Thursday, June 18, 2015

Food Review: Haji Sharin Low, Makanan Cina Muslim

Kolin pernah makan masakan cina muslim ini masa kolin berkunjung ke Beijing, China beberapa tahun lepas. Tapi kalau kat Malaysia memang jarang-jarang kolin pergi makan. Kali ini rasa bertuah dijemput untuk merasa makanan di Restoran Haji Sharin Low yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur



Restoran ini kalau kita tengok memang macam biasa sahaja kan. Hiasan pun sangat minimal, akan tetapi bila masuk bab masakan yang disajikan memang sedap. GST dah termasuk tau, so jangan risau.


Menu kami yang pertama ialah Buttered Prawn. Sedap sangat sebab udang yang digunakan fresh. Paling kolin suka sarang yang dihasilkan. Pandai chef masak!!! Kalau tak silap dekat 5 ekor kolin makan hari itu. 
Tidak terlalu berminyak dan masin, memang sedap sangat rasanya. Kulit udang pun jadi ranggup.


Yang ini pula Ayam masak Thai, kepingan ayam yang digoreng ranggup siap ada sos yang di sira di atas hidangan ini. Rasanya pedas-pedas manis, buat peminat ayam boleh lah cuba rasa menu ini untuk kelainan. 


yang ini kolin suka sangat makan, ini lah sayur kailan. Sayur dan kulit pada batang kailan di sagat-sagat. Kemudian digoreng garing mengunakan minyak yang sangat-sangat panas. Rasanya ada rasa macam rumpai laut sikit. Sedap sangat, ditabur pula dengan hirisan sotong kering di atas hidangan ini. Kailan goreng sebegini yang pertama kali kolin pernah makan. Sedap wei, kalau ke sini lagi memang inilah hidangan yang kolin akan order lagi. Punya lah ranggup sayur itu sampai leka nak makan hidangan lain.


Yang ini adalah tauhu jepun yang di masak di dalam sos khas. Tauhu ini terasa halus sangat dan cara di masak macam masak sizzling tu. Memang sedap, ini antara kegemaran kolin kalau menu tauhu.


Ketam Masak Telur Masin yang ini memang boleh buat kolin mengigau malam-malam. Nasib baik tak mengandung ok, kalau tidak memang merengek nak ke Restoran Hj Sharin Low setiap hari. Memang sedap, teksturnya ringan, tak berketul-ketul macam kolin pernah makan. Isi ketam sedap, segar tak terlalu masin. Memang serata semua ada rasa telur masin pada ketam ini. Memang boleh leka kalau makan ketam ini, sebab sedap sangat-sangat. Kolin rekemen sangat korang cuba kalau ke sini.


Bila keluar sahaja hidangan ini, kolin dan blogger Syafiera Yamin memang ambil kesempatan untuk bergambar dengan menu yang ini. Nampak sahaja dah menyelerakan, belum lagi makan! memang sedap!!

Ini pula hidangan sup Sichuan. Rasa sup ini agak pedas, ada banyak campuran ayam dan sayur-sayuran yang dipotong halus dalam sup ini. Memang berlainan dari sup-sup yang pernah kolin cuba. So kalau nak tahu rasa sup ini macam mana boleh lah ke Restoran Hj Sharin Low.


Buat peminat ikan siakap, inilah ikan siakap masak halia. Halia tidak terlalu pekat, rasa manis ikan tetap terasa. Kolin jarang dapat makan ikan yang di masak sebegini. Tapi di Restoran Hj Sharin Low ini ada pulak, ini lah untungnya Malaysia. Masakan Cina sudah boleh semua bangsa merasa, inilah citarasa Malaysia


Buat semua yang tak pernah rasa atau makan makanan Cina Muslim memang rugi. Sekarang tak perlu lagi macam kolin kena pergi Beijing, China baru boleh makan. Kat KL pun dah ada, dekat, mudah dan senang. Semuanya ada di sini. Untuk makluman, Restoran Hj Sharin Low ini ada beberapa cawangan. Sila lah pilih mengikut destinasi yang berdekatan. Bawa keluarga dan kawan-kawan tau.


Beginilah keadaan bila semua dah terhidang atas meja. Memang mengiurkan bukan, di tambah pula air kedondong asam boi dari Restoran Hj Sharin Low ini memang sedap. Makan sampai tak pandang orang kiri dan kanan tau.

Kepada yang hendak berbuka puasa di sini dinasihatkan telefon untuk tempahan terlebih dahulu. 
Untuk maklumat lebih lanjut boleh lah LIKE FB Page Restoran Hj. Sharin Low di www.facebook.com/HjSharinLowSeafoodRestaurant

Love, 

Kolin Zainal

khidmat pesanan masyarakat ini dibawa untuk Hj Sharin Low Restaurant

2 comments:

  1. lprrr wei..suka mkn kt restoran chinese muslim tp sharin low blum pernh try

    ReplyDelete

loving me..loving you