assalammualaikum dan salam sejahtera
Kali ini kolin nak beralih selera sekejap, asyik cerita pasal berjalan aje kan. Kali ini kolin nak berkongsi resipi masak lemak style kolin. Alhamdulillah, jantung pisang yang subur, mekar dan segar ini kolin beli dari rakan sekerja kolin. Dia memang banyak tolong belikan untuk kolin sayur kampung setiap kali teringin. Dan semestinya kalau dah jantung pisang kita selalu rebus aje kan dan cicah sambal belacan. Tapi hari tu hujan dah lah sejuk pulak tu, memang teringin nak makan masak lemak cili padi tau.
Punyalah besar jantung pisang yang dia belikan. Kolin beli lah bilis mata biru dari Pangkor ini untuk di satukan bersama dengan jantung pisang ini. Haa...menaip secara laju ini pun dah terliur tau. Dah terbayang makan dengan nasi panas-panas kan.
Selain ikan bilis dan jantung pisang segar yang korang perlukan, ada sikit lagi bahan-bahan lagi. Jom kolin senaraikan supaya korang nampak macam mana nak sediakan bahan ini.
Tapi mula-mula, jantung pisang tu hendak lah di buang dua tiga lapis kulit merah tu dulu. Dua ke tiga atau empat lapis, jangan lah buang semua ok. Buang bahagian tangkai atas sikit dan belah dua dahulu, kemudian belah empat. Masa nak belah semua ini, sediakan periuk berisi air dan di letakkan sedikit serbuk kunyit, supaya jantung yang kita sediakan ini tak tukar hitam.
Kemudian potong lagi ok, jadikan macam kiub. jangan risau dia berterabur tu. Memang macam tu cepat relai jantung pisang ini. Dah siap semua basuh lah bilis yang dah dikopek itu.
Bahan untuk ditumbuk dan tumis:
Cili padi - 15 tangkai kalau suka pedas lebihkan lah
kunyit hidup - ikut suka
kedua-dua ini di tumbuk sehingga lumat, kemudian di masukkan air.
Panaskan kuali atau periuk, tuang bahan kita tumbuk yang dah bercampur air tu. Kolin tak tumis minyak, sebab nanti santan dah ada minyak kan.
Selepas itu, tunggu sehingga cili dan kunyit tu naik bau. Bagi lah cili tu cukup masak.
Sambil tu, masukkan daun limau purut, serai, dan asam keping sikit, tunggu lagi.
Bila rasa dah kering, masukkan air lagi. Janji cili kita tumis tu cukup masak. Selepas itu masukkan ikan bilis. Kolin suka bilis tu lembut, so biar lah sampai dia empuk dahulu. Nampak dah ok, dah lembut, kolin masukkan jantung pisang pula. Gaul rata sekejap dan kemudian masukkan santan. Kalau rasa kurang kuning hasil dari kunyit hidup tu, masukkan kan lah kunyit serbuk sedikit dalam tu sekali. Tunggu sampai jantung pisang tu lembut tau. Lembut sebab sedap nak makan nanti, buh garam sikit masa nak tutup api tu ok. Jangan banyak sangat sebab dah ada bilis tu, nanti masin pulak kan. Dah ikuti semua itu, dah pun siap lauk kita.
Selamat mencuba !!!
Love,
Kolin Zainal
Lawan plak ngan ikan masin gelama jeruk...wallah..tanpa bersalah bertambah 3 pinggan..ko kejam la kolin..ni dh teringin ni nok..
ReplyDeletehahhaa..sedap weii..
Deletehoiii! bahagiaaaa weeehh tgk masak lemak cili api tu walau cheq tak makan jantung pisang! hahahahaha :D
ReplyDeletetak cuba tak tau lagi weiii
Delete