Assalammualaikum
So untuk dinner malam pertama ini kami pun melepak di Merdeka Walk tu, tak jauh pun berjalan kaki dari hotel ke sini. Cuma memang nak kata, di sini tempat penjalan kaki memang tak mesra sangat. Bahaya jugak sebab bile tempat penjalan kaki dijadikan tempat meletak kenderaan, jadi kami tiada pilihan terpaksa jalan di tepi jalan yang memang kenderaan mereka sangat laju lah.
.takut jugak ler.
Anyway lepas dah dapat restoran yang kami rasa macam ok...upacara mengorder pun dimulakan. Masa kolin usha-usha tu ternampak kerang bulu yang besar..harga murah aje RP14,000 so order lah satu pinggan, order satu set nasi kamplit bakar, mama kolin order nasi ayam penyet, imran pulak order kuew teow goreng dan papa imran order some sort of mee tapi memang tak ingat apa namanyer. Tempe goreng pun kolin order sebab memang suka makan kat sini, tempe mereka rasa lagi tebal dan syok aje wehh..
kerang bulu RP14,000
tempe goreng RP10,000 kalu tak silap
nasi kamplit bakar..memang sedap sangat..bole makan dgn ikan atau ayam..
sedapp nasinya rasa manis daun pisang tu..
nasi ayam penyet
kuew teow goreng
gambar semua jadi hijau heheh..sebab lighting kat situ warna hijau dan kolin tak gunakan flash. Air pulak ada yang kami order air buah tapi more to mineral water sebab rasa macam panas aje medan ni, rasa dehydrated sangat. So kami pun makan lah dengan berseleranya...seronok kami anak beranak dapat berkumpul dan makan begini. Sempena anniversary kami dan birthday kolin..semoga kami semua dilanjutkan umur dan dimurahkan rezeki mudah mudahan. Dapat la kami berkumpul lagi dan bercuti next year!!..
dan pada masa makan malam tu alisa yang kepenatan dah tertido dalam stroller..selesa sikit nak makan. Disebabkan makan macam-macam kolin siap tapau tempe tu dalam tisu bawa balik hotel. Takut-takut alisa bangun lapar pulak nanti kan.
Selesai makan jam 10 malam kawasan Merdeka Walk tu dah mula sibuk dengan gelagat anak-anak muda medan yang berkumpul. Rasanya ini lah aktivit mereka malam-malam di kota medan ini. Nampak seperti anak orang kaya mereka ni, masing-masing lebih gemar memegang BBery di tangan masing-masing.
Buat kami pula, dalam perjalanan balik ke hotel singgah sekejap kat IndoMart ala-ala 7eleven. Beli pampers lisa dan kudap kudapan untuk makan dalam bilik hotel. Seronok gak..sebab rasa macam murah aje membeli kat sini hehehe..
So balik hotel..terus tido dan kita sambung esok pula jelajah kota medan ni..so kolin share some of the pictures to cherish our moment...
adios
wonder what they talk..happy giler
me with mama
alisa sleep selepas mengamuk nak main game..
my handsome boy
i realized we have a same smile laa hahahha
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you