Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Medan - Part 1

Assalammualaikum

Pada 1 september 2012 tu kami sekeluarga telah decide nak ke Medan. Untuk pengetahuan tiket tu dibeli pada 8 Disember 2011 tau..dengan satu tiket 10 sen sahaja. Jadi nyer pergi dan balik hanyala seringgit tuk 5 orang. Tapi setelah di check in bag, tax bla bla jadi lah harga RM470 untuk perjalanan ke Medan, Indonesia seramai 5 orang. Still cheap kan! 

Jadi kami bersiap-siap dalam jam 9 pagi kami dah bertolak ke LCCT sebabkan dapat email dari pihak Air Asia yang mecadangkan agar cepat datang kerana masih di musim hari raya. So memang dijangkakan LCCT sesak. Dan memang betul! ramai nyer manusia ok..yang domestik usah kata lah mungkin ada student sekarang yang belajar di kelantan dan terengganu memilih naik kapal terbang daripada buang masa dalam bas berjam-jam tu kan. Jadi save masa dan kos lebih kurang sama aje...lagi lah kalu kita pandai godek-godek time Air Asia buat promosi tu kan. 

Kami sampai lebih kurang pukul 10.30 pagi..melepak la..sempat tukar duit rupiah lagi. Makan dan minum di Macdonald, flight kami di awalkan pada jam 1.35 tengahari. Tapi macam kebiasaan memang kene check 2 jam kan sebelum flight. Lagipun pergi bersama anak-anak kecil malas nak kejar-kejar pergi awal selesaikan semua sekali. Check in luggage dan yeay...separuh kaki dah nak naik kapal terbang. 

 alisa maisara with ice cream mekdi!

samalah dengan anak lelaki aku yang manja nih

siap beratur untuk cek in bagasi..lalu laa scanner tu dulu

belum apa-apa lagi budak-budak ni sibuk beli titbits kat airport tu..hadoi segram RM5.90 ko..bukan nyer murah. Tapi nak bagi mengelakkan ragam budak kan..beli jugak ler. Gula-gula yang macam jeli tu..haisshhh. Naik kapal terbang ni dah kali kedua tuk ali imran tapi masa tu dia masih berumur setahun dan ke Sarawak pada masa tu. So sekarang pada umur  6 tahun of coz lah dia teruja dan buat alisa maisara ini adalah kali pertama. Well...mereka sangat excited bile nampak airplane!!!

now everyone's can fly!
dema dengan titbits masing masing

so tepat pada masa gate pun telah dibuka..yes..!! jum ke kita ke Medan. Maklumat semua dah dikumpulkan...dapat juga komen kawan-kawan kata medan tak seseronok masa bercuti ke bandung dulu. Tapi u know what, saya pergi tuk melihat tempat orang dan janji pernah sampai dan tau di mana kah kota Medan tu kan...

bz layan gegula anak anak~

anyway..jum naik flight..anak-anak memang sangat teruja. siap order sandwich dan air peel fresh. Belum sampai mana aku dah kene belanja dema macam-macam ..hadoi..tapi tu lah dia cabaran bawak anak-anak ini. Laki aku syok aje duk seat sorang-sorang tu aman damai, aku yang duk bertiga tigaan ni kene tenteram kan dema. Flight ke Medan memang kejap sangat..tau tau aje nak sampai...dalam flight kene isi kad putih tu dan borang tuk istiharkan kalu-kalu ada barangan larangan yang kita bawak. Selain tu takde apa lah..jum sambung Part 2 bila kita sampai di lapangan terbang Medan 
The Polonia Airport of Medan Indonesia...

seronok sangat la lisa kann

my MAMA...

The En. Suami ...yang bersenang lenang tau!





No comments:

Post a Comment

loving me..loving you