Wednesday, June 24, 2015

JORDAN memperkenalkan berus gigi terbaru 0.01 mm untuk Gigi Sensitif

Memberus gigi adalah satu rutin harian tetapi adakah kita pernah memberi perhatian sepenuhnya. Pernahkah kita terfikir sesuai atau tidak berus gigi yang kita gunakan selama ini. Berus gigi telah dicipta seawal 3500 tahun masihi. Akan tetapi berus gigi yang pertama telah dihasilkan pada tahun 1498 di China. Lama kelamaan teknologi membuat berus gigi ini berkembang dari Negara China sehinggalah ke Eropah. 

Semasa 1900, batang berus gigi yang dihasilkan daripada tulang haiwan digantikan dengan batang celluloid yang jauh lebih baik dan berusnya digantikan dengan nylon. Dan berus gigi elektrik yang pertama dihasilkan pada tahun 1939. 

Hari ini seperti yang kita ketahui, kedua berus gigi samada manual atau elektrik dihasilkan dengan pelbagai saiz, warna dan bentuk. Terpulang lah kepada kita untuk memilih. Dari sini pernah tak kita terfikir dari mana pereka bentuk ini mendapat idea untuk menghasilkan berus gigi yang kita guna hari ini. Salah satu menjadi pilihan kolin adalah berus gigi dari Jordan.

Scandinavia's adalah jenama berus gigi yang terdahulu, Jordan of Norway, menjadi satu-satunya jenama penjagaan gigi yang menerima anugerah berprestij dari RedDot Award untuk rekaannya. Menurut, Merete Nes, R&D Manager from Lileborg AS Norway's Design and Packaging berkata "setiap tahun kami menghasilkan empat rekaan bertema mengikut empat musim yang berlangsung sepanjang tahun. Kami mendapat inspirasi dari warna warni landskap Norwegian, suasana bersih dan segar dari Nordic dan Artic juga menjadi salah satu idea buat kami. Musim luruh adalah menjadi saat paling digemari kerana menyaksikan daun-daun luruh menunggu musim sejuk dan di awal musim bunga menyaksikan semua putik dan daun akan mula tumbuh semula membayangkan kehidupan baru yang bermula sekali lagi. 

Untuk itu, kali ini Jordan memperkenalkan rangkaian terbaru yang digelar Scandinavian Technology Campaign with Introduction of Target Sensitive Toothbrush. Ianya di hasilkan untuk gigi yang sensitif untuk penjagaan gigi dan mulut yang optimum.

Berus gigi Target Sensitive ini mempunyai 80% bulu berus memberikan kebersihan yang lebih baik dan dapat mengurut gusi dengan lembut. Mempunyai bulu berus yang lebih lembut dan hanya selebar 0.01mm memang dapat membersihkan celah-celah gigi yang sukar diberus sebelum ini. Percayalah cakap kolin, sekali korang dah cuba berus gigi ini, memang tak pandang yang lain. Kepada yang memakai  pendakap gigi atau retainer sesuai sangat pakai yang ini. Sebab berus gigi dari Jordan ini mampu masuk ke celah-celah besi yang apabila kita pakai braces atau retainer.


Lihat sendiri betapa halusnya bulu berus gigi dari Jordan ini. Kolin dah cuba dan dari pengalaman kolin memang bagus. Lagi satu, kepala berus gigi yang kecil ini senang nak digunakan apabila kita memberus gigi geraham yang berada di belakang. Lembut dan tidak tajam, jadi masalah gusi berdarah ketika memberus memang tiada lagi.


Batang berus gigi ini pula ada motif yang bunga embose iaitu rekaan Sandinavian yang selesea di pegang. Memang tidak licin dan sesuai digunakan buat semua. Kolin pilih warna ungu, berus gigi Target Sensitif dari Jordan ini dihasilkan dua warna iaitu Ungu (purple) dan Prestige Black (hitam). Terdapat 4 rekaan yang boleh kita pilih dan sudah berada di semua rangkaian supermarket dan kedai-kedai di Malaysia.

Jordan telah memenangi pelbagai award sebagai produk penjagaan mulut dari gigi sejak tahun 1927 lagi. Setelah dianugerahkan oleh Red Dot Award, Jordan mulai berkembang lagi dan menjadi jenama penjagaan mulut dan gigi terkenal di dunia. 

Berus gigi dari Jordan merangkumi semua peringkat umur termasuklah dewasa dan kanak-kanak. Seawal bayi yang telah mulai tumbuh gigi pun ada. Tambah Danial Christoffer Bondenson, Product Developer di Lileborg AS berkata berus gigi yang dihasilkan mempunyai pelbagai jenis bulu berus gigi yang ada. Ada yang lembut dan yang kasar memenuhi kehendak semasa. Manakala kepala berus gigi juga sangat dititikberatkan ada yang dalam bentuk segi tiga, oblong, oval dan ada yang bulat. 

Jordan sudah mengeluarkan pelbagai fungsi dan keanggunan dalam menghasilkan berus gigi bermutu. Buat seisi keluarga di Malaysia tidak perlu nak pening mencari mana yang terbaik buat keluarga dalam penjagaan mulut dan gigi kerana Jordan telah menyediakan rangkaian yang terbaik buat anda. Kolin sendiri suka sangat berus gigi ini sebab apabila pakai retainer ini memang banyaklah yang sangkut celah gigi. Lembut dan tak sakit langsung bila berus gigi. Memang terbaik!

Jangan lupa pastikan kita prihatin akan penjagaan mulut dan gigi kita. Gigi yang cantik dan bersih membawa kesejahteraan kepada semua. Dari peringkat anak-anak kepada yang dewasa harus kita titikberatkan penjagaan ini. Dengan Jordan semuanya lebih mudah dan bersih.

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai produk ini sila layari www.jordan.no dan dapatkan Beru Gigi Target Sensitive Jordan di pasaraya yang terdekat sekarang!

Love,

Kolin Zainal


pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan untuk Jordan



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you