Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MASAK LAUK KERANG

Assalammualaikum korang, selalu kalau dapat lauk kerang korang buat apa. Untuk kolin, kadang-kadang suka rendang kerang atau sambal kerang. Kadang kalau nak rasa manis kerang tu, kolin bakar atau rebus sahaja. Dan sekarang ini memang mahal betul kerang kan. Bila dapat kerang besar tu memang terasa juicy sangat. 

CARA MASAK LAUK KERANG PALING SIMPLE


Memula korang basuh kerang tu bersih-bersih


Selepas itu masuk dalam kuali bukan dalam periuk tau. Buka api dapur dan biarkan kerang tu masak dan keluarkan air dia sendiri. Tunggu semua kerang tu terbuka separuh sendiri.

Tunggu sejuk sikit, buangkan separuh kulit yang terbuka tu. 

Ambil daun salad dan hiris lawa-lawa macam tuan yang memasak tu

Selepas itu susun kerang dan daun salad dalam pinggan tu

Yang paling special ialah sos ini, kalau korang ke kedai tomyam siam memang selalu guna sos ini. Boleh beli kat mana-mana pasaraya. Senang giler tau. Korang tuang kan aje rata-rata kat kerang dan daun salad tu, dah pun siap!!!



Ini lah cara kolin buat kerang kolin, lepas tu panggil kerabu kerang hahaha. Padahal jalan shortcut giler, menipu aje keje nya. Kalau korang ke kedai tomyam, kerang bakar atau kerang rebus tu cicah sos ni lah la weiii. Cuma kolin tak cicah, kolin sira atas semua kerang dan salad tu. 

Dah bocor rahsia hahah. Masa update semua cakap sedap menyelerakan, padahal senang. Korang lepas ini nak jamu suami, mak mertua atau kawan-kawan try hidang kan lauk ini okay. Ini memang pembuka selera buat semua tau. 

Selamat mencuba masak lauk kerang buat sekeluarga sisturrrr

2 comments:

  1. Nakal juga kolin ye....gelak sorang2 baca celoteh kolin. Rasa terhibur. Apapun memang sedaplah kerang tu makan dengan sos Thai.

    ReplyDelete

loving me..loving you