Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Anlene HEART PLUS untuk orang dewasa

 Assalammualaikum dan salam sejahtera

Memperkenalkan susu orang dewasa yang menerajui pasaran tempatan iaitu Anlene. Susu Anlene yang mampu membuatkan tulang yang sihat dan kuat ini, telah di tambah baik untuk kesihatan jantung juga tau. Inilah dia 
Anlene Heart Plus. 


Formulasi terbaru Anlene Heart Plus adalah untuk menjaga jantung yang menampilkan HeartMax dengan nutrisi yang mendapat kebaikan dari Plant Sterols yang mampu membantu mengurangkan kolesterol, Omega 3 (DHA & EPA) mengurangkan lemak dalam darah dan Potassium untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal. Manakala MoveMax untuk menyokong tulang, sendi dan otot bagi memberi sokongan kepada setiap pengerakkan 

 Dato' Sheila Majid yang dilantik sebagai duta menyatakan, semua rakyat Malaysia patut mula menjaga hati dan kesihatan mereka dengan memandang berat akan 3 kenaikan yang mana tinggi kolesterol, tinggi tekanan darah dan juga gula dalam darah tinggi. Seruan ini di nyatakan di dalam pelancaran baru-baru ini di mana semua masalah kesihatan rakyat Malaysia ditunjukkan secara statistik. Memang kita semua kena sedar diri kan. Sebabkan itu baik kita mencegah dari merawat kan.
   
Pelancaran yang di hadiri oleh Dr. Chee Kok Han, Professor dan Cardiology Consultant dari Hospital Universiti Malaya mengatakan ketiga -tiga penyakit 'tinggi' ini memang menjadi masalah utama penyakit di Malaysia. Manakala ini juga boleh menyebabkan sakit jantung dan lagi teruk Strokes. 
  

 Marketing Director of Fonterra Brands Malaysia iaitu Ms. Karen Ong, mengajak semua yang mementingkan kesihatan sendiri dan yang tersayang agar bersama-sama menyertai kempen yang di adakan oleh Anlene. Menyedari keperluan membuka mata masyarakat mengenai hal ini mreka telah melantik Dato' Sheila Majid iaitu ratu Jazz Negara untuk bercakap dan berkongsi kisah beliau menjaga kesihatan walaupun sudah lebih 50 tahun. Tak sangka kan, memang nampak Dato' Sheila awet muda betul. 

Berada di arena hiburan selama lebih 32 tahun, beliau sendiri menyatakan dengan Anlene memang banyak membantu dia dalam menjalankan rutin harian. Malah Anlene juga sedap di minum. Korang boleh pilih susu asli atau coklat juga tau. 

Jadi minum secara sihat, jaga kesihatan korang. Dan paling penting buat kawan-kawan yang baca blog kolin mula minum susu okay. Maklumlah kolin pun dah nak masuk 4 series dah hahahha. Jadi nak kekal aktif dan sihat kenalah cari supplement macam susu Anlene untuk terus bertenaga melakukan kerja seharian. 



 Semua orang akan tua, setiap tahun umur kita tetap akan bertambah. Tapi inilah usaha kita semua dalam menjaga kesihatan kita sendiri. Jaga-jaga penyakit 3 tinggi tu tau. Sayangi lah diri dan yang tersayang. Oklah kolin nak pergi minum susu Anlene ni. 

Babai

Kolin Zainal 

Class of 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Seronok sangat hati bila dapat frame gambar ini. Super Excited !! HAhaha..kalau korang nak tahu, ini lah kelas Ali Imran. Mana  kolin dapat gambar disebabkan ada kerja sikit hari tu, so dapat lah bergambar lah dengan semua kawan-kawan Ali Imran. 
(tunggu lepas sukan sea nanti okay, tengok kat youtube). 

