Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Fenomena kopi tak akan pernah berakhir kan. Untuk kali ini, kolin tak nak juga ketinggalan tau. Inilah dia barang yang #viral sejak sebulan lalu NESCAFE GOLD BARISTA. Buat korang yang tak tahu apa dia yang kolin tengah ceritakan ini, dengan bangganya kolin nak umumkan kolin boleh minum kopi setaraf dengan cafe-cafe yang mahal kat shopping mall tu kat rumah sendiri aje. Hebat tak?!
Nak dapatkan mesin NESCAFE GOLD BARISTA ini senang sangat. LAZADA ada promosi dan web shopping online lain pun ada jua promosi ini. Siap harga istimewa dan dapat satu jar NESCAFE GOLD BLEND sekali tau. Kolin rasa korang perasan promosi kat bawah ini di banner dalam blog.
NESCAFE GOLD BARISTA ini adalah mesin yang sangat mudah, hanya perlu ON tekan sahaja 5 fungsi di atas tu. Inilah antara pilihan hidangan kopi yang boleh korang buat sendiri di rumah mengunakan mesin NESCAFE GOLD BARISTA. Letak sahaja cawan yang sesuai dngan sukatan yang korang nak, tekan terus. Dah siap pun kopi yang sedap untuk dinikmati di rumah kita sahaja. Tengok gambar di bawah untuk pemahaman bagaimana mudahnya nak hasilkan kopi dari mesin ini.
Terima kasih NESCAFE sebab cipta mesin yang hebat ini. Tak perlu susah payah guna kapsul, korang hanya perlu ada satu jar NESCAFE GOLD BLEND sahaja. Yang gula dan susu ikutlah kesukaan korang sendiri. Kalau suka pekat hitam ala Espresso untuk mulakan pagi anda, tekan sahaja butang yang tengah tu seperti dalam gambar. Inilah dia mesin NESCAFE GOLD BARISTA. Jangan risau kalau korang beli online, sebab kotak dia kecil sahaja dan ringan.
Apa yang kolin suka sangat dengan mesin NESCAFE GOLD BARISTA sebab penyelenggaraan yang murah. Hanya beli satu jar NESCAFE GOLD BLEND korang boleh buat lebih kurang 60 cawan kopi. Dan kalau lihat pada fungsi yang disediakan korang boleh cuba 5 jenis kopi. Tapi siapa tahu, kalau korang kreatif sedikit.
Sebagai contoh: kolin suka susu coklat dari susu putih, tekan button Latte, jadilah kopi Mocha untuk kolin kan. Terpulang kreativiti korang masing-masing. Lagi satu, kalau ada perjumpaan keluarga dan kawan-kawan di rumah, senang sangat nak buat
hidangan kopi yang segar dan panas -panas.
Sebagai contoh: kolin suka susu coklat dari susu putih, tekan button Latte, jadilah kopi Mocha untuk kolin kan. Terpulang kreativiti korang masing-masing. Lagi satu, kalau ada perjumpaan keluarga dan kawan-kawan di rumah, senang sangat nak buat
hidangan kopi yang segar dan panas -panas.
Mesin NESCAFE GOLD BARISTA ini kecil sahaja dan mudah di bawah kemana-mana. Kalau pergi bercuti, rasa tak boleh nak tinggalkan kopi. Bawa sahajalah ke hotel penginapan dan minumlah sepuasnya.
Warna ada dua pilihan untuk korang semua pilih. Ada hitam dan juga merah, kolin dah tentunya peminat merah dari zaman sekolah kan. Kecil, senang operasi yang paling mustahak harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Kerana kopi yang dihasilkan setaraf dengan rasa kopi dari cafe yang terkemuka tau.
Sementara ini masih ada promosi, walaupun dah hampir sebulan mengunakan mesin ini di rumah. Jangan tunggu lama-lama dan dapatkan mesin NESCAFE GOLD BARISTA dan nikmati gaya hidup moden dengan semua di hujung jari.
Sementara ini masih ada promosi, walaupun dah hampir sebulan mengunakan mesin ini di rumah. Jangan tunggu lama-lama dan dapatkan mesin NESCAFE GOLD BARISTA dan nikmati gaya hidup moden dengan semua di hujung jari.
Buat semua pencinta kopi, ini lah rasa kopi sebenar.
Love,
Kolin Zainal
wahh sedap tu!! mcm stakbuck gitu
ReplyDeletekan...buka sturbuk kat rumah hahahha
DeleteDah ada barista mechine ni kat rumah. Memang kena buat selalu bikin ketagih la dgn nescafe ni..
ReplyDelete