Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Jom tonton UPIN & IPIN JENG JENG JENG

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bertuah rasa kali ini kolin dan keluarga dapat menonton Sneak Peak UPIN & IPIN JENG JENG JENG di IOI Putrajaya Mall malam rabu yang lalu. Terima kasih kepada DenaiHati Networks yang sudi menjemput kami sekeluarga untuk tayangan awal ini. UPIN & IPIN JENG JENG JENG telah pun mula tayangan pada 24 November 2016. Jadi korang boleh lah bawa seluruhahli keluarga ke pawagam terdekat.


Haa nampak tak anak-anak dah bersemangat pegang tiket
menunggu tayangan Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng.


Ini antara tetamu VIP yang hadir sama bagi sesi tayangan perdana Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng.
MENTERI PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek 


yang turut sama menonton bersama kami dari mula tayangan sampai habis tau. Sporting sangat !




Ini pula buskers yang ada di luar panggung yang menghiburkan kami dengan lagu tema mereka
Nak dengar klik sini ok http://www.asamboi.my/lirik-lagu-jeng-jeng-jeng-yubi-band-feat-upin-ipin/


Sedikit sinopsis mengenai UPIN & IPIN JENG JENG JENG.


Ianya mengisahkan Aqish seorang penghuni rumah anak yatim iaitu Rumah Kasih Darul Makmur. Penghuni rumah ini yang telah dijaga sekian lama oleh Haji Makmur dan anaknya Noreen telah mengalami kesukaran sejak pemergian Haji Makmur. Noreen anaknya, mendapat satu lagi dugaan dari Zaman yang mengatakan arwah ayahnya ada berhutang dan ingin mengambil kembali tanah rumah anak-anak yatim. Noreen putus asa tetapi dia mendapat bantuan dari Awie dan Bo yang merupakan bekas penghuni anak yatim itu jua. 

Pelbagai kisah sedih dan duka dalam cerita ini. Bagaimana anak-anak yatim ini dapat melalui semua dugaan yang ada pun dapat menjadi pengajaran kepada anak-anak kita. Anak-anak yang ada ibubapa pasti tidak sangka betapa sukar hidup sebagai anak yatim tiada ibu bapa. 

Aqish watak utama pula yang terlalu percaya Upin & Ipin dalam cerita ini membuatkan cerita ini agak menarik. Gabungan alam realiti dan animasi sedikit sebanyak bersahaja.

Buat yang ingin tahu lebih lanjut boleh klik link ini
http://denaihati.com/7-sebab-menarik-perlu-tonton-filem-upin-ipin-jeng-jeng-jeng


Ibubapa yang tak tahu nak buat aktiviti apa cuti sekolah hujung tahun, kolin rasa boleh lah ke pawagam terdekat untuk menonton cerita ini. Cerita selama 2 jam ini bukan sahaja mengambar keseronokkan Upin & Ipin tetapi banyak kesabaran dan kerjasama mereka dalam menyelamatkan tempat tinggal mereka. 

Lagi best, korang boleh tengok Awie dan Remy Ishak berlakon. Tak dinafikan Awie Poyo tu memang 'pick up' line yang sangat kelakar dan Remy Ishak pun tak kurang hebatnya. Watak Noreen yang dimainkan oleh Sara Ali juga nampak kesan. Sara Ali pandai memainkan watak terbeban dengan semua masalah bil dan masalah tuntutan hutang. Pendekkan cerita, jalan cerita ini lain dari yang lain. 

UPIN & IPIN JENG JENG JENG 


Filem ini yang kolin suka adalah tempat lokasi pengambaran mereka. Yang itu kolin bagi 5 bintang. 
Pastikan bawa anak-anak korang menonton tau.  Mana tahu sedikit sebanyak anak-anak kita akan fahami
ada orang lain yang lebih susah. Pada kolin, ini lah filem cuti sekolah yang seronok untuk ditonton.
Cerita banyak tak guna, jangan lupa ke pawagam ok. 

Love, 

Kolin Zainal

1 comment:

loving me..loving you