Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

jom bawak bekal

assalammualaikum & salam sejahtera

Demi langkah penjimatan yang diseru sejak akhir-akhir ini, kolin gigih bangun jam 5.45 pagi sebab nak siapkan breakfast dan bekal untuk ke pejabat dan sekolah. Gigih tau, memalam siapkan segala bahan dan pepagi subuh di keheningan pagi menumis. Ini semua sebab nak jimat!

Siapa yang cakap tak terkesan dengan GST tu memang menipu. Agaknya bila lah GST nak mansuh ye. 
Semua barang naik harga, takde pun yang turun harga. Penyudahnya berbekal lah semua orang di seru nya.

Nak dijadikan cerita, inilah menu bekal harian kolin. Sempat 3 hari aje nyah, kali ke empat dan ke lima terus proses food. Sebab dah dilanda demam, tak larat nak menumis bagai. Patah lah balik pada nugget, sosej, burger dan sebagainya. Maklumlah anak-anak kolin memang suka makan dalam bekal daripada berasak-asak kat kantin sekolah tu. Lagipun makanan dari rumah sedap kan. 

Ini menu hari pertama kolin. Mihun tumpah udang!


Menu hari kedua, nasi goreng kampung jinjang


gambar boleh pulak kabur...tersilap download lah nih. Tapi percayalah sedap tau. 
Nasi tu sejuk sebab dah letak dalam fridge malam tu. Memang kalau buat nasi goreng sedap giler. 
Kolin gunakan kailan daripada kangkung...nak yang manis sikit katanye hhihih.
Inilah untungnya memasak, boleh masuk apa yang kita suka kan.

Menu hari ketiga, kuew teow tumpah kerang


Gigih tau memasak pepagi setiap hari. Sebenarnya sampai hari ini tak pernah miss anak-anak ke sekolah bawak bekal. Biarlah roti bakar dengan peanut butter sekali pun, memang akan berbekal ke sekolah.
Kolin sendiri pun lebih suka bawak bekal ke pejabat. Sebabnya nak jimat, maklumlah macam di awal entri tadi semua barang naik. Daripada bising-bising baik cari penyelesaian macam mana nak saving kan.

So kepada semua yang bising cakap duit tak cukup tu, sila lah masak dan bawak bekal.
Berjimat lah, sebab kalau kita susah tak ada siapa yang akan tolong kita, melainkan duit saving kita.

Love,

Kolin Zainal


2 comments:

  1. mmg elok bawak bekal kak..jimat pun jimat...sedap lg...

    ReplyDelete

loving me..loving you