Yang penting gambar yang dah pun di frame cantik ini pastinya akan tergantung di ruang tamu rumah kolin. Kenangan sangat !  
My Class of 2017. Siapa sangka kolin shooting bulan Mac yang lalu, dapat kenangan macam ini. Seronok sangat !!
Terima kasih Fazelyn dan team Mojo Production yang membuatkan kolin rasa seronok dan menghargai segala kesabaran team mereka. Terima kasih bagi kolin peluang, terima kasih bagi kolin merasa kenangan ini. Memang tak terbayang atau tak pernah terfikir nak lalui pengalaman macam ini. Tak sabar juga tunggu video yang bakal ditayangkan nanti. Inilah gambar kelas kolin 😍


 Nampak tak kolin yang mana satu hahahah...

I am totally happy and feel grateful for this. Korang doakan kolin dimurahkan rezeki lagi ya. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kolin ya. Kolin pun nak doakan korang yang sudi baca blog kolin, agar dipermudahkan segala-galanya dan semoga korang pun murah rezeki. Kaya raya macam DSV tu. 

Love, 

Kolin Zainal 

p/s: Semakin awak fitnah dan aib kan kita, makin murah rezeki kita awak

DASHING Anytime EDT khas buat lelaki

assalammualaikum dan salam sejahtera 

Sentiasa tampil dengan wangian hebat di mana sahaja! Itulah dia tagline untuk produk terbaru dari DASHING. Selain berpakaian kemas, bergaya kaum lelaki tidak mengira peringkat umur memang maklum mengenai bau badan kan. Memang bau ini menjejaskan personaliti dan imej seseorang, betul tak? Jadi dengan itu lah lelaki juga tidak ketinggalan mencari pewangi yang sesuai dan boleh digunakan semula berulang kali dalam masa sehari. 



"Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik", inilah kata-kata dari Mr. Venkat Jangam iaitu Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. Menurut beliau lagi, sesiapa juga boleh boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut sehinggalah hujung kai. Tapi sebenarnya baru badan seseorang itu lah menjadi faktor tarikan bagi menampilkan lagi persona diri seseorang. Disebabkan itu, tak kiralah lelaki itu apa pun taraf hidupnya pewangi amatlah penting tau. 

Disebabkan DASHING amat memahami keperluan para lelaki di Malaysia, kini jenama produk penjagaan diri lelaki ini telah pun meneraju pasaran tempatan di Malaysia dengan Anytime EDT, Dashing. Rangkaian terbaru ini bersaiz kecil dan senang dibawa ke manas sahaja. Bentuk yang direka khas untuk poket yang seumpama kad kredit ini memang comel! Comel dan praktikal sebab senang aje nak masuk dalam poket baju atau seluar tau. 


Rekaan Pek Dashing Anytime EDT yang penuh gaya ini sesuai lah dengan gaya trend terkini yang hadir dengan 4 variasi unik. Korang boleh pilih Cool, Active, Hattrick atau Ultimate Kick. 

Semua ini dijual di pasaran yang terdekat dengan korang dah. DASHING Anytime EDT 18ml ini dijual dengan harga RM7.00 sahaja tau. Jadi yang nak bagi hadiah dengan kawan, suami, adik atau sesiapa sahaja boleh lah pertimbangkan yang ini. 




Bau-bauan yang menampilkan lelaki maskulin zaman sekarang dalam saiz yang sangat unik dah ada. Kalau korang pilih Cool ianya gabungan Bergamot dan Galbanum yang dilapisi dengan wangian Amber dan Kasturi. Kalau Active, semarak haruman Fougere yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Manakala bagi Ultimate Kick menampilkan rumusan wangaian dari percikan citrus lemon dan ditambah kesegaran buah pelaga, vanilla dan haruman kayuan serta rempah. Akhir sekali Hattrick, diadun dengan kesegaran buah epal sitrus bersama aroma bunga dan calitan amber.

Itulah dia antara wangian dari DASHING Anytime EDT. Dengan harga yang sangat-sangat berpatutan, kolin percaya korang semua teruja kan nak belikan untuk yang tersayang. Kolin dah pun dapatkan dan siap anak lelaki dan suami kongsi lagi hahahha. 
 Dapatkan segera di pasaraya atau farmasi terdekat ya. 

