Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

GUARDIAN DERMA 10,000 PEK #GUARDIANCARE BERNILAI RM400,000 KEPADA KANAK-KANAK SEKOLAH DARI GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH SEMPENA ULANG TAHUN KE-54


Inisiatif #guardiancare beri tumpuan kepada tiga teras utama

Kesihatan, Komuniti dan Alam Sekitar
 
 
Untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-54 selepas dua tahun berdepan dengan ujian berikutan ancaman wabak, Guardian Malaysia hari ini melancarkan inisiatif #guardiancare untuk memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan para pelanggan dan masyarakat.

Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd berkata: “#guardiancare adalah sebuah inisiatif yang lestari, yang prihatin terhadap pelanggan kami, keluarga mereka, pilihan membeli-belah yang mereka miliki dan juga komuniti dimana mereka tinggal.

“Kami ingin memberi inspirasi dan memperkasakan pelanggan dalam membuat pilihan yang sihat dan lestari ketika memilih jenama-jenama kesihatan dan kecantikan yang mereka percayai di Guardian. Paling utama, kami ingin pelanggan untuk ‘peduli’ tentang apa yang mereka beli dan seterusnya menjadikan persekitaran lebih baik. 


 

TAMAN TEMA AIR WET WORLD SHAH ALAM DIBUKA DAN SEMAKIN MENARIK


 Assalammualaikum korang semua. 

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba! Wet World Shah Alam, Taman Tema Air berkonsep Hijau yang pertama di Malaysia, secara rasmi dibuka semula untuk umum pada 9 Oktober 2021. Setelah ditutup beberapa bulan semasa Perintah Kawalan Pergerakan, Wet World Shah Alam kini kembali dengan pengalaman yang lebih hebat dan menarik!


KETAM MASAK SALTED EGG PALING SENANG

 Assalammualaikum korang.

Nak memasak ni ada style memasing kan. Kadang-kadang tu kalau ikut sangat resipi pun susah juga.Dengan bahan-bahan yang mahal dan susah nak dapat memang potong minat nak memasak. 

Untuk kolin sendiri pula, memang memasak ni ikut aje cara sendiri. Tu kadang orang mengata, alah..masak simple pun nak kongsi ke dalam blog! Kita kongsi dikk..mana tahu ada yang baru nak belajar masak senang boleh lah google jumpa resipi ini. Haa..ilmu kena panjangkan, pahala tau. 

KETAM MASAK SALTED EGG PALING SENANG

Korang nak tahu tak kenapa kolin cakap paling senang! Sebab bahan sikit aje hahahah. Tapi sedap wei...


HAPPY 12TH BIRTHDAY, ALISA MAISARA

Assalammualaikum korang :)

Alhamdulillah anak dara kolin dah 12 tahun wei. Masa berlalu terlalu pantas kan..mami dah tua weii :)


HAPPY 12TH BIRTHDAY, ALISA MAISARA


BERKELAH DI TEMPLER PARK, FASA 2 PPN

Hey korang semua. Assalammualaikum


Hari Malaysia yang lalu, 16 September sempat kami berkelah di Templer Park. Dah lengkap 2 dos dan jarak dari rumah kami pun tak sampai 10km sebenarnya. Punya takut sendat dan penuh, awal pagi kami dah sampai, seawal 8.30 pagi tau. 

Polis memang ada buat rondaan. So pastikan yang nak mai sini, lengkap 2 dos vaksin selepas 14 hari. Kalau tidak penat aje, polis akan arahkan balik. Sebab ada aje pengunjung yang diarahkan untuk balik. Ambil vaksin tak kata kita kebal, tapi ikhtiar kita terhadap penyakit ini. Usaha pun dapat pahala kan...pls ambil vaksin okay

LAMPU COMEL UNTUK HIASAN RUMAH

Assalammualaikum korang semua. Korang perasan tak bil letrik makin tinggi dan kadang rasa kalau dah baring malas betul tak bangun tutup suis lampu. 

Nak tak kolin share dengan korang, lampu yang caj sejam dan boleh stay sampai jam 6 pagi. Dah lah comel, cantik dan siap tambah ruang rumah korang so comfy aje kalau guna lampu ini.

Lampu comel ini sesuai kalau korang ada anak kecil tapi takut nak on lampu sepanjang malam guna plug. Jimat elektrik tau, itu memang selling point dia. So kalau bangun nak ke toilet tu, ada aje lampu..tak payah teraba-raba cari suiz.

Kolin letak dekat situ, comel kan. Selalu lepas dinner kolin akan tutup semua lampu dan on 2 lampu comel ini. Caj sesiap dalam sejam dua dan kalau korang nak tau, ianya akan terang sehingga jam 6.00 pagi nak bangun subuh tu.