assalammualaikum dan salam sejahtera
Biasalah dah hujung-hujung tahun, sekolah anak-anak mula lah buat karnival, jualan hari kantin untuk mengutip lebih lagi dana untuk memajukan sekolah. Inilah pertama kali kolin pergi Hari Karnival di sekolah Alisa, berbekalkan kupon yang dibeli RM40.00 tu lah kami pergi bersuka ria. Tapi jangan memain, air mineral pun RM2 sebab kupon paling rendah adalah RM2 tau. Tapi jualan amal punya pasal kita sokong lah kan. Apa salahnya setahun hanya sekali. Inilah sekolah Alisa...
Meriah betul Karnival yang di adakan. Memula memang terperanjat sangat kolin sebab tengok karnival ni dah macam Fun Fair pun ada juga. Ada istana belon, tangkap ikan longkang, main dayung-dayung bot, rumah hantu, memanah, belon dan pelbagai jualan termasuk lah sayur-sayuran pun ada.
Disebabkan jalan sesak, kami sekeluarga park kereta juah lah sikit, jalan kaki masuk kawasan sekolah tu. Sampai aje bahagian pagar belakang tu, terkejut kolin tengok banyaknya wei aktiviti karnival amal sekolah ini. Memang lah ramai yang suka datang, sebab lain dari yang lain. Buat pengetahuan korang, kolin dah lama tak pergi hari kantin sekolah anak-anak hahahahha
Ini tangkap ikan longkang, 3 ekor RM10.
Naik bot pelampung, kayuh lah sendiri RM12 untuk seorang
Ada rumah hantu RM8.00, eii kalau nak cerita memang panjang sungguh cerita kolin pasal karnival sekolah alisa ini. Yang penting satu lagi aktiviti keluarga yang kami dapat bersama-sama.
Inilah wajah kesayangan yang happy dapat pergi karnival sekolah yang di tunggu.
Tahun depan dah darjah 2 dah...Semoga terus berjaya ye Alisa.
Dah penat bermain wei..jom lah balik !!
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you