Saturday, January 7, 2017

Yogjakarta Episod 3:Shopping di PASAR BERINGHARJO dan MALIOBORO

assalammualaikum dan salam sejahtera

Mesti ramai tak tahu di Yogjakarta pun ada tempat shopping macam di Bandung dan Jakarta. Cuma bukan lah kain ela atau lace macam yang kita biasa shopping tu. Kalau di Yogjakarta batik mereka sangat cantik, kolin sempat lah shopping telekung bercorak batik tradisional tau. Kain pun elok sangat, cotton 100%.

Perjalanan dari penginapan kami RUMAH ROSO HOMESTAY ke Pasar Beringharjo tak jauh pun. Kalau naik bechak dalam 20 - 30 ribu rupiah sahaja. Tapi kali pertama kami pergi kami jalan kaki, sempat naik bas bayar 2 ribu rupiah dan akhirnya kami sesat. Kesudahannya kami naik bechak untuk ke PASAR BERINGHARJO





 Pasar ini dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga jam 5.30 petang. Kat sini gelap cepat sangat, dalam pukul 6  petang tu pun dah nak maghrib. Dia awal sejam sahaja waktu dari Malaysia tapi cepat subuh. Pelbagai barangan di jual di sini. Kolin dan kawan-kawan borong telekung, baju batik, baju tidur, baju tshirt pun ada juga. Tapi ambil yang kualiti elok sedikit lah dalam 30-40 ribu rupiah sehelai. 



Kalau ke Pasar Beringharjo ini memang banyak sangat barangan boleh korang beli. Bukan sahaja pakaian tapi ada juga barangan cenderamata yang boleh dibuat doorgift perkahwinan. Baju jaket kulit, jeans dan banyak lah lagi. Memang kalau ke Yogjakarta nak shopping pun boleh lah juga. Tak semesti kat Bandung aje kan. Kebanyakkan kolin tengok ramai yang tak review Yogja sebagai destinasi shopping. Tapi hakikatnya kami yang pergi sebagai 'backpackers' balik tu ambil beg 20kg seorang tau hahahhaha.


Bila malam PASAR BERINGHARJO dah tutup, shopping masih boleh diteruskan lagi tau. Kami semua pergi berjalan di sepanjang jalan MALIOBORO. Dia macam pasar malam atau uptown kat Malaysia. Pelbagai barangan di jual di dalam kedai mahupun di kaki lima. 


Kalau diperhatikan Yogjakarta banyak sangat menjual barang kraftangan yang sangat cantik. Halus betul buatannya. Nasib baik nafsu membeli belah dapat dikawal, kalau tak pemulas pintu rumah pun kolin nak beli. Memang lawa giler !!! Bila ko dah shopping dari masa sampai lunch tu sampai ke malam memang la penat. Dah gelap, hujan pula tu, kami mengambil bechak untuk pulang ke tempat penginapan. Upah kayuh bechak kami bayar sekitar 35 ribu rupiah. Sekitar RM10 lah lebih kurang.  Janji sampai kan !!!


So ini lah dia hari pertama kami di bumi YOGJAKARTA. Setakat hari pertama ini kami cuma pusing di sekitar bandar Yogja dan shopping sahaja. Buat korang yang nak ke Yogja siapkan duit banyak-banyak dan tempahlah KG untuk bagasi bawa pulang tu. Sebab kalau ko bercuti dengan jemah-jemah ni memang langsai weiii rupiah ko !!

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you