Thursday, October 27, 2016

Sensational Steamboat Semi Buffet dari Pearl International Hotel

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kepada yang suka makan steamboat macam kolin, sila ambil perhatian ya. Ini adalah khabar gembira kepada korang semua sebab Pearl International Hotel mengadakan promosi murah sangat RM35.90+ untuk seorang untuk hidangan steamboat di Cafe 5 mereka. Kolin pasti setiap kali korang nak makan steamboat mesti terfikir akan tahap kebersihan kan. Kali ini kolin nak share hidangan steamboat dengan harga murah, selesa, bersih yang lebih penting berbaloi untuk seisi keluarga. Makan berempat, tapi bayar untuk 3 orang sahaja. Tapi ingat dari hari Isnin sehingga Jumaat sahaja tau.


Ini poster yang korang boleh lihat sendiri di laman fb mereka iaitu www.facebook.com/pearlinternational.kualalumpur
Sebab apa kolin share gambar poster dan alamat FB mereka, kerana setiap wanita yang baca blog kolin ini berpeluang makan steamboat di Cafe 5 dengan bayaran RM2 + sahaja !!!! Apa yang bole korang buat, kongsikan poster ini di FB korang, pastikan public dan call 03-7983111 untuk tempahan. Tapi untuk 50 pelanggan pertama sahaja setiap hari rabu 'Ladies Nite'. Bukan steamboat sahaja, ada juga semi buffet yang korang boleh melepak dan enjoy makan bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

  
Inlah hidangan steamboat untuk 2 orang. Nampak sikit ker, tapi sebenarnya kolin kongsi berdua pun tak habis. Rasanya boleh makan 3-4 orang untuk hidangan ini. Dalam pinggan besar ini ada sotong, seabass fish fillet, sea prawns, flower crab, yang istimewa smocked duck breast, chicken meat, mussels, clams, enoki mushrooms, shitake mushrooms, crabsticks, deep-fried four seasons roll, prawn dumplings, soft beancurd, telur, jagung, fishball, chinese cabbage, baby Romaine lettuce, yellow noodles, beehoon dan turnip slice. Semua ini ada dalam tu, tapi kalau korang nak tambah lagi, boleh sahaja order. Tapi percaya lah cakap kolin, ini dah cukup banyak untuk makan berdua. Lagi pulak hidangan semi buffet yang ada disediakan. 



Inilah dia hidangan yang bakal korang dapat kalau datang ke Pearl International Hotel di Cafe 5. Hotel ini senang aje lokasi, parking pun senang. Datanglah cuba hidangan di sini sementara promosi. Mana nak dapat hidangan steamboat begini pada harga RM35.90+ sahaja.  Rasa sikit ek, macam tak cukup ek...tapi korang semua silap. Mari kolin belanja semi buffet yang disediakan bersama promosi Sensational Steamboat Semi Buffet, Pearl International Hotel. 


Nampak kan...ini ikut pada crowd lah, ramai crowd yang datang semua hidangan ini akan mengelilingi kawasan ini. Berbaloi sangat dengan harga yang dikenakan, hotel pulak tu kan. 


Ini lah kepelbagaian salad yang korang boleh makan sambil makan steamboat tu. Ada buah-buahan, kek dan jua kuih muih untuk pilihan korang semua.






Selain itu, makanan berat juga ada seperti nasi dan mihun. Bukan lah semata-mata steamboat kan. 




Inilah dia antara hidangan yang korang boleh dapat jika ambil kesempatan semasa promosi ini berlangsung. Pearl International Hotel yang terletak di Batu 5, Jalan Klang Lama sentiasa mengalu-alukan kedatangan semua tetamu yang ingin merasaikan pengalaman makanan steamboat yang sedap sangat !!

Dan korang lihat lah sendiri tempat yang disediakan, selesa sangat untuk buat family reunion.


Selesa bukan tempat dia. Jadi jangan ambil masa lama-lama, ambil kesempatan di atas promosi yang dijalankan oleh Pearl International Hotel ini. Jangan lupa call untuk tempahan dahulu ok.

Love, 

Kolin Zainal

1 comment:

  1. Untung tau jadi perempuan ni sebabnya ada promosi yang hanya perempuan dapat...RM2+ je untuk semuaaa tuuu...bestnyaaa!

    ReplyDelete

loving me..loving you