Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Part 3 Fun & Play Package, Pearl International Hotel : Sunway Lagoon

assalammualaikum dan salam sejahtera

Haa kali ini blog entri kolin semua dah berepisod macam drama pulak dah. Ada part 1, 2 dan seterusnya, maklumlah kolin menginap 3 hari 2 malam ambil pakej Fun & Play dari Pearl International Hotel, Jalan Kelang Lama. Kalau sesiapa yang terlepas cerita dari mula pakej ini ada apa boleh lah rujuk kat 
dua link kat bawah ini tau.



Macam yang korang tahu, kolin dan sekeluarga dapat sekali tiket masuk ke Sunway Lagoon apabila menempah pakej ini. Dah lama betul tak mandi manda kat sini. Kepada yang masih merancang nak bercuti tapi tak mahu jauh-jauh, intai lah pakej yang ada di PEARL INTERNATIONAL HOTEL ini ok.

Seawal jam 11.30 pagi telah pun sampai di Sunway Lagoon. Tiket sudah ditempah oleh pihak hotel, tapi tetap kene beratur untuk mengambil pass masuk. Tengok lah sendiri harga caj masuk oleh Sunway Lagoon tu. Tapi dengan harga RM560+ menginap di hotel semua ini dah termasuk tau. 



Nak masuk semua beg akan diperiksa terlebih dahulu. So dinasihatkan jangan bawak makanan macam nak pergi berkelah di tepi pantai tu lah ye.




Ini pula loker yang boleh korang simpan semua barangan peribadi RM22 untuk Standard dan RM43 untuk Large. Buat family kolin yang bawak satu beg sandang ambil yang standard sahaja. Tapi itu pun sempit jugak lah wei, kalu korang ramai baik ambil yang large tu.  




Sekarang di Sunway Lagoon dah ada 6 taman tema yang boleh korang semua pusing. Itu sebab tinggalkan beg di satu loker dan korang pusing lah satu Sunway Lagoon. Memang jauh dan sebelum pergi pastikan ada sikit stamina tau. Sekarang banyak dah aktiviti bersama keluarga, siap ada macam mini zoo lagi tau. Sepanjang hari kolin kat sana sekejap panas, sekejap hujan. Tapi memang sampai jam 6.00 petang kami semua kat sana. Tak banyak gambar yang kolin ada sebab kamera kolin tak kalis air. Lepas ini memang kene beli yang kalis air, rugi pulak tak dapat tangkap gambar semua aktiviti yang ada di Sunway Lagoon. 
Mana nak cari duit ni oiiiiii...doakan kolin kaya ye

Nak makan tengahari di Sunway Lagoon pun dah ada banyak pilihan. Mahu makanan segera atau yang berat macam nasi dan mihun juga ada. Banyak stall dah, bukan macam dulu. Jadi bercuti dalam bandar best jugak kan. Dah selesai bersuka ria di seperti yang dijanjjikan kami semua menunggu shuttle dari 
PEARL INTERNATIONAL HOTEL untuk balik. 

Kan kolin dah cakap, pakej ini sangat berbaloi. Ada penginapan, sarapan, tiket ke sunway lagoon dan penghantaran pergi dan balik dari hotel. Mana lagi nak cari yang berbaloi macam ini kan. 

Next entri kolin nak cerita apa yang kami dinner bila pulang dari Sunway Lagoon pulak ye
Ada yang menarik untuk korang semua tau...

Ini kolin nak share kolum yang ada di Lobi Hotel....lawa kan..


Terima kasih membaca entri ini

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you