Tuesday, February 17, 2015

servis kereta

assalammualaikum

Bengkel ini telah banyak berjasa dengan Ferrari kolin selama ini.  Mula mengenali bengkel ini pada 2003 sehingga lah sekarang 2015. Bengkel TY Tyres Alignment Car Services ini banyak berjasa kepada kolin bagi memastikan kereta kesayangan kolin ini masih mampu digunakan sehingga sekarang. Dah dekat 300,000 mileage tapi masih tip top dan boleh berjalan jauh tau.


Bengkel ini terletak di Jalan Ipoh Batu 5 dalam Taman Mastiara Kuala Lumpur. Senang sangat nak cari lokasi bengkel ini di deretan kedai 2 tingkat yang berhadapan dengan padang besar. Tuan punya bengkel ini sangat baik hati, walaupun kita perempuan kan tanya saja dan bagitau apa sahaja masalah memang dia akan baiki. Harga pula boleh dirunding sebelum kita nak baiki kereta kita. Setakat ini kolin memang tak pernah bertukar bengkel. Memang puas hati dan sangat rekomen kepada sesiapa yang ingin cuba perkhidmatan di sini. Dan kolin hantar sendiri, memang dia akan terangkan elok-elok sebab kolin kan perempuan.
Blur aje bab kereta ni.


haa buruk ek hahhahaha..takpelah janji kereta ini dah habis hutang dan tiada masalah dengan enjin. Masih baik dan elok tak terasa pulak nak tukar yang baru sebab membazir. Tagline 'biar papa asal bergaya' tu tak terkesan kat kolin. Bagi kolin, kalau mampu beli lah yang mahal. Tak mampu kita pakai seadanya. Janji hati senang dan tak pening.

Kali ini kolin tukar kipas aircond, masuk gas, tukar filter dan servis sekali. Harganya sangat berbaloi dan sekarang aku gigil dalam kereta sebab aircond sejuk sangat. hahahah

Terima kasih tauke sebab jaga kereta saya dah 11 tahun ni. Saya sayang tauke  
(ayat bodek kut kut dapat angpau raya) hahahha..
kepada sesiapa yang nak cuba, masih sesat dengan lokasi bengkel ini boleh email kolin di collin3108@yahoo.com. Kolin sedia membantu!

ok bai!!

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you