Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PETAI BERKHASIAT UNTUK BADAN, ANTIOKSIDAN JUGA!

Nahhh..siapa yang tak makan petai tu rugi! Kenapa rugi sebab petai memang berkhasiat. Bau memang lah, tapi sehari dua sahaja. Satu lagi, kalau ke tandas lepas 'bisnes' pam la terus, spray perfume hahahaha. Petai mahal tau sekarang. Kalau korang perasan, mula musim durian, mesti ada petai. So memang berlambak kat pasaran lah sekarang. Kadang orang jual 5 papan RM10, ada juga murah, tengok pada mata petai. Haa ni ilmu tau, mata petai lagi besar lagi sedap untuk kolin. Tapi kolin tak reti makan mentah, mesti masuk dalam sambal baru makan. Rasa pahit tu, tak lah pahit mana. Lepas makan korang makan lah gegula. Alah, nak awet muda, nak sihat, makan PETAI!!!!

Bukan sesuka tau nak kata petai tu bagus, ini hakikat. Tengok sendiri poster ini.

si "CANTIK" ahli baru dalam keluarga

Haii korang, assalammualaikum. Selama ini memang kolin sekeluarga suka sangat dengan kucing. Tapi tak pernah membela pun, selalu bagi makan dekat 'stray cat' sahaja. Maklumlah rumah kami flat dan susah nak bela sebab selalu travel kan. Mana pula nak letak kucing tu nanti. Nak dijadikan cerita, ada seekor anak kucing duk luar rumah asyik meow meow. Nak hantar ke bawah taman, naik kesian pulak. End up kolin bela!! hahahah Bela kucing laa kita sekeluarga.

Memula ingat betina...kami panggil dia CANTIK..
Bila dah besar sikit baru perasan dia jantan laa...huu sudah! Tetap panggil dia cantik hahaha..biar laa..bukan dia faham pun kan. Kolin bela dia dari baby minum susu, dan rasanya umur dia dalam 6 bulan. Tak pernah buat perangai berak kencing merata-rata. Semua dalam kandang dia dan terus dibersihkan. Makan pula atas nasihat kawan-kawan bagi dia Royal Canin. Haa..memang gebu tidak dinafikan hahahaha...Gemuk!! Orang ingat dia bunting, tapi dia jantan ler...memang boroi haha

Semoga Cantik terus sihat duduk dengan keluarga kami. Kucing kampung aje, satu hari nanti mesti dia pergi berjalan-jalan. Cuma harap dia jaga diri dan tahu jalan nak balik rumah aje lah. Buat masa ini lepaskan bermain di luar tapi mesti cari dia lepas tu. Tak pernah pergi jauh-jauh lagi, masih di kawasan boleh kami cari lagi.

Doakan Cantik sihat okay..Tak pernah bawa dia ke klinik lagi pun. Setakat ni ubat kutu, makan dan pasir memang sedia buat dah. Klinik tu masih belum lagi. Kepada sesiapa yang tahu klinik yang murah area KL nak bawa Cantik, komen bawah okay.

Doakan kami sekeluarga terus sihat bersama si Cantik yang gumuk tu. Dah ada anak bulus sekor dalam rumah, seronok juga sebab dia tak reti diam. Kalau bab minta makan memang No. 1 hahaha. Nah..ini lah dia anak bulus kolin. Shomel kan :)







JOM JADI 'SELLER' PLATFORM MEMBELI BELAH ONLINE, PG MaLL

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog kolin. Hari ini kolin nak berkongsi dengan korang semua mengenai laman platform e-commerce membeli belah online PG MALL yang telah pun ditubuhkan semenjak 2017 lagi tau. Mana yang tidak mengetahui mengenai laman membeli belah secara maya ini ianya adalah berkonsepkan "ConsuMerchant" dan mendapat tempat ketiga bagi Iprice Insight Report melalui laman web https://iprice.my/insight.mapofecommerce/en/


PENGENALAN PG MALL



Mempunyai lebih 1,000,000 pelanggan dan ianya dijangka terus berkembang di serantau Asia. PG MAll adalah salah satu plaftorm yang menawarkan pelbagai perkhidmatan e-wallet sperti Maybank, QRPay, Touchngo E-Wallet, Boost, GrabPay, Alipay dan sebagainya. Dengan semua ini, korang lebih senang membeli belah di atas talian dan mempunyai banyak pilihan kan. Untuk tambahan, laman web ini juga ada sokongan yang kuat dari pelanggan yang selalu mempromosikan hasil belian mereka di laman sosial. Pengalaman membeli belah dengan mudah dan sudah tentunya bakal menjadi pilihan rakyat Malaysia. 


