Hari kedua kami bangun dan bersiap-siap pergi makan breakfast roti bakar dan telur separuh masak. Maklumlah ragu-ragu akan halal tak halal so makan sahaja makanan yang rasanya memang ok sangat sangat. selesai breakfast, nak bagitau ini orang orang Bali sangat menepati masa, so masa kami di lobby hotel Pak Surya dan Connor sudah pun menunggu kami untuk aktiviti hari kedua. Hah masa ini lah kekalutan berlaku spek mata hitam ku hilang puas aku tanya semua orang semua tak jumpa. how careless am I kan..Dah ler bertajuk spek tu sangat rasa cuak oii
Anyway kami yang sangkakan akan melepak di Kuta Beach pada hari kedua meleset sama sekali. Kami di bawa ke pantai benoa di nusajaya. Disini semua aktiviti dalam USD meninggal ok!! mereka suruh diving, tapi aku ni rasa penat dan penakut tak mau diving. Diving di Bali tidak memerlukan lesen langsung, dalam masa 2 jam anda sudah boleh diving. Tapi kolin memang rasa sangat letih dan tak nak mandi laut sangat sebab sangat sangat panas. So apa yang kami pilih akhirnya, fish feeding and turtle island! nak tau berapa kami kena RP250,000 seorang bersamaan RM80 lebih kurang.. RP 1 juta untuk 4 orang ..gile kan..sbb harga USD
pantai benoa, nusajaya, bali
kami di bawa ke pantai ini memang kawasan pelancong. memang rata-rata mat saleh aje lah di mana pun.
cantek kan pantai nya
ramai kann..mereka kata pantai kuta lebih ramai..bayangkan!!
sini banyak aktiviti parasiliding, snorkeling, jet ski, banana boat maklumat penting aktiviti semua dibayar dalam USD so agak berat untuk warga malaysia. Di pantai kuta kolin tak pasti dalam rupiah atau USD.
lawa tak??? heheh
di sebabkan spek kolin hilang dan kalu di bali kene pakai spek, aku beli lah menatang tu kat tepi pantai sebelum naik bot. Harga topi pantai yang boleh dilipat (penting ye..sebab kalu tak boleh lipat susah nak masuk dalam luggage) dan spek rayban pelangi (kata indon tu) hanya RP50 ribu. Haaa bersamaan RM15 ringgit sahaja!! kat indon kita kene pandai tawar menawar, dan info yang menarik, orang indonesia cakap lembut tak kasar. So bila membeli gunakan nada ton yang rendah dan memujuk. Insya Allah..dapat murah. Ni berdasarkan pengalaman membeli belah ke Bandung dan Medan hihi.. Jadi dah 3 wilayah Indonesia kolin lawati, Insya Allah Jakarta would be next destination..or maybe Palembang..
kami di bawa untuk memberi ikan makan di sini. Hanya 2 keping roti yang dibekalkan kepada kami, akibat kelaparan Cik Mastura telah memakan roti tersebut hahahahah...bagus kan..
kome nampak tak ingat tu! dema vegetarian..makan roti
pose!
feeling feeling romantika hahahha
syok oo naik bot laju..
anyway selepas selesai fish feeding kami di bawak ke turtle island..nak tau apa tu turtle island di bali...tunggu next episod ye...rasa macam dah panjang sangat entri aku nih..mau percutian ke bali 3 hari 2 malam part 20 nanti aku bercerita haha
harap tak jemu membaca..adios
maybe sbb ramai sgt mat salleh, tu yg diorang prefer pakai USD... gile aaa.. trus fefeeling melancong kt Hawaii gitu..
ReplyDeletehahahah tempat yg dibawa oleh tour guide mmg tempat pelancong tu. Kan rupa melancong hawaii lah sangat kuikuikui
ReplyDelete