Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Produk MarySharon tiba di Malaysia dengan menampilkan bintang terkenal Julian Cheung Chi-Lam

Definasi timur bertemu barat bukanlah sesuatu yang baru dan ianya menjadi peribahasa yang biasa di dalam perkongsian teknologi, perniagaan dan juga dalam menghasilkan makanan. Bagaimanapun, apabila France dan China bergabung dan menghasilkan satu produk kecantikan premium yang mampu menjual 10 botol dalam masa seminit di seluruh dunia ini amat mengkagumkan!

MarySharon menjadi bukti produk timur bertemu barat ini adalah satu usaha sama di antara France (mengetuai R&D dan formula produk) dan China (pasaran dan mengetuai A&P melalui Asian HQ yang terletak di Guang Zhou)


Diujikaji dan dibangunkan dengan Ketua R&D yang telah menyumbang kepada banyak produk yang terkenal ini,  MarySharon adalah salah satu produk yang telah melalui 120,000 kali clinical test dan mempunyai 8 patent. MarySharon yang telah dipilih menjadi "The Most Potential Brand Award" dalam tahun 2014 ini telah meraih 1,000 million jualan RMB di dalam tahun kedua 2014 di China.

Dengan mengunakan teknologi termaju, produk MarySharon memastikan dapat memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan kulit yang cantik dengan harga yang berpatutan. Produk ini di dalam kelasnya yang tersendiri umpama A Queen's Pampering For Every One.

Malaysia telah di pilih secara ekslusif melalui Shills Sdn Bhd untuk berkongsi keajaiban produk ini di pasaran Malaysia. MarySharon yang sesuai untuk semua jenis kulit ini mengunakan formula yang lembut dan bahan-bahan semulajadi. Kolin telah di beri peluang mencuba MarySharon Spa Sleeping Mask. Cara untuk mengunakan Spa Sleeping Mask ini ada 3 cara.

1. Selepas muka dicuci sapukan Spa Sleeping Mask ini dalam jumlah yang lebih di seluruh muka dan di cuci  setelah 15 minit.

2. Sapu Spa Sleeping Mask ini nipis-nipis dan muka dan basuh keesokkan hari.

3. Sapu lapisan yang sangat nipis dan basuh selepas 5 minit di waktu pagi selepas mencuci muka untuk memastikan solekan di wajah tahan lebih lama.

Kesemua langkah ini boleh dipakai satu atau dua kali seminggu. Kolin telah mencuba produk MarySharon Spa Sleeping Mask selama 15 minit sebelum tidur buat dua minggu berturut-turut. Bau sangat lembut dan senang disapu kerana MarySharon Spa Sleeping Mask ini sangat ringan teksturnya.
Kesan yang boleh kolin rasai adalah kulit kolin makin kurang berminyak, lubang pori-pori muka yang besar kini kian mengecil dan kulit semakin senang untuk dibersihkan. MarySharon yang mempunyai Gold Seeweed Essence ini memang bagus untuk merawat kulit yang mati, 
kusam dan melembutkan kembali kulit wajah.

Muka nampak lebih segar selepas mengunakan MarySharon Spa Sleeping Mask ini
 
MarySharon telah meletakkan Bintang Besar dari HongKong iaitu Julian Cheung Chi-Lam sebagai tetamu istimewa bagi memperkenalkan produk ini dan ianya akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Ogos, jam 1.00 tengahari di Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Untuk itu, anda boleh membeli mana-mana produk MarySharon yang berjumlah RM200.00 atau lebih untuk melayakkan anda mendapat tiket percuma ke CHI LAM meet Fans untuk tempoh masa yang terhad ya.


MarySharon telah melancarkan 4 produk untuk dipasarkan iaitu

MARYSHARON SPA SLEEPING MAS (Volume 110g) RM129.00
MARYSHARON QUEEN RADIANCE EYE ESSENCE (Volume 20ml) RM149.00
MARYSHARON QUEEN CHARCOAL CLEANSING MASK (Volume 25ml) RM139.00
MARYSHARON COLLAGEN HYDRATING MASK (Volume 25ml( RM99.00 sekotak

Jadi jangan lupa dapatkan produk MarySharon yang berada di Watson, Sasa dan Shills Beauty Houses yang berdekatan dengan anda. 


Love, 

Kolin Zainal

2 comments:

  1. Dah cantik tambah lagi cantik, Siap prepare untuk Raya la

    ReplyDelete
    Replies
    1. 14 days to raya Leona hihi

      Delete

loving me..loving you