Love, 

Kolin Zainal 

Pinggan Viral

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Salam hari Selasa uolsss...kita happy hari ini sebab semalam MALAYSIA kalahkan MYAMMAR dengan 3 gol berbalas satu. Tahniah Malaysian Football Team. Haa..dah jom pergi kat cerita yang kena dengan tajuk entri hari ini hihihih

Korang semua mesti dah tahu apa tu pinggan viral. Tapi ada juga kawan-kawan yang tak tahu. Pinggan ni sebenarnya cantik, warna warni dan memang kalau korang suka koleksi pinggan. Memang akan rembat satu atau dua. Cuma ada juga yang berkongsi cerita pinggan ini tak bagus untuk kesihatan sebab tahap plumbum yang ada. Korang boleh lah google mengenai keburukkan pinggan ini. Tapi kolin sendiri tak pasti lah betul atau tidak. Biasalah pinggan ni memang cantik. Buat yang suka simpan koleksi memang minat ler sebab warna dia memang mengancam.


Yang lonjong tu RM10 untuk 2 keping tu kolin suka. Sebab corak bahagian tepi sahaja dan corak tak melampau. Dan rasanya kalau isi kek atau buah-buah masa raya haji nanti memang lawa kan. 


Mangkuk yang sesuai letak hidang maggi dalam ni agak mahal RM15 untuk satu mangkuk. 


Yang ini mangkuk kecil sedikit. RM10 untuk satu biji. 


Pinggan makan ini pula dalam RM15 untuk satu keping. Warna-warna ni memang buat hati ni terusik sangat nak beli tau. 


Mangkuk ni besar dan boleh isi nasi putih atau mihun. RM25 untuk satu mangkuk ni. 


Yang ini pula ikut saiz pinggan yang korang pilih.

Secara peribadi, kolin tak gemar pinggan warna warni. Lagi suka pinggan semua putih bersih dan berselera nak makan. Ini yang kolin tengok masa pinggan viral ini dijual selama 3 hari di Plaza Alam Sentral Shah Alam. Kolin tak ler pergi CM kat KL tu semata-mata nak tengok pinggan ini. Rasanya kalau korang pergi beli kat IKEA atau SOGO harga pinggan yang berkualiti tu sama aje dengan yang ini. Cuma yang ini kita tak tau QC (quality control) mereka tahap mana. Tapi kalau di IKEA atau SOGO mungkin QC mereka lebih terjamin. Tapi terpulang lah kesukaan masing-masing kan. Hari tu masa kolin belek-belek tak beli pun sekeping. Sebab rasa macam tak ler best hahahahhaha. Jangan lah kecam weiii..memang suka belek aje tak berkenan nak beli. Tapi kalau korang nak beli, teruskan lah. Dah minat masing-masing kan. 

Kalau korang pergi PAS, Shah Alam dah takde dah. Nak tengok lagi pinggan viral ini sila lah ke Central Market, Kuala Lumpur. Boleh lah tengok Facebook, ramai yang update pasal ini. Ada juga personnel shopper buat jual beli pasal pinggan ini. Kalau malas beli, boleh order dengan mereka okay.  Itu aje lah cerita kita dengan pinggan viral ini. Sekian terima kasih

babai

Kolin Zainal

Baju Sekolah murah di NAGOYA TEKTILES

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Baru bulan berapa kolin dah cerita pasal baju sekolah kan. Tapi kalau korang nak tahu, baju sekolah anak-anak sekarang cepat sangat koyak tau. Kesudahannya memang kena beli yang baru. Padahal baru pertengahan tahun, kalau kolin masa budak-budak dulu memang baju sekolah baju tunggu lah naik darjah baru kan. Mana ada mak pak nak beli baju sekolah tengah-tengah tahun. Tapi kolin ni terpaksa la beli sebab baju sekolah agama, seluar tu dah koyak kat lutut. Baju sekolah kebangsaan berkolar tu tinggal sehelai. Dua helai lagi cerita donggeng ler. Satu papa gosok kena makan seterika, yang sehelai lagi ali imran seterika sendiri dan koyak. Sudahnya tinggal la sehelai weii..tak lalu nak basuh, sidai dan gosok setiap hari kan. Jadi kolin mencari ler..

