Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Restoran Yus Sate Kajang

assalammualaikum

kalau bercakap pasal sate kajang mesti ramai ingat sate samuri kan. tapi kalau nak tahu di kajang banyak sangat restoran yang menyajikan sate. kita boleh pilih dan rasa berbagai jenis rasa perapan dan kuah kacang yang disediakan.

sebenarnya kolin nak cuba sate willy tapi tutup lah pulak. disebabkan perut dah keroncong kami try restoran di belakang sate willy tu.


Namanya Restoran Yus....

Kolin try 10 batang ayam dan daging, tidak mengecewakan. Kuah kacang pun sedap sangat. Memang juicy dan perapan sangat sedap. Kolin ni hantu sate..ini memang boleh dibawa ke tengah, ke tepi, ke belakang. Kiranya sedap!! rekemen untuk dicuba..



Harga memang kolin dah lupa
tapi sedap..jangan lupa try ok...

#makan #sedap #sate

Dari Jakarta to Bandung

assalammualaikum

#throwback #balingbelakang

Pengalaman kolin melepak di stasiun gambir ni memang menarik. Disini memang banyak saja restoran untuk lepak minum dan makan. Saingan sangat-sangat hebat, sampaikan mereka akan berdiri di hadapan restoran dan memanggil kita masuk ke dalam. Kegigihan rakyat mereka sangat mengagumkan koiln..serius!!

Sebelum kami melepak, memang tak larat sangat nak pikul beg masing-masing. Tapi jangan risau kita boleh tinggalkan beg kita di sini sementara pusing-pusing di kawasan sekitar. Contohnya: Dataran Monas.


Tak mahal pun simpan beg kat sini. Daripada ke hulur hilir bawak barang yang kita shopping kat tanah abang tu kan. Baik lah kita simpan kat sini. Tenaga nak kena simpan wei...

Melepak mesti order air kan...


ini teh O


Ini kopi..tak tau rasa apa..milah yang punye!!


yang melampau terkeluar isi semua ini si sue yang punye. Si kamal dan kak chik order apa kolin dah tak ingat sangat. Tapi inilah bayaran yang perlu dibayar melepak minum di sini.


Selesai minum dan ambil semua barang kami kene 'check in' untuk menaiki keretapi. Sama macam naik flight jugak. Di sini nampak sangat-sangat sistematik.

Masa menunggu di ruang atas kami didendangkan dengan muzik jawa ala ala jogjakarta. Merdu sungguh alunan muzik tu sampai kami semua hegeh-hegeh nak bergambar dengan Mas Joko semua. 



Jom ke ruang menunggu keretapi!!! Biarlah gambar menceritakan semuanya. Yang penting kami semua dah letih dan tadah ajelah muka bergambar hahahah. 








ok bai!!!!

#travel #jakarta #bandung #sawan bergambar

NY Steak & Shake, Midvalley Mega Mall

assalammualaikum

Selamat hari lahir mama!!

Sempena hari lahir mama kolin aka cik timah kami decided nak belanja mama makan. Pada cuti CNY yang lalu kami pun try pergi Midvalley Mega Mall yang dah berkurun sangat kolin tak pergi. Maklumlah kat sini ramai sangat pengunjung dan parking pun boleh tahan lah jugak.

Pilihan kami lunch untuk meraikan birthday mama ialah NY Steak & Shake di tingkat LG Midvalley.



yang tudung biru tu adik kolin nama dia awen, yang tudung kelabu tu cik timah dan seorang lagi anak buah kolin nama dia ayin. Baru tingkatan empat tapi tinggi sangat. Jom kita review pilihan menu yang disediakan di sini. Kita boleh pilih nak daging kambing, lembu atau ikan.




Mama kolin try Ribeye Steak minta dimasak 'well done' dan sos nya pula
 button mushroom yang berharga RM25.00.



Sos button mushroom tu pun dituang di atas steak, lembut dagingnya. Dia ada 150 gram dan 200 gram, harga pun berbeza sedikit. Tapi kolin rasa agak berbaloi kalau teringin nak makan steak sekali sekala.


Inilah 'all time favourite' kolin. Memang kalau ke tempat western inilah yang kolin pesan. Hidangan penuh ini cuma berharga RM17.90 sahaja. Ikan nya segar dan cukup besar dan side dish yang sangat sedap. 


Anak sedara kolin, ayin pula memilih burger, Yankee burger atau dikenali sebagai cheese burger yang berharga RM18.90 dan awen memilih Mushroom Burger yang berharga RM19.80. Nampak macam mahal kan, tapi memang berbaloi sebab burger tu besar. Terkial-kial juga awen dan ayin nak abiskan hidangan itu. Termasuklah kolin, sampai rasa nak melompat-lompat bagi padat perut.



