Friday, October 23, 2015

Shangri- La's ~ Rasa Sayang Resort & Spa, Penang Malaysia

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat pertama kali kolin sekeluarga akan bercuti di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Tempat kolin bersiaran kali ini adalah dari Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa Penang. Dari Kuala Lumpur perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam mengunakan highway PLUS.
Ikut saja papan tanda ke Batu Feringgi sure tak sesat, boleh korang try naik jambatan kedua tu.

Serba sedikit mengenai Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa, Penang ianya adalah sebuah resort disepanjang pantai Batu Feringgi yang telah menelan belanja  sehingga RM32 Juta untuk menaiktaraf bilik bagi semua guestrooms dan suites di Garden Wing. Bilik baru untuk korang cuba tau.

Menjadi salah satu hotel yang mewah di Penang, pengubahsuaian ini telah makan masa selama 8 bulan untuk semua bilik di bahagian Garden Wing siap untuk digunakan. Bilik baru yang telah di ubahsai oleh Mapsdesign Pte. Ltd ini telah menyerlahkan lagi Rasa Sayang Resort & Spa menjadi oasis atau salah satu percutian paling menarik di Malaysia. Bilik yang telah di beri  nafas baru ini mempunyai design yang lebih kotemporari, luas dan suasana yang mendamaikan.

Bilik bahagian Garden Wing yang baru ini telah diperkemaskan dengan sofa yang boleh dijadikan Sofa Bed. Sesuai lah kalau bekeluarga anak kecil seorang atau dua orang kan. Setiap guestroom disediakan balkoni untuk pengunjung berehat sambil menikmati pemandangan sekitar Rasa Sayang Resort & Spa. Di lengkapi dengan lampu LED, energy-saving key cards dan setiap kali pintu balkoni di buka, penghawa dingin bilik akan berhenti dengan sendiri. Ini salah satu usaha pihak Rasa Sayang Resort & Spa bagi menjaga alam semulajadi. Lebih kepada pemuliharaan alam sekitar tau.

Kami sampai agak lewat pada hari pertama, sampai sahaja di sini kami dilayan dengan mesra. Terima kasih En. Suleiman dan kakitangan di front desk. Pertama kali juga kolin try minum air buah pala. Dan keramahan dari kakitangan di sini memang kita terasa macam di alu-alukan sangat.

 front desk 

 ruang lobi hotel

Terus-terang kolin katakan, hotel ini memang membangkitkan suasana romantik. Lihat sajalah dekorasi dalaman yang digubah. Buat yang bakal berbulan madu, kolin cadangkan korang ke sini.
It is sooooo romantic!

Inilah bilik beradu kami anak-beranak untuk 2 malam. Pengubahsuaian yang dijalankan memang untuk percutian berkeluarga tau. Bilik yang disediakan mempunyai keluasan dari 42 sehingga 105 square meter.  Paling popular adalah Bilik Deluxe Seaview yang mempunyai pemandangan laut Andaman. Yang kolin punya kali ini adalah Bilik Deluxe Family Room yang bekeluasan 60 square meter. Bilik baru ini  mempunyai satu katil bersaiz King dan 2 katil single. Besar dan selesa sangat untuk keluarga seramai 4 orang











Serba lengkap dan cukup luas untuk kami sekeluarga. Siap dengan seterika baju, bath robe untuk kolin dan suami serta anak. Lagi best selipar untuk melepak tepi pantai juga disediakan di sini. Paling menarik air mineral yang selama ini disediakan di hotel yang kolin pernah pergi adalah dalam botol plastik. Tetapi di Rasa Sayang Resort & Spa ini mereka mengunakan botol kaca bagi menyahut kempen kitar semula.

Peti besi juga ada buat anda yang ingin menyimpan barangan peribadi semasa menginap di sini. Paling manis apabila buah-buahan ini tersedia semasa kami melangkah masuk ke bilik ini. Soooo sweet! Satu lagi, kalau lupa packing telekung dan sejadah pun takpe. Sebab di sini ada disediakan, kita perlu request sahaja.


Ini pula ruangan bilik mandi di dalam bilik Deluxe Family Room ini. Cukup luas dan besar.



Selesa dengan ruangan untuk shower dan bath tub untuk relax sepanjang bercuti di sini


keperluan dari hujung rambut sehingga hujung kaki turut disediakan di Rasa Sayang Resort & Spa


Tiada apa yang hendak dikatakan oleh kolin selain SELESA

Menurut kata En. Suleiman, Director of Communications bagi Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa, "beliau menyatakan perasaan yakin dan gembira untuk memberikan taraf baru keselesaan dan perkhidmatan kepada semua yang datang ke Shangri-La. Dengan skala pengubahsuaian yang besar telah menunjukkan bahawa kami ingin mengekalkan reputasi hotel dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang sebagai salah sebuah destinasi percutian di Penang dan Malaysia".

Hotel yang bertaraf 5 1/2 bintang di Penang ini patut korang cuba. Tak sabar kolin nak lihat apa lagi kemudahan yang ada di sekitar resort ini. Hari pun dah malam, perut lapar. Berdekatan resort ini ada pasar malam untuk kita cuba masakan orang tempatan. Tak jauh sebab semuanya hanya perlu berjalan kaki sahaja. Banyak lagi yang kolin nak share mengenai percutian di sini. Jumpa di lain entri ok!

Layari  www.shangri-la.com untuk lebih informasi

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you