Friday, April 28, 2017

Program Sambutan Hari Bumi 2017 dan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bersama www.123mamanet.com

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat pengetahuan korang, Shah Alam ibu negeri bagi Negeri Selangor telah menyambut Hari Tanpa Kenderaan dan Sambutan Hari Bumi 2017 beberapa minggu yang lalu. Bertempat di di Dataran Kemerdekaan Seksyen 14 Shah Alam ianya telah menarik perhatian seramai lebih 2,000 orang pengunjung dan peserta bagi sambutan ini. Meriah sangat sebab sepanjang program dari jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tenghari ini, para pengunjung berpeluang untuk mengunakan basikal, roller blade, papan luncur, hover board, berjalan kaki dengan bebas serta skuter blade di sekitar kawasan pusat bandaraya Shah Alam. Lagi menarik program ini juga menyediakan aktiviti menunggang kuda dan beca berhias dengan PERCUMA tau !



Bagi memberi lebih makna kepada program ini, Sultan Selangor iaitu DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj bersama-sama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin  telah berangkat mencemar duli hadir ke program ini. 

Turut hadir, Dato' Menteri Besar Selangor iaitu Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dan Dato' Haji Ahmad Zaharin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Program yang dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor berlangsung dengan penuh meriah dan lancar. Rugi lah orang Shah Alam kalau tak turut hadir pada hari tersebut kan. Boleh juga tengok pelancaran bas dan kereta elektrik di MBSA. Pelbagai aktiviti menarik turut di adakan bagi memeriahkan acara hari itu termasuk lah eco free market, food truck, pemberian Baja kompos dan anak pokok, pertandingan mewarna, petting zoo, face painting dan banyak lagi.



Tahniah buat portal online harian wanita 123mamanet kerana berjaya mengadakan kempen like & share #mamanet pada hari tersebut dan menerima hadiah tajaan #MAMEE dan jua berpeluang bergambar dengan maskot MAMEE. Bermula 2016 dari 1 Januari 2016 yang lalu dengan jumlah pelawat yang semakin meningkat dengan lebih 3 juta hits.



Di samping itu MBSA juga berhasrat melahirkan warga Shah Alam dengan gaya hidup sihat dan mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam sekitar. Bagi menjamin kelancaran program ini, pihak MBSA menutup beberapa jalan termasuk Persiaran Bandaraya, Dataran Kemerdekaan, Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid,  Persiaran Dato' Menteri dan Persiaran Damai.

Semoga Program Shah Alam Tanpa Kenderaan dan Sambutan Hari Bumi 2017 ini membawa ruang dan peluang bagi melahirkan warga Shah Alam yang lebih sihat.

Love 

Kolin zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you