Thursday, December 8, 2016

Lagu SINARAN di rakam kembali, Sheila Majid Feat Kayda dengan ANLENE

assalammualaikum dan salam sejahtera

Anlene produk tenusu yang terkenal ini telah berbesar hati melancarkan semula lagu yang pernah menjadi hits satu ketika dulu iaitu SINARAN dari Sheila Majid. Lagenda ini telah dipilih bersama-sama bagi kempen 'Move As Young As You Feel Inside'. Diformulasikan dengan Anlene MoveMax di mana ada kolagen di tambah dengan Kalsium, Protein dan pelbagai khasiat dan nutrisi bagi memastikan semua tulang, sendi dan juga otot dapat menyokong satu sama lain dalam setiap pengerakan. 

 Ikut lawan arah jam
Puan Megawati Suzari, Mr. David Tang, Mr Kechun Tan, 
Mr. Jose Miguel Porraz Lando, Kayda & Sheila

Kempen yang telah mengangkat lagu hits ini kepada lebih funk-pop menujukkan Anlene Move Young yang telah dilancarkan awal tahun ini mengajak orang ramai ke arah hidup yang lebih aktif dan sihat. Sebagai duta kepada kempen "Move Young" Shile Majid telah menjadi satu ikon kepada semua rakyat Malaysia. Mengamalkan gaya hidup sihat, Sheila yang di awal umur 50an ini kelihatan lebih energetik dan bertenaga lebih-lebih lagi ketika beliau mengadakan pesembahan bersama anak nya Kayda yang sedang meningkat naik di persada dunia seni tanahair. Memang kalau tengok video Kayda lebih kepada cameo rap tau.


Menurut Sheila lagi, Inilah tahun ke 30 dalam kerjaya seni saya. Dan pelancaran semula Sinaran adalah sesuatu yang sangat bermakna. Menerusi kempen ini saya telah mengunakan pengaruh saya dalam penglibatan semua orang di luar sana untuk kekal mudah di dalam hati, fizikal dan hidup dengan penuh bermakna. Tambah Sheila lagi, ini sememangnya membantu diri beliau sendiri dalam menjalani kehidupan yang aktif. Sebagai seorang penghibur, Sheila menitikberatkan cara pengambilan makanan dan kesihatan harian beliau. Semua ini penting bagi mengekalkan stamina yang bagus. 


Sebagai pelancaran semula atau Remake Sinaran ini, lagu dan muzik video ini akan mula di tayangkan di tv dan pelbagai saluran lain juga. Menurut Mr. Jose Miquel Porraz Lando, Managing Directo for Fonterra Brands Malaysia, Sheila Majid adalah satu gaya inspirasi kepada semua disebabkan gaya kehidupan Sheila yang aktif dan percaya dengan pengambilan Anlene bagi nutrisi yang cukup.

Bagi Puan Megawati Suzari, Director of New Product Development Science and Regulatory Affairs, setiap pengerakan adalah penting dan oleh itu kita perlu senaman yang betul dan nutrisi yang lengkap. Setiap pengerakan memerlukan tulang, sendi dan otot yang kutat. Dan saya percaya Anlene adalah yang terbaik. 


Tambahan pula Anlene yang baru diformulasikan MoveMax ini mempunyai pelbagai kebaikan untuk di amalkan. Di cipta untuk sokongan secara keseluruhan. 

Anlene boleh di dapati di semua pasaraya terkemuka seluruh negara. Dari susu tepung, yogurt dan pelanggan juga boleh enjoy untuk cuba yang baru iaitu Anlene with MoveMax yang datang dengan dua jenis. Satu yang tepung susu biasa dan satu lagi perisa coklat. Ianya dijual 1 kg, 600g dan 175g satu paket. Kalau Anlene MoveMax Yogurt pula ada dalam 4 perisa iaitu biasa, mangga, strawberi dan mixed berries. 

Kalau korang nak tengok video terbaru Anlene MoveMax commercial boleh lihat di video iklan Anlene atau pun muzik video lagu Sinaran yang terbaru menampilkan Kayda di Sheila Majid Feat Kayda di sini. 


Lebih lanjut mengenai produk ini sila ke www.anlene.com.my untuk pelbagai maklumat yang lebih banyak untuk korang mengenai kempen terbaru dari lagenda terkemuka tanahair ini.

Jangan lupa cuba semua perisa dari Anlene untuk tulang yang lebih sihat ok. Dan sila lah lihat pasangan ibu dan anak ini dalam video klip mereka. Dato' Sheila Majid nampak macam dulu aje, muda saja. Nampak mak dan anak macam adik beradik sangat. Ini yang kolin kena mula senaman dan minum susu banyak-banyak untuk kesihatan yang lebih baik kan?!! Korang minum juga ok, jangan abaikan kesihatan tau.

Love, 

Kolin Zainal 


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you