Bagi kolin tak kisah jenama pun, janji baju sekolah. Nasib baik lah anak kita tak gatal kulit weii pakai yang murah-murah aje. Lagipun sekarang korang ingat baju sekolah murah ker. Kena jenama xxx tu memang kaw-kaw harga sehelai dekat RM40 tau. Kita bukan orang ada-ada hahaha. Jadinya ini lah yang kolin nak berkongsi buat korang yang nak bajet mencari baju sekolah. Beli aje lah, so nanti hujung tahun boleh jimat bajet kan. Beli aje kat NAGOYA Textiles Shah Alam di Tingkat 1. Murah sangat weiii...


Baju kemeja sekolah berharga RM10.00 sahaja sehelai tau. Murah kan !! Terus beli dua helai, ini nanti ada bajet kolin nak beli untuk tahun depan terus. Senang dan tak perlu berbelanja lebih untuk kelengkapan hujung tahun. Ala..saiz baju tu boleh agak-agak lah. Kalau mak-mak tu pandai aje pilih saiz baju untuk anak-anak. 


Baju sekolah agama sehelai RM15.90 dan seluar RM12.90, jumlah semua RM28.80 sahaja. Tetap murah dari jenama lain tau. Memang penjimatan hebat kalau yang nak mencari baju sekolah. Tapi kolin beli baju untuk anak lelaki aje hari tu. Tapi korang yang nak cari baju kurung dan kain kurung pun ada kat situ. Tapi mungkin saiz tak banyak sebab mereka nak celarkan stok kut. Satu lagi yang nak cari baju melayu untuk hari raya pun boleh. Jangan tak tahu, sepasang baru RM39 sahaja dan kain baju melayu elok tau. Berpatutan dan sangat ekonomi. Iyelah zaman sekarang seposen pun orang berkira weiiii..

Nanti pergi beli okay, kalau tak kisah yang murah-murah lah. Tapi kalau kisah pergi laa beli baju sekolah mahal tepi sana hahahah. Kita biasa-biasa aje pun boleh oii..

Terima kasih membaca

Love, 

Kolin Zainal 

Jom subscibe PPZTV



Assalammualaikum dan salam sejahtera



Korang tahu atau tidak sekarang ni dah ramai mengunakan laman YouTube sebagai satu lagi medium sosial tau. Dan jangan tak tahu ada yang menjana pendapatan mengunakan channel mereka sendiri. Malah ramai artis, youtubers dan ada juga kanak-kanak yang berjaya mempunyai subscriber yang tinggi tau. Ini semua salah satu cabang media sosial. Setiap media sosial ada baik dan buruknya, tapi terpulang juga lah kepada yang mengunakannya.



Buat korang yang tak selalu pergi ke Youtube korang mesti tahu kan.. Antara channel yang selalu kolin terjah ialah channel yang ajar memasak menggunakan periuk tekanan tinggi, cara lilit shawl maklumlah boring juga kalau asyik-asyik gayakan fesyen tudung yang sama. Satu lagi kolin suka tengok orang bermekap, pelbagai tips yang boleh kita tengok. Lagi menarik cara mekap orang dari Thailand. Mengangga mulut kita tau, tengok teknik mereka.



