Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Awen & Adha E-Day

Assalammualaikum

Pada 17 Februari 2013 berlangsung pertunangan adek kolin, akhirnya achik awen pun bertunang lah. Orang yang dia tunang bukan orang jauh sangat pun..org PJ bertemua orang Klang..so raya tak yah nak rebut balik mana ler..jem pun tak ler sangat..

majlis berlangsung selepas zuhur, kebetulan dewan kecil yang kami sewa bersebelahan dengan surau yang ada di flat kami tu. Maklumlah rumah sempit, kami mengambil keputusan untuk berkenduri di dewan sahaja.

Majlis berjalan dengan penuh meriah dan akhirnya yeay!! cincin disarung!
Berapa tahun dan berapa hantaran jangan ler tanya..doakan yang baik baik aje eh.

jom review majlis dema...

 the pelamin

Pelamin tunang ini adalah rekaan awen sendiri plus kolin ler. Ok tuk kipas yang disusun mengunakan kertas berwarna dan dilipat jadi kipas dan dicantum menjadi satu bulatan. Dan ditengah kipas di letakkan kertas berlainan warna untuk mendapatkan efek yang menarik. 

bola sfera kertas, bunga telur dan lampu semua kami guna barang sedia ada. So tiada pembaziran dibuat. Semua pinjam dan meminjam..karpet tu aku beli time raya di Jakel..murah dowh

hantaran

hantaran yang disediakan pun semua mengunakan bunga hidup. Rasanya lagi murah dari mengunakan bunga plastik nak menyimpan lagi payah ok. So kolin yang ditugaskan gubah hantaran menyiapkan sebaik mungkin. Alhamdulillah tuan punya diri suka hihih

 sirih junjung

bakul buah
ni aku sponsor ..bali oh bali

cokelat

perfume bla bla bla

kain baju melayu dan sampin untuk nikah

ada banyak lagi..dan semua kolin gubah hihihi..pandai tak aku hahahha
so selesai bab hantaran..bunga hidup yang dbeli memang berlebihan so bunga tangan tuk flower gal dan bakal tunangan orang

bunga tangan flower gal..tuk lisa, ayuni dan aqilah

bunga tangan tuk bakal tunangan orang

 the candy bar

flower for buffet table...DIY jugak

for dessert table..roses roses

the dress thats achik aween wearing!

bunga telur 

door gift..

of coz lisa pose dulu hahahha




jangan tanya lah ali imran mana..hilang dengan abang abang sepupu dia merata dia tawaf flat. so anak dara aku memamg ratu pose..so dia memang 'menghantui' pelamin DIY achik awen tu hahhaha

 love the simple pelamin kann

hantaran dari pihak lelaki


 muka pakcik aku sebiji muka arwah abah...sebak *alfatihah


acara pun bermula..pakcik aku ami bakar memulakan bicara..
kami anak yatim..so harapkan pakcik makcik yang ada untuk majlis begini
terima kasih sepupu dan sedara mara sebelah negeri sembilan tak lupa juga sedara mara sebelah johor..both or u sooo ohsem...

sebelah lelaki

sebahagian daripada sebelah kami

last minit touch up by cik milah

ni lah adek aku..awen. Jangan tanya napa kami nampak berlainan yee...dia dibela baik oleh mak aku hahaha

awen bersama mama aka cik timah dan mak tunang dia..mak si adha

cincin pun disarungkan



dah bertunang pun


awen BFF ...cik atun


kolin dan awen

Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah ini berakhir jam 4 petang sebelum asar lagi. Semua berpuas hati, alhamdulillah. Lauk pauk pun cukup tuk dibekalkan buat orang jauh bawak balik. Pada kolin majlis ini sudah cukup sempurna



Nasihat buat adik ku awen:

Peliharalah hubungan ini, sehingga ke jinjang pelamin.
Belajar lah bersabar kerana pada masa ini ujian 
kesabaran sangat payah. 
Hargailah orang yang menyayangi kita, kerana 
tidak mungkin ada orang lain akan 
menyayangi kita seperti yang adanya kita

Kesabaran itu Indah...berbanyak banyak bersabarlah adikku...



2 comments:

loving me..loving you