assalammualaikum
Kolin berbesar hati sangat pihak P1 Brand & Communications telah berbesar hati menjemput kami semua para blogger untuk bersama-sama di Majlis Iftar OMANITE 2015 yang berlangsung baru-baru ini di Cenderawasih Ballroom, Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur.
Majlis Iftar yang sangat meriah ini diraikan bersama-sama anak-anak yatim dari Rumah Jagaan Darul Sakinah. Kolin amat bertuah dalam ramadhan kali ini dah dua kali dapat jemputan berbuka bersama anak-anak yatim. Inilah sebenarnya semangat Ramadhan orang yang susah kita raikan bersama.
Sampai sahaja di Ballroom Cenderawasih, kolin telah di sapa mesra oleh kakitangan P1. Terasa dekat sangat dah hari raya dengan semua berpakaian cantik belaka. Maklumlah pada malam itu juga pihak P1 akan mengadakan pertandingan "Pakaian Terbaik" dan pertandingan "Selfie". Memang kena sangatlah pertandingan itu sebab memang para blogger suka berselfie pun. Yang paling syiok ada photo booth yang ohsem, sebab gambar boleh di cetak terus dan soft copy nya di hantar ke email kita. Hebat!!
Nampak tak muka dan jari aku yang kepoh nak tekan sana-sini. Nak beli 10 mesin ini rasanya!
Inilah pengacara kami malam itu, Atilia Haron yang sangat comel dan sporting.
Lawa sangat baju dia tau, dari Jovian khabarnya (ni yg rasa nak p J-Boxing ni till 15 July)
Acara berbuka puasa ini di mulakan dengan kata-kata aluan dari orang kuat P1. Dan kemudian kami semua bersama-sama beratur untuk mengambil juadah berbuka puasa. Sedap betul sotong goreng tau!
Semasa kami masih menjamu selera dengan semua hidangan yang ada. Kami juga dihidangkan dengan persembahan dari band tempatan yang tidak kurang hebatnya.
Dapatlah kami semua berseronok dengan lagu-lagu raya nyanyian mereka! Lagi seronok Atilia juga berduet lagu raya tau! Memang meriah kami berbuka bersama P1.
Majlis diserikan lagi dengan pemberian duit raya buat semua anak-anak yatim yang hadir. Bestnya lah kan. Sempat juga kolin berselfie dengan anak-anak ini, memang sporting.
Dan akhirnya pertandingan "Pakaian Terbaik" pun di umumkan. Tahniah Najla sebab menang "Pakaian Terbaik". Tak sia-sia ko pakai baju renda-renda tau, siap cakap baju dari Form 4. Pitam akak dengar!
Blogger Leona sekeluarga juga memang malam itu, boleh dikatakan semeja dengan kolin semua bertuah lah.
Dan malam itu berakhir dengan meriah apabila kami semua dijemput ke atas pentas bersama-sama untuk bergambar beramai-ramai. Nasib lah tak runtuh pentas itu wei. Semua sporting naik pentas, tepi pentas, belakang pentas, depan pentas sebab nak bergambar beramai-ramai.
Lihatlah sendiri betapa ramainya kami di malam itu. Meriah, gembira dan berbanyak terima kasih buat P1 yang menjadikan ini satu realiti, kredit kak ruby untuk gambar ini.
Buah tangan dari P1 juga kolin suka sangat tau!
So harap tahun depan kita dapat berkumpul secara besar-besaran macam ini lagi.
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you