Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Lava Cheese Tart di Village Grocer hasil dari produk tenusu New Zealand

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat makluman kaki makan manisan atau lebih tepat cheese tart kini korang boleh dapat rasakan kesedapan pelbagai perisa cheese tart di Village Grocer. Melalui pengalaman Chef May Foo yang berjaya menghasilkan Lava Cheese Tart yang sedap mengunakan barangan yang terbaik dari New Zealand. Menurut kata Chef May Foo, semasa menghasilkan resipi untuk tarts, dia telah mengkaji dan melihat pelbagai bahan-bahan dari serata dunia dan semua ini diakhiri dengan barangan dari New Zealand yang sememangnya kaya dengan produk tenusu mereka, lebih-lebih lagi keju asli mereka. 


Produk yang digunakan bagi menghasilkan tart yang sedap ini antaranya Anchor Butter dan Cream Cheese sebab produk ini sangat mewah dengan berkhasiat. Siapa yang pernah guna akan tahu bagaimana lemak berkrimnya produk ini. Yang penting tidak membahayakan kesihatan kita ok.


Di inspirasikan dari kegemaran rakyat Malaysia, Chef Foo telah menghasilkan tart yang sememangnya sedap dan sukar di tolak. Memang sekali cuba, pasti nak rasa lagi. Pastri tart yang ranggup dan lembut tau kalau di Village Grocer. Untuk menikmati semua tart ini, ianya telah di sediakan dengan 4 perasa atau inti yang berlainan iaitu Original, Golden Lava, Matcha dan Tiramisu.

Kenapa tart di sini sangat istimewa, kalau korang nak tahu 2 jenis Anchor Cheese yang digunakan untuk mencipta inti tengah atau filling tart di sini iaitu Cream Cheese dan Parmesan Cheese. Tart di Village Grocer juga di jual pada saiz mudah digigit dan paling penting ianya dibuat segar untuk semua pelanggan setiap hari. Tart yang mempunyai 4 inti di bahagian tengah ini sememangnya mengunakan barangan premium yang dihasilkan dari New Zealand. Untuk memberikan rasa terbaik dan memang macam yang kolin cakap, rasa satu pasti nak lagi tau. Harga tart ini dijual dari harga RM3.50 setiap satu. 

Jangan lah risau kalau korang tertanya-tanya mana pulak nak dapatkan barangan premium dan berkhasiat ini. Datang sahaja di Village Grocer dan semua bahan-bahan ini sangat mudah untuk di dapati di sini. Bukan produk Anchor sahaja yang ada, malah proudk lain seperti apple, chocolate dan jua mentega kacang ada juga. Antaranya New Zealand apple, Pic's Peanut Butter dan Whittaker's Dark Ghana Chocolates. 


Sempat lagi kolin tengok demonstrasi bagi menghasilkan tart yang sedap-sedap di Village Grocer. Itu yang kali ini kolin nak kongsi resipi bagaimana korang semua kat rumah boleh buat sendiri Golden Lava Tart di rumah. Kalau yang malas macam kolin, senang sahaja, pergi di Village Grocer dan beli sahaja. Tapi buat korang yang rajin dan nak tahu betapa sedapnya Golden Lava Tart, kolin berbesar hati nak kongsi resipi. 
Sebelum itu kolin belanja gambar Golden Lava Tart yang meleleh kejunya bila di gigit. 


Ini lah dia resipi ORIGINAL LAVA CHEESE TARTS

Cara buat tart shell atau kulit pastri luar tu.

Anchor UnSalted Butter 150 gram dan  icing sugar 50 gram
Telur Gred A sebiji
Tepung serbaguna 300 gram dan sedikit garam. 

Campurkan semua butter dan icing sugar di kacau rata. Tambahkan sebiji telur dan tinggalkan sehingga menjadi doh. Rehatkan doh selama 30 minit di dalam chiller dan masukk ke dalam loyang tarts mengikut saiz yang dikehendaki. Buat setebal 2mm dan bakar tart shells pada suhu 180C selama 13-15 minit. 

 Cara buat campuran Lava Cheese (bahagian tengah)

Anchor Cream Cheese (dilembutkan) 250gram bersama Anchor Salted Butter 50gram
Anchor Whipping Cream 150g bersama Susu UHT 100gram
Perfect Italiano Parmesan Cheese 15gram
Gula 100gram
Tepung Kastard 15gram
Telur Grade A sebiji dan Esen Vanilla satu sudu kecil

Campurkan cream cheese, butter, whipping cream, susu, parmesan dan gula. Semua sekali mengunakan cara double boil dengan air panas pastikan semua sebati. Asingkan air tersebut dan masukkan tepung kastard, telur, esen vanilla. Gaul rata sehingga adunan menjadi pekat. 
Tinggalkan adunan di dalam peti sejuk beku selamat 2 jam sebelum di sapu dengan putih telur. 
Bakar pada 230C untuk 7-8 minit sehingga bahagian atas bertukar keperangan.

Dah siap pun resipi ORIGINAL LAVA CHEESE TART untuk yang mencuba resipi ini di rumah. Pastikan oven masing-masing tau, sebab masa membakar kadang-kadang bergantung pada oven di rumah kita jenis apa. Kolin bukan kaki masak pastri, jadinya memang akan ke VILLAGE GROCER bila rasa nak makan tart yang sedap ini lah.  Ini lah dia antara tart yang dihasilkan di Village Grocer. 

Sempena pelancaran, semua peminat tart boleh beli 5 tart dan dapat percuma satu lagi. Satu kotak berisi 6 tart dijual pada harga RM15.00 sahaja dan promosi ini boleh korang dapati di semua Village Grocer outlets yang berdekatan dengan anda. Kalau nak lebih maklumat layari www.villagegrocer.com.my

Semasa demonstrasi, ada juga pertandingan menghias di adakan. Tahniah kepada pemenang yang telah berjaya menambat hari juri dan membawa pulang hamper dari Village Grocer.



Macam mana korang, mesti teruja nak rasa dan nak tahu apa rasanya kan. Percayalah cakap kolin, masa pelancaran ini kolin makan tart dari Village Grocer tu memang lemak sangat. Sedap dan berbaloi untuk dibawa pulang ke rumah atau berkunjung ke rumah sanak saudara. 

Bagi yang ragu-ragu Anchor Food telah dapat halal dari JAKIM ya. So tak perlu nak was-was nak beli barangan dari New Zealand. Korang sendiri boleh baca semua label sebelum membeli rangkaian dari New Zealand ini. Paling kolin suka apple dari New Zealand yang masih kekal segar dan ranggup walaupun telah di bakar menjadi tart. Terasa betul kesegaran barangan yang digunakan ini. 

Jangan lupa kongsikan bersama resipi kat atas tu ya. Kalau nak lebih lagi resipi boleh email kolin di collin3108@yahoo.com. Mana tahu korang nak buat Jazz Apple Frangipane Tart pulak kan. 

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you