Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Bali 2013 - Part 8



Assalammualaikum

Selesai makan lunch, kami di bawa oleh Pak Surya dan Connor ke tempat membeli belah. Tempat yang selesa, ada air-cond dan murah kata mereka. 

mall kecil ni jadi tempat kami shopping

kenderaan ini lah yang membawa kami ke mana mana

arca yang ada di pintu masuk mall ini

masa di dewata mall ini kami memang mengambil peluang untuk membeli barangan cenderahati untuk orang-orang tersayang. Semasa kat sini lah kolin beli tshirt, fridge magnet, keychain, makan orang bali  dan berbagai-bagai. Memang murah sangat ok!!

ko tengok aje plastik dema usung tuu...

selesai membeli belah pak surya membawa kami ke kilang perak (silver) di bali terkenal dengan kerja tangan diperbuat dari perak. tapi janganlah ingat murah sangat..mahal jugak ok. kalu di kedai-kedai besar tepi jalan siap ada kene bayar tax lagi. tapi yang kami pergi adalah perusahaan keluarga secara kecil kecilan. 

semua barangan perak di sini adalah handmade..buatan tangan..

kami di yan yan silver bali, indonesia

antara barangan yang dijual


selesai kami melihat barangan silver yang agak mahal tu, kolin dan mastura beli juga subang sorang sepasang. batu putih jernih. Harganya 100,000RP bersamaan RM35. Mahal jugak kan..tapi beli jugak untuk kenang kenangan. Selesai membeli belah di sini, pak surya akan membawa kami ke tampak siring. Tempat yang memang kolin nak tengok sangat-sangat. 

Bali yang penuh dengan adat tradisi nenek moyang ini memang sangat menarik dilawati..
banyak lagi part melawat bali yang akan kolin update..so jangan ler jemu baca hahahah.

sebab bila kita ambil tour guide, mereka memang bawa kita melawat to the maximum. Yang penting kami dapat melihat sebahagian kota bali ini.


adios...



p/s: menyampah tengok orang yang suka www.mengadu.com...

baju kelabu, manik pink

Assalammualaikum

akhirnya siap juga baju adek si peja ni. Sorry lah lambat siapkan, lagipun dia nak pakai pada 7 April kann heheheh. Semoga adik peja berpuas hati, disebabkan permintaan tuan punya baju yang nak warna pink so kolin letakkan manik pink terang sebab kelabu tu macam dah suram sikit hehe. Bukan KUSAM hahah..SURAM yee

Inspirasi buat design ni memang ada yang kolin cedok dari gambar-gambar yang ada di google. Terima kasih untuk semua tokey manik yang selalu berkongsi idea dan inspirasi. Tak lah tiru bulat-bulat sebab susah jugak nak tiru kreativiti orang. Cuma ambil sebagai guideline untuk design baru tambahan pada album manik kolin.






semoga berpuas hati yee...



p/s: susah bercakap dengan orang yang tak mengenang budi. Zaman susah aku ler yang ko selalu cari. Dah senang aku lak ko buat musuh. Ingat balasan Allah sekarang 'cash' kat dunia nih...

Mom & Dotter Pose~


Assalammualaikum

Kolin dan lisa posing-posing..comel tak kak tun?? ! hahahhaha

Lokasi: Jalan Tunku Abdul Rahman
Aktiviti: Tunggu papa dan ali imran pergi membeli makanan di pasar malam
Motipp: Perasan cun hahahha
Busana: Bali, Indonesia hihihi

Kolin bergambar macam tak kisah kan orang aje. Sebab boring giler laa menunggu hero-hero kami pergi membelikan makanan. Satu lagi nak alihkan tumpuan alisa sebab ramai sangat jual belon laa, mainan laa, bubble laa..mahal kut. Belon yang ada animasi tu RM5 tau..lepas kejap aje tahan. Busuk lak tuh..orang cari makan menjual macam2.

Sila enjoy gambar mom & dotter seperti di atas ye..
kalu cun puji ler...hahahha


Happy Weekend uoolsss....~

happy birthday kak nurul!!

assalammualaikum

happy birthday kak nurul!!...kata cik alisa maisara

semalam 27 Mac 2013... last minit jiran aku kak nita buat majlis harijadi tuk anak dara dia yang baru menganjak ke 8 tahun. Bagai dicita ulam mendatang aku sekeluarga datang rumah 
kak nita nak makan oiii...
jimat duit pergi pasar malam, kebiasaanya kolin sekeluarga akan ke pasar malam hari rabu tuk mencari dinner, tetapi hari ini di sponsor yee heheheh

so pukul 9 malam acara meniup lilin ler..sebenarnya imran dan bagitau mamy dia yang kak nurul punya birthday dan minta dibelikan hadiah. Mamy minta maaf laa ali imran, mamy terlupa sangat-sangat. So yang ada hanyalah "angpau harijadi"

anak kolin si lisa dah bersemangat dari rumah nyanyi lagu birthday. 
dia bab ini memang kesukaan sangat-sangat. 

jom nyanyi ramai-ramai

SELAMAT HARIJADI
SELAMAT HARIJADI
SELAMAT HARI JADI NURUL
SELAMAT HARIJADI..

