assalammualaikum dan salam sejahtera
Inilah dia hotel yang rating 3 bintang tapi memang menarik. Sebab lokasi dia memang kat belakang shopping mall CenterPoint Sabah, terletak dalam Warisan Mall, nak jalan kaki pergi pasar philippine dekat sangat-sangat dan nak pergi pasar malam kampung air pun dekat. Siap boleh shopping kat Jamilah Jewellery kat Jalan Sunsuran 4 tu. Memang terbaik dan murah sangat rate hotel ini.
Bilik memang dah macam 4-5 bintang. Sebab serba lengkap dan selesa sangat. Kadang-kadang kita ni pergi bercuti tak perlu penginapan yang 5 star tapi perlukan peginapan yang selesa dan dekat dengan segala-galanya. Percaya atau tidak hotel ini sebelah ada 7 eleven dan Orange Sorbet. So kalau tertinggal atau terlupa apa-apa senang sahaja, pergi beli kat sebelah hotel. Pendek kata mak abah aje tak jual ok.
Ini katil untuk kolin tidur selama dua malam. Selesa sangat, siap 2 bantal setiap katil. Tapi kalau lah korang jenis suka tidur banyak bantal, ada lagi satu bantal extra dekat almari tu. Suka tak?
Lihat lah sofa merah jambu, memang menjadi tumpuan apabila melangkah masuk bilik ini. Memang hotel ini WIN dengan adanya sofa yang super selesa ini.
Hotel ini memang semua bilik NON SMOKING rasa kolin. Dan siap ada sms service kalau korang nak apa-apa. Punya lah friendly kan.
Ini TV yang ada, siap peralatan nak buat air pun ada. Meja tulis dan kerusi kalau terasa nak buat kerja pun ada. Memang besar bilik ini, chiller ada jugak kalau korang nak simpan air sejuk.
Paling best ada peti keselamatan, seterika dan juga sejadah siap dah. Tak perlu melalak setiap kali ke hotel minta ini. Siap segala dalam bilik. Tu kolin cakap hotel ini macam bukan 3 bintang ler.
Dah siap tengok bilik, kolin bawak korang tengok toilet dan tempat mandi. Memang besar sangat, sesuai untuk kami yang suka berendam ala spa tu. Boleh bawa mandian garam atau pewangi kalau suka berendam dalam bath tub ok. Cermin besar, disediakan berus gigi dan semua alatan mandi lengkap semuanya. Memang terbaik! paling kolin suka banyak cermin hahahha
besar dan lawa sinki dia wei
berangan-angan sangat bila malam-malam basuh muka, sapu lotion dan lain-lain adegan lagi
Kalau tak posing tak boleh, sebab i just love big mirror!!!!
Dan kalau korang berkunjung ke Kota Kinabalu nak cari hotel yang selesa dan dalam bajet yang sesuai. Cubalah menginap di The Klagan Hotel ini. Lokasi sangat strategik terletak di tengah-tengah bandar. Nak ke mana-mana boleh jalan kaki sahaja. Malam-malam nak makan lobster pun berjalan sekitar hotel dah banyak restoran yang ada. Hotel ini mempunyai staff yang rajin dan sangat membantu. Dari front office Mr. Alijan, Sales Ms. Ainie dan Ms. Jessica sehingga banquet dan restoran. Semuanya membantu dan peramah. Surau pun ada kat sini kalau korang check out awal dan flight lambat kan. So tak perlu risau.
So last of the topik pasal Klagan Hotel adalah pose gedik di atas sofa merah jambu yang sangat selesa.
Sekian terima kasih
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you