Thursday, October 1, 2015

Munif Cocoa, Minuman Malt Coklat dengan Arabic Gum

assalammualaikum dan salam sejahtera

Suka minum air cokelat, koko, susu coklat apa-apa lah yang sangkut dengan koko. Pernah tak korang try Munif Cocoa dari Munif Hijjaz. Kalau tak pernah? Korang patut try hehehe
Cuba dulu minuman malt coklat dengan Arabic Gum ini baru korang tahu macam mana sedap ker tidak.


Di datangkan dengan dua packaging yang mudah. Kalau nak beli dalam pek besar yang beratnya harganya 
1 kilogram hanya RM19.50 dan untuk sepapan atau 20 paket dengan berat 35 gram setiap satu, 
harga jualan nya pula RM23.00 sahaja. Berbaloi kan!

Produk Muslim yang diyakini Halal ini adalah sesuai bagi seisi keluarga. Yang kolin beli ini sepapan, senang sahaja. Gantung di dinding bahagian dapur, masak air panas, bubuh sedikit susu/susu krim dan terus siap! Mudah dan ringkas, paling kolin suka sebab tak manis sangat. 
Kalau nak tambah manis boleh lah campur susu sedikit. Yang penting sedap dan produk tempatan.


Inilah minuman masa petang kolin. Dah berubah angin kepada keluaran Bumiputera, 
tambahan pula dari kumpulan nasyid terkenal Hijjaz kan. 
Rasa koko yang ringan, tidak terlalu pekat dan kolin ada try bancuh dengan air masak pun ok sahaja rasanya.  So kalau ada yang pemalas tak nak masak air, minuman malt coklat ini sesuai untuk korang. 
Spesis malas masak air panas macam kolin kann


Kepada sesiapa yang nak cuba produk ini boleh lah email sahrolcocoa@gmail.com atau pun call 019-20709689 atau Whatsapp 013-2873215. Untuk sekitar Shah Alam dan Meru, boleh COD maknanya penghantaran percuma dan bayar masa terima barang. Senang dan mudah kan. Jangan lupa try dan beri sokongan anda kepada produk Muslim dan Bumiputera ini.

Mari sama-sama mencari yang Halal dan sedap heheheh

Love,

Kolin Zainal 


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you