assalammualaikum
ok dah selesai fish feeding, kami di bawa ke turtle island, semasa nak ke sini kami sempat lah saksikan orang parasliding bla bla bla. panas dan aku tak berminat tuk basah hari ni...heheh
memang sebelum ke sini kami semua sudah dimaklumkan untuk menderma 5000RP setiap orang untuk derma makanan haiwan. Semasa kat sana boleh lah kita beramah mesra dengan penyu ok..kecik, sederhana dan besar. Kat Malaysia pun aku tak pernah ada kesempatan pegang penyu ok. Sampai Bali lah pertama kali pegang penyu.
geng mak jemah with penyu hihihi
yang kecik ni aje aku pegang dah sampai kat sederhana besar, sorry ler aku geli. sini ada ular, kelawar, biawak dan berbagai binatang lagi lah..bukan penyu sahaja. tapi serius aku tak pegang yang lelain sebab geli dan ye ye ye aku penakut ..puiii
si peja ler bergambar..sebab aku takuttttttt
haa pose
mamat ni lah menjadi tukang menerangkan semua keadaan di turtle island ini. mamat yang cuba sangat berbahasa melayu Malaysia dan sangat sangat kelakar. menurutnya dia pernah ke Malaysia untuk bekerja sebelum ini. Selesai tour kami di tempat yang kecil ini kami terus duduk dan minum sebab cuaca amat panas. Dan memang betul lah kata pak surya minuman dan makanan di sini agak mahal ye..tapi tetap minum..sebab panas
bot kami warna biru tu!
semasa kami melepak di sini adalah seorang mamat dari Qatar try huda heheh. dia kata huda ada arabic look. Tapi jodoh tak panjang sebab kami kene beransur menemui pak surya kerana banyak lagi program yang harus kami jelajahi..Penat sangat sebab banyak program di sini...tapi memang tak boleh habis satu bali lah. macam hari ini kami sepatutnya ke pantai kuta. Tapi pak surya memilih pantai benoa kerana di sini leh eco perlancongan berbanding kuta. tapi kami memang terkilan tak dapat ke kuta beach..uwaa
Selepas setengah jam ..kami terus di bawa bot ke Sea Safary..kolin menyangkakan tempat itu adalah sebuah hotel untuk kami menikmati makanan tengahari kami. Rupanya satu kapal yang besar ok!! marvelooussss sangat..makan atas kapal. cuma di waktu tengahari ianya tidak bergerak dan statik. kalu waktu malam santai dengan BBQ makanan laut.
kami makan kat atas ship tu!
kami yang memangnya kelaparan sebab hanya menikmati roti bakar dan telur setengah masak kan pagi tadi, memang makan ler ..dah tak pandang kiri dan kanan dah..
selesai makan sempat lah kami tengok-tengok kawasan dalam kapal ini. seronoknye 1st time makan atas kapal yang dihias indah begini...sekali lagi..jom ke bali!!! hahahhaha
Selesai makan kami terus menaiki van untuk acara seterusnya..nak tau apa...jomzaa ...tune in next episode yaa...love u
adios...
p/s: kekadang bila kita ada sikap "pilih kasih" atau "FAVOURITEISM" yang kita tak perasan akan membuatkan orang lain melihat kita sangat TIDAK ADIL. Semoga Allah SWT bukakan pintu hatinya dan menjadi lebih adil ....
Selesai makan kami terus menaiki van untuk acara seterusnya..nak tau apa...jomzaa ...tune in next episode yaa...love u
adios...
p/s: kekadang bila kita ada sikap "pilih kasih" atau "FAVOURITEISM" yang kita tak perasan akan membuatkan orang lain melihat kita sangat TIDAK ADIL. Semoga Allah SWT bukakan pintu hatinya dan menjadi lebih adil ....
besar gile kelawar yg kawan kolin amik gambar tu...
ReplyDeletebesar ler..takut hahhaha
ReplyDeleteoit k.lin menipu....mane ader kita duduk minum dekat pulau penyu tu...kita duduk jerk erkkk...hahahahha...lupa ker...?
ReplyDeleteoii..ada bukti tau aku duduk minum air mineral kat FB. ko gak yang upload..sape lupa skrg hahahhaha
ReplyDeletehahahahaha...yela yela....betul la tuuuuuu
ReplyDeletekann..hahah..
ReplyDeletehuda..abg Qatar kim salam hahahha