Assalammualaikum
Buat semua penghuni flat ada tak rasa malas nak sidai baju selepas basuh. Susah kan nak menyidai sebab tak ada tempat yang sesuai. Kesudahannya penuh lah kat tepi sana sini menyidai baju nak bagi kering.
Disebabkan kolin terlampau rajin sekarang ini kan, memang lepas basuh baju hantar dryer terus wei
Senang dan lega otak balik terus lipat dan susun. Memang menambah kos sedikit tapi bagi kolin asal kerja rumah selesai dan semua siap!
Nampak tak mesin banyak kat depan tu, semua tu dryer. Disebabkan nama dobi ini DOBI PAPA so laki aku lah pergi mengering baju. DOBI PAPA ini memang dekat giler dengan rumah kolin, naik motor pegang bakul ajer uoolss. Lagi mudah ianya dibuka 24 jam tau. Memang balik dari kampung nanti kolin datang sini aje, for sure baju mengunung.
Di DOBI PAPA ini menyediakan semua arahan yang lengkap cara-cara menggunakan dryer dan mesin basuh mereka. Bagi yang pertama kali macam kolin ini tak payah lah risau sebab gerenti boleh guna.
Masa kolin pergi ramai jugak family datang membasuh baju kat sini. Senang kut, sebab ada mesin basuh yang paling besar dan boleh basuh sekali terus. Eiii..mudahnya hidup
Inilah aksi anak kolin, Alisa Maisara yang tunggu depan dryer sebab teruja tengok baju tu berpusing-pusing. Kami ambil 24 minit untuk mengeringkan baju dan harganya ialah RM4.00. Di sini ada mesin menukar wang kepada token, ada wifi dan tempat duduk. Malah ada meja untuk melipat baju sekali
Ya ampun, lepas dah keluarkan dari dryer tu seronok tak terkira hati kolin.
Sebab semua dah kering, dah boleh dilipat dan susun. Kalau tak lipat pun, yang penting sudah kering semua kain baju yang kolin basuh 2 trip tadi tu. Leganya perasaan. Inilah emak kan, keja banyak. Mana dengan blogging, manik, kerja rumah dan kerja pejabat. Tapi kolin gembira dengan semua ini.
Semoga rezeki kolin lebih murah dan dipermudahkan segala urusan selalu.
Love
Kolin Zainal
p/s: Minggu depan nak raya dah hoooraaayyy
Sy rajin membasuh baju. Masa sy duduk flet dulu, keringkan baju mmg 1mdb..eh silap..1 masalah.
ReplyDeleteMujur rumah sy ada mesin basuh automatik. Kedai dobi sekarang pun banyak membantu.
hahaha ko mmg
Delete