Tapi kali ini kolin nak berkongsi dengan channel yang dalam negara kita sendiri. Kalau nak kata tips, kisah masyarakat malah kalau korang ada persoalan yang tak tahu nak bertanya kat mana pun boleh tengok kat channel ini. Maklumlah kekadang ilmu agama ini kita semua malu nak tanya orang kan. Tapi di channel ini, korang boleh tengok ada tazkirah, ada ceramah dan banyak perkongsian menarik tanpa menyakiti hati mana-mana pihak pun. Isu yang dimainkan oleh mereka #gengdakwah ini memang kelakar dan kadang-kadang kita sendiri terperasan, situasi itu adalah situasi yang biasa kita tengok. Biasa sangat…biasa sangat sampai kita terlepas pandang. 




Mesti korang tertanya-tanya kan, channel apa lah kolin nak berkongsi kali ini kan. Channel dari PPZTV laaa…rugi kalau korang tak subscribe lagi dan tengok banyak video dari mereka. Dan kalau video memalukan boleh kita viralkan kenapa tidak video dakwah kan ? Lagipun media sosial ini kan salah satu medium nak menyampaikan berita baik kepada yang lain. Jadi kolin rasa lah kan, daripada kita sebarkan video yang tak elok dan memalukan tu baik kita sebarkan video bermanafaat buat semua kawan-kawan kita kat laman sosial tu. Lagi best kalau channel yang kita sokong tu adalah satu channel yang menegakkan agama. Iye lah, zakat kan wajib dalam rukun Islam. So lagi banyak kita berzakat, lagi tertib lagi banyaklah golongan Asnaf yang kita dapat bantu dalam tak sedar. Macam video kat bawah ni. Seronok rupanya kita yang berzakat ni laaa HERO ASNAF uolsss..mesti korang yang buat potongan gaji setiap bulan tak tahu kan benda ni. Kolin pun sama laa!! Rupanya kalau dalam video PPZTV di youtube tu kita ni ramai laa berterima kasih tau. Lagi ramai kita dan kawan-kawan berzakat, makin ramailah golongan Asnaf dapat kita bantu. 






So buat korang yang nak berkongsi dan subscribe channel ini jangan lupa ajak kengkawan semua ok. Share aje channel ini di Facebook, Instagram mahupun Twitter. Ini link mereka, jangan lupa tengok tau!



Love,

Kolin Zainal

NATIONAL CHURROS EATING CHAMPIONSHIP di MyTOWN Shopping Mall



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Hari minggu yang lalu, kolin ke MyTOWN Shopping Mall di Cheras untuk menyaksikan sendiri dan juga memberi sokongan kepada kawan-kawan kolin yang menyertai NATIONAL CHURROS EATING CHAMPIONSHIP. Pertandingan makan churros ini di anjurkan oleh Street Churos tau. Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh mengikuti Instagram mereka iaitu www.instagram.com/streetchurrosmy ataupun Facebook mereka www.facebook.com/streetchurrosmy


Pertandingan yang bermula pada jam 3.00 petang ini, telah menampilkan 3 kumpulan iaitu Kumpulan Big Mouth, Kumpulan Puing Puing dan Kumpulan Pelahoop. Dan apa yang perlu  mereka lakukan ialah MAKAN !! Pihak penganjur iaitu Street Churros akan menyediakan 30 keping churros bagi setiap kumpulan. Sebanyak 10 keping perasa Cinnamon, 10 perasa Coklat dan juga 10 perasa keju. Kesemua kumpulan perlu makan semua churros itu dalam masa 15 minit tau. Kalau habis makan 30 keping, pihak penganjur akan tambah lagi. Haaa..maknanya dalam 15 minit  peserta kena makan sebanyak mana churros yang mereka boleh.


Makan churros tak boleh separuh, itu di anggap kosong markah. Jadinya memang gigih lah setiap kumpulan menghabiskan churros mereka. Dan kalau korang nak tahu, setiap cawangan Street Churros ada pertandingan ini. Sabtu lalu yang kolin pergi tu, 3 kumpulan bertanding untuk ke peringkat akhir lah. Nanti kita tengok siapa yang menang ya. Inilah dia churros yang 3 kumpulan itu perlu habiskan. Banyak kan !



