Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

warna warni di aidilfitri 2015

assalammualaikum

ya ampun...lama dah kolin tinggalkan blog semenjak syawal pertama. Maklumlah memang menyahut seruan free gadjet semasa raya. Semua ditumpukan saling bermaafan dan berhari raya. Seronok tahun ini sebab anak-anak dah lebih faham erti berhari raya. 

Macam biasa lah kolin beraya di PJ dan juga di Kedah. Ada untung dan rugi berkahwin orang jauh ini. Yang rugi kena tol dan minyak kan, tapi yang untung kolin dan anak-anak merasa pulang 
berhari raya ke kampung. 

Ini yang rasa nak menyanyi sambil goyang-goyang bahu lagu " Balik Kampung". Sempat melawat pusara adinda kolin arwah ateh, sempat melawat kawan baik kolin si milah, sempat melawat ke kampung sebelah suami di Yan, Kedah. Terasa syawal lebih bermakna, bila anak-anak dah pandai bersalam dan minta maaf pada kami sebagai ibu bapa. Priceless sangat perasaan kolin masa tu, mereka dan pandai maksudkan apa yang mereka cakap. Sebak rasa....

"selamat hari raya mamy, abang minta maaf" 
"selamat hari raya mamy, alisa minta maaf"

Ya Allah bergenang air mata masa kolin menaip ini. Besarnya nikmat kolin rasa beraya tahun ini.  
Terlalu cepat anak-anak membesar dan sedar tak sedar tahun depan alisa dah pun darjah satu.

 jom kolin payung gambar sepanjang beraya 2015, bermula dari beraya di rumah cik timah aka Mama kolin yang ada di PJ dan terus ke Utara untuk sambung beraya.


Pepagi dah bersalam dengan Cik Timah kolin sekeluarga terus ke pusara adik kolin. Sedar tak sedar dah 11 tahun arwah ateh pergi. Anak-anak kolin tak sempat kenal macam mana keletah arwah makcik dia seorang ini. Setiap kali melawat, kolin akan bagitau banyak kali. Inilah kubur mak teh..inilah kubur mak teh. Al-Fatihah adalah hadiah untuk Mak Teh.


Inilah Cik Timah, pepagi raya BZ on the phone. Maklumlah mak aku kan glamor, ko hado.

Dah siap ke kubur, setiap tahun aku akan ke rumah BFF aku iaitu Milah. Rendang daging campur paru dia memang terbaik. Buat pengetahuan korang, memang dah menjadi tradisi kolin beraya umah dia. Kalau tak pergi dia panggil aku derhaka hahahha



Bila kolin dan milah BFF, mak kami berdua pun BFF
Inilah Cik Bedah dan Cik Timah, wajah kesayangan kami berdua



Inilah antara gambar keluarga kecil kami yang dapat kami abadikan. Maklumlah anak makin besar makin susah nak bergambar terutama Ali Imran yang semakin meningkat bujang. Tapi sejak ber blog ini, Ali Imran boleh lah juga bergambar sebab nak update blog kan. Sesiapa yang rajin boleh lah melawat www.imranbercerita.blogspot.com bagi sokongan pada Ali Imran.


Inilah perkarangan dan rumah kenangan beraya di Yan, Kedah. Maklumlah kedua orang tua dah tiada. Rumah pusaka ini tetap kami balik dan bersihkan setiap tahun. Semoga akan datang ada rezeki boleh dijadikan homestay untuk peluang orang lain beraya di kampung juga kan. Best tau, belakang tu semua sawah padi. Memang sesuai untuk orang bandar nak merasai pengalaman pulang ke kampung.


Disebabkan rumah akak ipar depan laut, memang anak-anak having fun lah mandi laut.


Sempat juga kami ber BBQ, merata kolin beraya tahun ini. Sg. Petani, Kuala Muda, Jeniang, Karangan dan ada yang kolin lupa nama tempat yang kami pergi beraya. Tumpang lah sebelah suami kan...thk u papa


sempat ber wefie masa perjalanan ke rumah abang ipar di Pulau Pinang
Yang tudung pink tu lah kakak ipar sulung kolin..baik hati sangat tau


Yang tudung pink, baju putih dan baju biru...tiga beradik
Suami kolin paling bongsu, tapi dia paling sado
I ada abang SADO..ko HADO


Dah selesai masuk penang, ole- ole jeruk pak ali memang tak boleh lupa
Dah habis beraya kat kampung, minggu ini bermula lah beraya di Jinjang pula
Buat semua kawan-kawan, sahabat-sahabat, kolin tak buat open house. Tapi jemput lah bila-bila masa berkunjung ke rumah kecil kolin di Jinjang. Boleh kita salam-salam peluk cium kan.

Di sebabkan kolin kaya raya ini, kolin tambah crown untuk hari raya nanti....ko ade? hahahah
pada mana yang menyampah tu, kolin minta maaf lah ye....bergurau senda di hari raya aje wei
jangan sentap sangat ye...senyum sikit..



Love,

Kolin Zainal

p/s: rezeki di bulan Syawal, semoga nasib menyebelahi kolin dan anak-anak. Amin


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you