Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

manik baju sutera vietnam~


 Assalammualaikum

cantek tak baju raya kolin?! yang ni kain nya dibeli oleh adik kolin si awen di vietnam...sutera vietnam katanya. Masa raya tu memang dah siap baju ni tapi jahitan manik nya tak mampu nak disiapkan disebabkan tempahan yang menyengeettt masuk..so hold!

Apabila raya ni dah berakhir, kolin pun sibuk lah menyulam manik balik kat baju-baju yang kene hold tu. Itu pun masih ada 2-3 helai baju belum kolin manik kan..kene lah manik kata tauke kan. Kalau tak manik nanti orang tak percaya yang kita biznes manik. 

Anyway baju ni dah pun kolin pakai masa hadiri open house cik leen buat pada 8 September lalu. Haa memang kolin selagi tak pakai pergi majlis tak pakai lah datang opis. Tu kadang-kadang orang ingat baju baru, tapi sebenarnya baju lama yang kolin memang pakai tuk hadiri majlis atau jamuan sahaja.

Corak manik yang kolin buat kali ni memang nak simple dan tak mau sarat. Lagipun kain ni lembut sangat, benang pun cepat aje tertarik...tu pun masa kat majlis tu salah satu baju tercabut dek lisa main-main. Sedih tau!

anyway...nak ucapkan terima kasih kat Nazleen sekeluarga kerana sudi menjemput reunion aidilfitri tahun ini. Mana yang jauh didekatkan, mana yang dekat dirapatkan..Alhamdulillah

 kawan-kawan lama di uitm manjung

itu lah baju yang selamat di gayakan masa majlis open house oleh cik leen. Tapi tak nampak kesucian baju tu dek kerana kena dukung si alisa maisara yang meragam ..adoyaii...dan selendang atas kepala tu dari Medan, Indonesia harga nya murah RP25,000 ...hihihi convert dalam 10 ingit jugak lah kut..tapi kolin macam suka sebab ada detail di bahagian belakang yang kome tak nampak tu cantek.

lepas entry nak cerita pasal percutian kami sekeluarga ke Medan dari 1 - 3 September 2012 tu. nantikan yaa..

again...terima kasih..

1 comment:

loving me..loving you