 

Dan ini dia barisan peserta hari ni yang bakal bersaing membawa pulang hadiah yang di tawarkan. Buat kumpulan yang menang tempat pertama, mereka akan membawa pulang RM200 Street Churros Cash Voucher dan RM100 Softree Cash Voucher. Pemenang kumpulan kedua, RM100 Street Churros Cash Voucher dan RM50 Softree Cash Voucher dan pemenang kumpulan tempat ketiga RM50 Street Churros Voucher dan RM30 Softree Cash Voucher. Ada hadiah tambahan tau, Man Of The Match Award akan membawa pulang Limited Edition Street Churros Bottle ada kipas istimewa dari mereka. Berdebar sangat nak tahu siapa yang memang. Maklumlah semua peserta nampak bertenaga dan bersemangat nak menang hari tu. 

 

Dengan deringan loceng dari pengadil pertandingan pun dimulakan. Memang riuh, gegak gempita lah Street Churros di MyTOWN Shopping Mall pada  petang tu. Jangan korang tak tahu masing-masing membawa penyokong masing-masing tau. Bersorak, tepuk tangan dan pelbagai aksi lain lagi. Tapi paling penting semua kumpulan kene fokus habiskan semua churros yang dihidangkan dihadapan mereka. Kalau korang nak tahu, rekod yang paling tinggi adalah 21 keping churros, hebat kan!! Kalau kolin memang mengah nak habiskan semua churros tu.

Kalau nak tahu, kolin sokong Big Mouth hahaha. Sebab kawan-kawan jugak tu, memang beriya tengok mereka makan sebab nak menang kan. Kepada peminat churros memang tiada masalah nak habiskan 30 keping churros tu kan. Siapa yang tak pernah rasa churros dari Street Churros korang patut cuba okay. Rasanya memang sedap dan tak muak pun. Kolin suka yang Churros Seeweed Fries tu. Sedap…kalau nak cuba yang biasa tu, order Cinnamon Churros. Kolin memang pasti lepas ini korang akan datang lagi sebab sedap. Kalau nak tahu, churros ini berasal dari Korea. Dan kalau di Malaysia, Street Churros lah yang menjadi pilihan ramai sebab keaslian churros yang dihasilkan mereka. 

 

Aksi mereka makan memang kelakar sangat. Sebab dalam masa 15 minit sahaja kena habiskan 30 keping churros tu. Dan kalau abis sebelum masa berakhir churros akan ditambah lagi.

 

Dah selesai 15 minit dan kiraan pun dimulakan oleh pengadil. Ketiga-tiga kumpulan dikira berapa churros yang masih tertinggal di atas meja. Dan juara untuk petang itu adalah kumpulan BIG MOUTH !! Mereka berjaya makan 16 keping churros sekaligus melayakkan mereka di Pertandingan akhir nanti. Memang kaki makan churros betul Aiin, Eyza dan Alja nih. Memang tempat pertama tu, habis dua kumpulan lagi kalah. Tahniah BIG MOUTH !!! Korang memang hebat sangat dan kepada kumpulan Pelahoop berada di tempat kedua dan kumpulan Puing Puing di tempat ketiga. Tahniah juga buat korang yang sporting masuk pertandingan ini kan. 


Inilah team Big Mouth dengan hadiah dan sijil masing-masing. Berjaga-jaga tau, kumpulan ini habiskan 16 keping churros !!Dan pemenang hari ini akan mewakili Street Churros di MyTOWN Shopping Mall untuk ke peringkat akhir nanti. 

 

Dan bagi Man of The Match dimenangi oleh ahli kumpulan Pelahoop yang berada di tempat kedua bagi hari itu.  Tahniah !!




Tahniah Street Churros Malaysia dan jua kepada semua pemenang. Terima kasih jua buat penaja Softree and Cornery-the popcorn gallery. Tak sabar nak tengok semua peserta di pentas akhir nanti. Mesti saingan lagi hebat kan, good luck buat semua peserta nanti ya.




Love, 

Kolin Zainal