Selesai makan, kami pun bersiar-siar di dalam Midvalley. Maklumlah keadaan agak lenggang sebab ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung dan bercuti. Lawa sangat dekorasi Midvalley sempena sambutan perayaan tahun baru cina tahun ini.


Untuk mama..Puan Fatimah Bibi Binti Noor Muhammad

Nothing can compare your love in the world
I am bless to have you as my mom
May you have a fantastic year ahead, may Allah SWT bless you, may you have a long life, 
i wish for your good health, prosperous year ahead.

I LOVE YOU MAMA

selamat tahun baru cina.... 'gong xi fa chai'

assalammualaikum

kolin sekeluarga ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina buat semua kawan-kawan dan pengunjung blog yang meraikannya. Buat yang lain Happy Holiday semua kawan-kawan yang bercuti panjang sempena perayaan ini. 

be safe! berhati hati di jalan raya OK!


Bougainvilla Resort, Port Dickson

assalammualaikum

Percutian hujung minggu yang ringkas dan dekat dengan Kuala Lumpur memang Port Dickson lah tempatnya.  Kali ini kolin berpeluang bercuti bersama keluarga yang tersayang. Selalu travel sendiri atau bersama kawan-kawan. So inilah percutian pertama kami untuk tahun 2015.


Bougainvilla Resort ini terletak di Batu 9, Jalan Kemang 12. Ianya selepas Batu 8 yang kebiasaanya menjadi tumpuan para pelancong untuk mandi manda. Untuk tempahan boleh hubungi 06-662 6582/7582, Email bvillaresort@gmail.com


Resort ini agak kedalam sedikit dan kena betul-betul perhatikan simpang masuk. Ianya terletak di bahagian belakang apartment yang berada di tepi jalan besar.




Kolin ambil bilik standard dan minta tilam tambahan dari pihak resort. Setakat keluarga kolin yang kecil ini memang bilik ini sederhana sahaja. Ada aircond dan kipas dalam bilik.


di sini ada juga taman permainan kanak-kanak, kolam renang dewasa dan kanak-kanak, padang kecil yang sesuai bermain bola dan aktiviti sukan. 




Tempat melepak juga disediakan buat ibubapa atau penjaga yang ingin memantau 
semasa anak-anak mandi manda. 


Ini pula salah satu landskap yang ada di dalam taman resort ini. Kolin sejak akhir-akhir ini memang suka perasan jadi model wei. Pantang orang nak snap gambar, cepat aje kolin pose.


dari resort ini kita juga boleh melepak tepi laut. Tak jauh sangat lah, cuma memang perlu berjalan atau menaiki tangga untuk ke tepi pantai.  Anggap aje lah senaman bila badan kian montok ni kan heheh



Mereka siapkan ruang penjalan kaki yang selesa untuk ke tepi pantai. Sekiranya kita ada kereta sorong baby pun memang senang sangat nak bergerak ke pantai. Seronok nya melepak di sini!




Tempat istirehat dan menikmati angin laut pun ada disediakan di sini. Bougainvilla Resort ini memang sederhana dan sesuai untuk seisi keluarga. Bagi orang yang tidak cerewet dan mementingkan star rating inilah resort yang baik dan harganya sangat berpatutan. Jika ke port dickson dan tak tahu mana nak bercuti dengan keluarga. Sila lah ke Bouginvilla Resort Port Dickson.


Tentunya meninggalkan kenangan manis buat anda sekeluarga.




Majlis Perasmian Busaba Thai Restaurant di Sunway Hotel Resort & Spa, Bandar Sunway

assalamualaikum

 Siapa yang suka sangat masakan Thai? Kolin nak cadangkan lokasi restoran Thai yang baharu untuk korang semua cuba. Ianya terletak di lobi Sunway Hotel Resort dan Spa yang terletak di 
belakang Sunway Pyramid Mall. Ianya ialah Busaba Thai Restaurant.



Melangkah masuk ke dalam restoran ini memang mendamaikan, dekorasi yang berunsurkan negara Thailand sangat terselah dengan keunikkan bau aromaterapi. Nak makan pun jadi berselera. Katakanlah kita stuck jammed kat Sunway tu, boleh berhenti makan dinner dahulu di sini. Memang tidak akan mengecewakan.


Sepetang bersama blogger www.kitepunye.com iaitu Nannie Isa sangat menyeronokkan. Kami memang berkawan dan bersekolah sama dari Tingkatan Satu lagi. Kiranya memang kawan sehidup semati lah. Boleh nannie?! Kiranya hari ni nannie jadi my dinner date lah..


