Sunday, April 23, 2017

CLEODORA Aidilfitri Collection 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang tak suka aksesori kan!! Lagi pulak aksesori atau perhiasan tu tampil mewah, elegan dan unik dengan rekaan yang dihasilkan. Oleh itu, kolin nak berkongsi dengan korang CLEODORA. Buat pengetahuan korang, ianya asaskan oleh Dato Sri Ratu telah bertapak dari tahun 2011 lagi. Cuma pada masa itu  kurang pendedahan sikit. Tapi tahun ini ia bangkit dan menampilkan koleksi terbaru mereka bagi Syawal 2017. Jangan risau, harganya mampu milik tau. 


Masa kolin sendiri preview koleksi Cleodora memang mata tak berkelip. Dengan batu swasroski yang berkualiti memang buat hati terus tertawan. Pendek kata, nak aje sapu semua hahahha. Kalau boleh beraya dengan bling-bling ni memang meriah sangat. 





Mengunakan emas kuning dan putih kualiti 24k. Emas ini mudah dibentuk, teguh dan mampu memberi pegangan utuh kepada batu permata yang menghiasinya. Lagi bagus, warna keemasan ini tidak akan pudar walaupun didedahkan kepada air, habuk atau pun haba. Senang nak 'maintain' lah dengan perhiasan mewah dewa dewi kayangan ini. 






Menurut Pengarah Urusan, Dato Sri Ratu, beliau telah meletakkan satu keazaman dan jiwa dalam setiap reka bentuk produk Cleodora. Bukan sahaja satu produk, malah ia adalah satu karya seni dan lambang kemegahan buat si pemakai. Beliau yakin ianya bakal menakluki pasaran barang kemas tempatan, berdaya saing dan menjadi satu trend hebat di Malaysia dan juga Indonesia, Brunei, Singapura, Vietnam, Myammar, Australia dan juga Qatar. 





Lihatlah sendiri kami semua teruja dapat sarung barangan Cleodora. Memang perhiasan mewah seperti ini menjadi idaman setiap wanita kan. Siapa yang tak suka !!

Bagi korang yang nak menjadi usahawan adalah di alu-alukan juga. Bimbingan profesional dan latihan pengurusan perniagaan diberi pada para usahawan. Ianya juga menawarkan pelbagai insentif lumayan termsuk pakej percutian, wang tunai dan kenderaan juga. So kalau korang nak menceburkan diri dalam dunia usahawan bersama Cleodora pun boleh. 

Untuk itu satu galeri pameran dibuka dari Isnin sampai Jumaat jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang di Suite 110 dan 111, Tingkat 26, Menara Maxis, Kuala Lumpur Convenction Centre (KLCC) Kuala Lumpur buat peminat perhiasan mewah ini. 



Sekiranya korang nak tengok lebih banyak koleksi jangan lupa Like Facebook mereka www.facebook.com/cleodoramy atau hubungi Eksekutif Pemasaran Puan Hani di talian 017-4520144. Sementara itu kolin nak berangan dengan barang kemas yang baru dimiliki untuk raya nanti. Nak tahu mana satu, jangan lupa follow IG kolin tau. 



Wanita dan bling-bling memang tak boleh berpisah !!! I Love Cleodora ...

Love, 

Kolin Zainal 


1 comment:

  1. cecantik laaa semua koleksi dia...tapi tak pernah dgr kan nama dorang...ni dah tau boleh cikidaut!

    ReplyDelete

loving me..loving you