Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Memperkenalkan Skuad Selebriti Shopee yang terbaru

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Haii..korang...Kali ini kolin nak berkongsi dengan korang semua, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan ini telah melancarkan satu lagi inisiatif iaitu Skuad Selebriti  yang membolehkan kita semua membeli barangan selebriti kesayangan di atas talian sahaja. Kiranya kalau korang nak membeli apa sahaja barangan selebriti tempatan boleh terus beli di online atau muat turun sahaja aplikasi mereka tau. Senang dan mudah. 


MAKAN: Berbuka puasa di Shah's Village Hotel, Petaling Jaya

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Walaupun dah 12 Ramadan, kolin percaya korang masih tercari-cari tempat nak lepak berbuka puasa dengan keluarga dan kawan-kawan, betul tak? Kolin berbesar hati nak kongsi dengan korang, tempat buka puasa yang terletak di Lorong Sultan, Petaling Jaya tau. Iaitu SHAH'S VILLAGE HOTEL yang berdekatan dengan Amcorp Mall tu. Buat yang tidak tahu, hotel ini adalah antara hotel yang terawal dibuka di Petaling Jaya tau. Pelbagai sejarah dan butik hotel ini adalah antara yang paling lawa tamannya kalau kolin tengok. Siapa rindu bali, suka hiasan taman ala-ala bali tu. Jemputlah ke sini dan sebelum berbuka boleh lah korang pergi photoshoot di taman dan kolam renang yang terletak bersebelahan dengan restoran untuk berbuka puasa. 




Kelantan Trip Part 7: Hari Terakhir di bumi Kota Bharu, Kelantan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sorrry.....kolin lupa nak update last episod pengembaraan kami di Kota Bharu Kelantan. Disebabkan banyak sangat tugasan lelain tu, terlupa terus. Tapi jom kita refresh balik semua cerita pasal Kelantan Trip yang kolin update sebelum ini okay. Dah pun hari last menginap di Holiday Villa Kota Bharu. Bilik mereka pun kolin belum up post review kan. Soon okay !! Bukan apa kita suka bagitahu apa yang ada dalam bilik, supaya kawan-kawan lain yang nak menginap di sini tau lah sedikit sebanyak informasi kan. Ini lah breakfast hari kedua kolin di sini. Simple tapi sedap



Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan terakhir Part 6. Mana yang terlupa dan tak baca lagi, dijemput sangat baca ye. Jangan tak baca rugi laa kan. Sebab kolin ada share pelbagai tempat menarik dan paling penting, tempat makan sedap mengigau tu. 


Selamat Hari Ibu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Selamat hari ibu buat semua pembaca blog yang bergelar ibu ya. Kolin dan keluarga tidak lah beriya-iya menyambut hari ibu. Tak ada lah hadiah mahal-mahal atau apa pun. Tapi selalu mereka memang 'manis' sampai rasa kena minum ayaq banyak-banyak laaa. Tengah sibuk masak-masak beberapa hari sebelum puasa tu, hubby dan anak-anak belikan kek untuk hari ibu. Alahai...terima kasih laa sudi menghargai mami kan. Hari-hari memang hari ibu, tapi apa salahnya beli kek sedap dan makan ramai-ramai kan. Syukur ! Kita terapkan nilai murni, supaya anak-anak lebih sensitif kan. Asalkan dia ucap dan peluk pun dah cukup bahagia.


HOTEL: Review Deluxe Room, Tower 2, First World Hotel, Genting Highland

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Buat korang yang ada plan nak short getaway ke Genting Highland nanti, kolin nak share dengan korang apa mengenai bilik penginapan kolin satu malam di Deluxe Room, Tower 2, First World Hotel, Genting Highland.  Selalu kalau kolin booking dapat Tower 1 tau, yang betul-betul dekat dengan kaunter daftar masuk tu. Tapi kali ini kolin perlu berjalan kaki sehingga ke hujung, agak menarik lah reception bawah tu. Macam baru renovasi dan tampil sangat cantik dengan dekorasi moden. Inilah penginapan kolin untuk satu malam di Genting Highland. Inilah nombor bilik penginapan untuk kami berdua malam tu.


MAKAN: Makan Nasi Daun Pisang di "Curries N Claws" di Citta Mall PJ

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Haii korang, puasa dah pun masuk hari kelima. Dan hari ini kolin ingin berkongsi dengan korang tempat makan baru yang kolin rasa patut kongsi. Inilah dia Curries n Claws yang terletak di Citta Mall Petaling Jaya. Lokasi senang dan tak padat pun, korang boleh terus ke arah Subang Airport lama dan pasti nampak Citta Mall ini. Aras G sahaja, boleh parking depan kedai pun. Kenapa kolin kata lain dari yang lain, sebab makan nasi atas daun pisang !!! Nasi, 3 jenis sayuran iaitu (green, starch, fried), kari, salted deep chili, pickles dan rassam dihidangkan sekali pada harga RM10.90 sahaja !! Murah, sedap dan pastinya memberikan pengalaman yang lain buat korang yang belum pernah makan nasi daun pisang. Selalu masyarakat India sahaja kan makan atas daun pisang. Kini dah semua rakyat Malaysia boleh cuba, berbilang kaum atau bangsa. Korang kalau macam kolin belum pernah, sila pergi okay. Kalau sebelum ini tak tahu nak makan kata mana, ini yang kolin kongsi dengan korang ini.