(smlm versi melayu daaaa)

the birthday girl



jam 10 malam pun kami beransur pulang. makanan banyak ada mihun, mee goreng, mee kari, hot dog, buah tembikai, agar-agar..macam macam lah..

semoga Nurul Safiyyah Mohd Marzuki menbesar menjadi seorang yang berjaya satu hari nanti.
Happy Birthday!! ~

Hot Coupon by Pizza Hut

Assalammualaikum

hari ini dengan bangganya kolin nak share kupon pizza hut yang super murah. Dengan 3 kotak pizza regular (6pcs) dan 4 soup of the day...really make my day!!! hahah


terima kasih pizza hut!!

kepada sesiapa yang mahukan hot coupon ini sila ke link di bawah:


ianya dari 25  - 27 mac 2013 sahaja...
selagi stok masih ada...

sila dapatkan sekarang!!



kalau dah jodoh~

Assalammualaikum

kolin baru balik dari kampung ni, pada hari ini 25 mac 2013..saya baru sampai rumah dari kedah jam 3 pagi. Ya Allah sekarang masa tengah taip blog kat opis ni mata hitam memang nak bertukar putih dah oi..mengantuk sangat sangat sangat..

anyway ..balik pada 22 mac...sebabkan akak ipar kita kawen oii...setelah 9 tahun hidup bersendirian akhirnya bertemu jodoh. Ye lah kalau tah ketetapan ada jodoh kita memang tak ke mana. So kami memang tak melepaskan peluang nak berjumpa abg ipar baru hihi...

so kami yang sepatutnya bertolak khamis malam tapi ditunda ke jumaat pagi tu sebab macam terlalu penat. maklumlah malam khamis jugak kolin pack baju dan barang-barang. super tired!!

bertolak kul 8 pagi dari rawang..sampai kul 12.30 di Sungai Petani, Kedah..
syyhh...laju kan..diam diam sudah hahaha..

kak ina aka kak chik akan menikah selepas asar..so yeay..kami sempat menyaksikan pernikahan la. can't wait. Ni lah orang kata..janda bertemu duda...diberikan peluang sekali lagi pada mereka untuk menjalani kehidupan suami dan isteri macam orang lain. Kalau dah jodoh tak kemana..siapa lah kita nak melawan takdir jodoh kann..




alisa with mak lang

ini lah 2 orang akak ipar aku...superb ok!

ana punya biras hahahha

the bride and the groom...

banyak lagi gambar nak share..
next episode lerr...mata nantuk sangat nih..

kepada kak ina dan abang ishak..semoga dipanjang jodoh, dimurahkan rezeki, berbahagia selalu..
semoga pasangan ini bergembira selalu..amin





Halfmoon nikah ~ buat reena


assalammualaikum

pada mulanya half moon ni adalah sifon kosong sahaja. setelah berbincang dengan cik puan reena, dia mahukan yang simple. nak berjurai manik pearl putih dan gold keliling halfmoon dan tompok tompok pearl.

bila aku dah siapkan jurai tu, time nak buat tompok tu memang tak lawa kalu pearl tu sebiji-biji. Efek yang tak sangat laah..pengantin. 

so aku susun 3 pearl lain-lain size dan gabungkan dan terjadi lah selendang nikah halfmoon buat reena.

semoga reena gojes dan vogue hari menikah nanti..dan tolooongglaa jangan tanya aku 'soklan ajaib' banyak banyak ye hahahaha


kasih ~


so sweet kannn~

ini lah gelagat alisa maisara yang menjaga abang ali imran masa demam panjang hari tu. Siap tido kat tepi abang dan amik tangan pegang. Join tidur sekali..

mamy love both of you 



Ambil Darah ~

Assalammualaikum

Cerita minggu lepas ni baru ada masa nak share. Ali imran anak bujang ku demam..demam macam teruk sangat lah. suara sampai hilang, pucat dan tak bermaya. sedih sangat tengok, bawak p klinik tapi macam tak jalan. selepas 4 hari menanggung demam bertemankan ubat klinik. Kami dah tak tahan dan terus bawak ali imran ke hospital selayang. 

