Assalammualaikum semua. Pernah tak minum atau makan CHIA SEED? Sebenarnya dari dulu kolin tengok kawan-kawan sepejabat gila minum ni. Letak dalam botol air kosong dan tabur aje chia seed dalam tu. Masa tu tak terpedaya pun. Entah kenapa masa PKP 2 ni kolin teringin mula nak amalkan.
Chia Seed ini kolin beli kat Watson sahaja. Harga pun RM10 sahaja, murah kan. Setiap hari sebenarnya kolin minum. Satu cawan air, kolin masukkan chia seed. Kerap juga tau, sebab macam suka pula gigit chia seed tu. Ala-ala biji selasih pun iye, tapi ini macam lebih plumpy sikit. Tak rasa apa pun sebenarnya chia seed tapi suka kolin kunyah-kunyah hahaha.
Now kolin nak berkongsi dengan korang apa kelebihan amalkan CHIA SEED ni.