Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Jakarta Part 5 - Shopping di Tanah Abang

assalammualaikum

Awal-awal pagi kami dah sampai di Tanah Abang. Niat kolin nak berjalan-jalan dahulu tengok apa jualan yang ada. Sebab kalau tak berhabis di Bandung sahaja sebab kolin lebih familiar dengan jualan di Bandung. 
Akan tetapi kalau dah perangai tabiat shopping menular di dalam diri ini kan..pantang nampak kedai semua aku terjah. Kedai semua dekat-dekat dan banyak sangat pilihan. Pening seh


Kedai pertama kami pecah telur beli telekung dulu. Tapi lupa nak snap gambar di kedai telekung sebab terlalu excited sangat dapat telekung japanese cotton untuk mak kolin. Kedai kedua kedai beli lace. I am a big fan of lace!!! Suka lace sesangat sangat


Harga Obral wei..maknanya harga lelong
Melopong tengok hanya RP40,000 tapi masih boleh tawar menawar kalau kita beli banyak tau.
Mereka semua ok sahaja, cuma tekniknya kita perlu bercakap dengan lemah lembut dan memujuk. Pasti barang dan harga yang kita kehendaki tu dapat ok. 




Inilah hasil tangkapan orang kaya di tanah abang jakarta. Selesai semua lace yang orang kirim, yang kita hendak, yang kita rambang mata dah dibeli. Kami terus hunting barang-barang lain pulak. Tak lain dan tak bukan..kain hahahha

Kolin suka sangat cotton, so masa kat sini terus jatuh cinta dengan satu kedai cotton yang super duper cute. Semua japanese cotton yang lawa sangat. Rambang mata nak pilih. Kualiti memang terbaik jangan risau. Harga pun sangat murah dari Vietnam dan Jalan TAR ok



Mata kolin dah terkebil-kebil menengok mana satu nak ambil nih


Happy me!...rasa macam di syurga kain cotton yang super duper menarik


Lawa tak!!!! memula nak ambil corak ini. Tapi tak cukup pulak meter wei..ingatkan nak buat baju seragam sempena awen nak kahwin. Tapi tak jadi...kita ambil corak lain lah pulak. Selesai pilih, membeli dan meroyan di kedai cotton. Kolin dan kawan-kawan naik ke foodcourt mereka di tingkat 7 kalau tak silap. Ramai suruh kolin try makan nasi bebek dan minum alpukat. Moh kita cuba!!




Sedap..manis ...sedap sedap sedap..cuma RP15,000 sahaja..
minta 10 gelas ler kalau macam ni kannn


inilah nasi bebek atau nasi itik yang dikicapkan
memang manis..macam guna kicap ABC ler pulak
tapi tak menyesal kolin try makan nasi itik ini. Inilah makanan rasmi di Jakarta kalau nak tau.
Sedap bangat dong!!


Nampak tak beg rakus membeli depan dan belakang itu hahahah
Masing-masing jutawan kan..membeli belah tak ingat ok


Begini lah sibuknya di tanah abang Jakarta. Memang tak putus-putus kenderaan akan memanggil kita menawarkan perkhidmatan. Pada kolin mereka sangat gigih bekerja demi mencari rezeki. 


Dah habis posing kat tanah abang Jakarta, jam pun dah pukul 3 petang..masing masing dah letih kami semua sepakat bertolak naik teksi bluebird ke stasiun gambir untuk ke Bandung menaiki keretapi yang bakal mengambil masa 3 jam. Can't wait!!!

So jom naik keretapi..
adios..

4 comments:

  1. Perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat...

    ReplyDelete
  2. assalamuallaikum sis..tanah abang blok apa ye untuk beli lace?and boleh suggest slain tnh abang yg lebih bnyk n mrh pilihan lace?thank you :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam sis, kolin tak berapa ingat blok apa. Tapi di tingkat bawah sekali banyak kain-kain lace. Harga kena tawar habis-habisan lah, melainkan dah tulis obral. Tapi obral tu kalau beli banyak masih boleh minta diskaun. Taktik memujuk tau..jgan kasar2. Tapi pendapat saya sendiri, baik ke bandung, sebab bandung lebih banyak pilihan

      Delete

loving me..loving you