masa di sana..suhu badan ali imran memang panas kata doktor dan mengarahkan darah di ambil. Kesian imran ini adalah kali kedua darahnya di ambil. dulu demam gak..aku bawak p hospital selayang juga. Selesai darah di ambil, doktor kata darah semua "clear' yeay...syukur alhamdulillah..

doktor pun cek lah imran lagi..dan kata..tonsil dia bengkak dan merah. rasanya dia kurang minum air. dan orang yang mengalami tonsil bengkak ni biasanya badan naik suhu waktu malam, maknanya demam memalam....wooo...sedih~

selesai semua, kami ambil ubat yang berbotol botol antibiotik dan paracetamol. rasanya masa tu pindahkan lah sakit anak ni kat aku..sebab dah kesian sangat ngan ali imran.

so jum kita tengok anak bujang kolin masa darahnya di ambil..steady seh!!



soo brave boy isn't it??...sampai ke hari ini 20 mac 2013...ali imran telah sembuh sepenuhnya. syukur alhamdulilah..semoga ali imran sihat sihat selalu..


Bali 2013 -Part 7

assalammualaikum


ok dah selesai fish feeding, kami di bawa ke turtle island, semasa nak ke sini kami sempat lah saksikan orang parasliding bla bla bla. panas dan aku tak berminat tuk basah hari ni...heheh

memang sebelum ke sini kami semua sudah dimaklumkan untuk menderma 5000RP setiap orang untuk derma makanan haiwan. Semasa kat sana boleh lah kita beramah mesra dengan penyu ok..kecik, sederhana dan besar. Kat Malaysia pun aku tak pernah ada kesempatan pegang penyu ok. Sampai Bali lah pertama kali pegang penyu. 



geng mak jemah with penyu hihihi


yang kecik ni aje aku pegang dah sampai kat sederhana besar, sorry ler aku geli. sini ada ular, kelawar, biawak dan berbagai binatang lagi lah..bukan penyu sahaja. tapi serius aku tak pegang yang lelain sebab geli dan ye ye ye aku penakut ..puiii



si peja ler bergambar..sebab aku takuttttttt

haa pose



mamat ni lah menjadi tukang menerangkan semua keadaan di turtle island ini. mamat yang cuba sangat berbahasa melayu Malaysia dan sangat sangat kelakar. menurutnya dia pernah ke Malaysia untuk bekerja sebelum ini. Selesai tour kami di tempat yang kecil ini kami terus duduk dan minum sebab cuaca amat panas. Dan memang betul lah kata pak surya minuman dan makanan di sini agak mahal ye..tapi tetap minum..sebab panas

bot kami warna biru tu!

semasa kami melepak di sini adalah seorang mamat dari Qatar try huda heheh. dia kata huda ada arabic look. Tapi jodoh tak panjang sebab kami kene beransur menemui pak surya kerana banyak lagi program yang harus kami jelajahi..Penat sangat sebab banyak program di sini...tapi memang tak boleh habis satu bali lah. macam hari ini kami sepatutnya ke pantai kuta. Tapi pak surya memilih pantai benoa kerana di sini leh eco perlancongan berbanding kuta. tapi kami memang terkilan tak dapat ke kuta beach..uwaa

Selepas setengah jam ..kami terus di bawa bot ke Sea Safary..kolin menyangkakan tempat itu adalah sebuah hotel untuk kami menikmati makanan tengahari kami. Rupanya satu kapal yang besar ok!! marvelooussss sangat..makan atas kapal. cuma di waktu tengahari ianya tidak bergerak dan statik. kalu waktu malam santai dengan BBQ makanan laut. 

kami makan kat atas ship tu!




kami yang memangnya kelaparan sebab hanya menikmati roti bakar dan telur setengah masak kan pagi tadi, memang makan ler ..dah tak pandang kiri dan kanan dah..
selesai makan sempat lah kami tengok-tengok kawasan dalam kapal ini. seronoknye 1st time makan atas kapal yang dihias indah begini...sekali lagi..jom ke bali!!! hahahhaha

Selesai makan kami terus menaiki van untuk acara seterusnya..nak tau apa...jomzaa ...tune in next episode yaa...love u

adios...






p/s: kekadang bila kita ada sikap "pilih kasih" atau "FAVOURITEISM" yang kita tak perasan akan membuatkan orang lain melihat kita sangat TIDAK ADIL. Semoga Allah SWT bukakan pintu hatinya dan menjadi lebih adil ....

peplum crumble

assalam

ni adalah peplum yang super comel...the color so in right now..toffee colour. untuk tidak menampakkan dia murahan..kolin just letak pearl warna earth yang match the colour. 
hope she likes it!!





the crumble at the waist line, simple bead on the hand of baju..well tabur tabur all over the peplum skirt!...super nice for me!!


adios