memang ada kecemasan di rumah atau perlu ke mana mana, memang awak tak berhati perut tergamak meletakan kenderaan di situ. Dengan keadaan hand brake di tarik malah no. hp pun tidak dipaparkan dicermin kenderaan. 
Saya memang tak faham kenapa awak mementingkan diri sendiri. Kejam!!!

i hate u JBJ5932!!!!!!!


My polkadot

Assalammualaikum
 
aku kalu pasal bergaya kome orang jangan ler dengki oi..kali ni aku beli baju ni dan suai padan aje ngan skirt yang aku ada. dan nasib baik sangat sesuai ok..ramai jugak keliru dan tanya ni baju siap atau aku tempah. obviously beli siap sebab material baju ni adalah tshirt. ...
 
anyway konon konon yang aku pakai ni fesyen peplum kut. aku pun kurang faham..tapi rasanye yes..cuma yang ini kembang dia labuh dan lebih besar. dan setahu aku peplum adalah kecik aje alun bawah tu seperti baju lama-lama arwah saloma dulu.
 
jadi nyer dengan besar hati aku nak berlagak ler..anyway posing posing is part of my work too. hihih..sekarang meh tengok aku mengada mengada...
 

 
dan bila aku tengok gambar gambar ni ..memang i put on weight. aku seriously dah gemuk ok..bagi sesiapa yang betul betul kenal aku memang kata aku dah gemuk. dan aku sendiri tengok memang aku dah gemuk. aiyoo tak kan la aku pun kene minum alpha lipid tu oiii..
 
so now..cabaran diet untukku aku bermula lah...
akan aku lestarikan diet ku kuang kuang..dan lebih best sekarang aku nak cari video untuk aerobic..sesiapa ada klip aerobic yang simple dan menarik sila lah share weh ngan aku..kata sharing is caring kan..sian aku weh. dan gemukk uuwaaa...
 
so now..lets diet, lets keep extra money...
diet diet...
 
oiiii...kolin nak diet..?! mampoo..puiii

manik tabur tabur

Assalammualaikum
 
kali ini kawan se opis kolin tempah manik tabur. pada mulanya dia nak simple, tapi bila dah siap simple...dia suruh tambah nak dijadikan over hhaha. kalu nak tau ..menjahit manik bila nak over lagi senang nak buat tau.
 
anyway terima kasih sebab menempah. Sekarang ni syukur sangat tempahan yang diterima tak putus-putus. rezeki kolin cari tuk anak anak sekolah ni ooiii...terima kasih kepada kawan kawan yang menyokong...

thx a lot!!