Menu of the day!


Decoration on the center of the table.


We are at table 20. Our lucky number for the night


Kolin try buat iklan gigi  heheheh. Makan malam dimulakan dengan appetizer combo.


ada chicken sate, breaded chicken yang lagi dua tu kolin kurang pasti. Tapi memang sedap dengan cicah sos kacang dan cili yang disediakan bersama hidangan ini. Dengan alunan music syahdu dari band yang didatangkan khas untuk majlis perasmian ini memang membuka selera.



Hidangan ini dinamakan 'Famous Thai Fresh Prawn Salad in Juicy Lime, Chilies & Garlic Dressing'
Rasa udang yang segar dan jus limau memang sederhana. Tak terlalu masam untuk kolin lah. Yang paling menarik tomato tu dipotong cantik dan diletakkan lilin di dalamnya. Lawa dan kreatif sangat.


Ini pula 'Crunchy Angle Bean Salad with Prawns, Minced Chicken, Boiled Egg with Thai Dresing'
Ada kacang botol yang dipotong, isi ayam dan cili ditabur di dalam hidangan ini. Lebih kurang macam kerabu lah. Rasanya sedap dan sesuai kalau kita jadikan dia menu diet. 



Hidangan yang sangat menarik di dalam kelapa muda ini ialah 'Creamy Cocounut Chicken Soup & Mushrooms served in Young Coconut'. Sangat sedap! Udang segar dengan cendawan yang sangat kena dengan kuah yang disediakan.

 'Thai Green Curry Chicken'

'Stir fried Red Snapper Fillets with Thai Celery & Thai Chili Herbs'

'Roasted Duck served with Hongkong Kailan & Topped with special Red Gravy'

'Stir Fried Crab Claws meat with Yellow Curry Powder'

'Mango & Sticky Rice served with Coconut Cream'

Ribuan terima kasih kolin ucapkan kepada Emmy dari MalayMail, En. Shahrul Manager di Busaba Thai dan juga Ms. Trisna Lim, Brand Manager yang bermurah hati menjemput blogger macam kami untuk menghadiri perasmian kali ini. Terima kasih daun keladi, lain kali ajak lagi ye 
nannie, kolin dan emmy

Kolin nak share sikit gambar dekorasi dalam Busaba Thai  ini. Pada kolin memang lawa, cantik, menarik dan sangat-sangat authentic Thailand. 

Di pintu masuk Busaba Thai Restaurant


ada dua kuda kayu di kedua-dua belah pintu masuk utama ke restoran ini

hiasan kuda-kuda comel ini sangat menarik perhatian kolin

hiasan bunga dan lilin aromaterapi yang memang menenangkan di saat melangkah ke dalam restoran ini. 
 lukisan ini memenuhi salah satu ruang dinding di dalam restoran ini

ini pula, ruang tangga untuk ke tingkat atas ruangan VIP


yang paling menarik perhatian kolin pada masa itu adalah tulisan ini ada di dalam tandas wanita
"only do what your heart tells you by Princess Diana"
Good job on the decoration Busaba Thai!!

Disebabkan masa kolin review jatuh pada Hari Kasih Sayang, banyak juga hiasan berkisarkan tema yang ada. Kita memang tak sambut tapi dekorasi yang lawa memang tidak dapat dinafikan.




 cute kan cupcake roses ini, kolin makan dua biji sebab sedap sangat.

  
Dua jejaka ini lah peneman kami pada malam tersebut, kelakar giler mereka berdua ni.
Asyik ketawa saja sepanjang makan malam, banyak juga pengalaman yang mereka kongsikan buat kami
Nice meeting you ethan (malaymail) dan kawan u..kolin dah lupa nama hahahhaha
i pun ada sindrom short memory lost dah ....
Jadi jangan lupa berkunjung ke restoran ini untuk mencuba masakan Thai yang lazat. Kalau nak celebrate birthday, wedding anniversarry atau saja nak melepak boleh juga buat reservation. Jangan lupa try ok!

BUSABA THAI RESTAURANT
Lobby Level, Sunway Resort Hotel & Spa
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway
47500 Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5612 1033
Fax: 03-56131031
busabathai@seacuisine.com.my
Mike - Restaurant Manager

Sebelum terlupa Busaba Thai ini adalah di bawah rangkaian yang sama iaitu Absolute Thai.
Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh layari

http://www.absolutethai.com.my
www.facebook.com/AbsoluteThai



khidmat pesanan masyarakat ini dibawa oleh www.alialisakreatif.blogspot.com