Buat pengetahuan korang juga, ianya mempunyai support system yang kuat tau. MIS Team mereka sentiasa membantu mengadakan pelbagai kempen bagi menarik penjual juga pembeli terus menerus melayari platform mereka. Malahan target mereka sekurang-kurangnya lebih 10,000 penjual akan menyertai platform membeli belah mereka tahun ini. Haaa...tunggu lagi, mesti banyak promosi nanti tau.


Untuk korang yang nak berniaga secara online di laman web ini tiada kos pendaftaran. Kebaikannya ialah korang akan disokong dengan pelbagai kempen yang kreatif, dapat berkerjasama dengan lain-lain perkhidmatan e-wallet dan juga bank setiap bulan. Pasti melonjak jualan dan juga meningkatkan trafik ke kedai online korang. 



SelluSeller, EasyStore, iStoreSend, urStore, tresGo, Etailer Getaway Red Dino telah pun bersama-sama PG MALL tau. Lupa pula nak kongsi dengan korang mengenai servis penghantaran. Ada pos laju, skynet, gdex, j&t ekspress, DHL , easy parcel dan lelain perkhidmatan lagi. Haaaa...ada banyak pilihan, tak perlu bergantung dengan satu atau dua perkhidmatan penghantaran. So korang pilih nak yang mana satu okay. Kalau korang berniaga, senang kan. Banyak pilihan, satu Malaysia boleh delivery tau. 



JOM JADI 'PG MALL SELLER' SEKARANG


Kalau korang nak cuba terus klik https://www.seller.pgmall.my okay.



Atau boleh ke laman web mereka https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=237

Facebook: PGMallIOfficial, https://www.facebook.com/PGMallofficial/

Instagram: PGMall.my, https://www.instagram.com/pgmall.my/

#PGMall #onlineshopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Sellnow #Goecommerce #joinusnow #Sellonline #sellonPGMall


Nahhhh....jom join platform ini dan kembangkan semua hasil jualan korang. Join cepat sebab promosi besar-besaran tau. Jangan lupa visit website dan sosial media mereka untuk semua informasi terkini okay.



TESTIMONIAL MINUM BELLOSS FIBER DAN ROYAL LPO DARI KITSUI


Halooo korang semua!!! Bebaru ni kan Guardian ada buat jualan untuk health and beauty. Jadinya kolin dapat PR kit, terima kasih PR sebab belanja kolin. Jadi ini lah dia KITSUI BELLOSS FIBER DAN ROYAL LPO DARI KITSUI.

Kalau korang nak tahu KITSUI adalah trusted brand dan telah menerima pelbagai anugerah. Nak beli ada di jual di pasaraya dan farmasi terkemuka. So kalau nak cuba jenama ini memang digalakkan sangat lah.

Kolin minum sebab masa beraya hari tu banyak sangat makan daging, santan dan yang penuh berlemak. Dah tiba masanya kena kikis kesan lemak yang diambil sepanjang raya hari tu. Maklumlah raya duduk rumah, asyik makan tak berhenti kan. Itu sebab kolin suka sangat dapat Pr Kit ni.

CARA NAK MINUM KITSUI BELLOSS FIBER DAN ROYAL LPO



KITSUI ROYAL LPO tu korang kena minum secawan sejam sebelum lunch. Katakan korang dah set masa nak lunch jam 1 tengahari. Jadi jam 12 tu boleh minum secawan. Rasanya sedap, macam air buah-buahan aje, tak ada rasa pelik atau terasa payau ubat. Rasa macam minum air kordial sahaja. Ianya akan buat korang kontrol nafsu makan korang tu. So masa lunch tak lah makan banyak. Kolin dah minum tak pun asyik terberak-berak. Tidak ada berak-berak ya...

KITSUI BELLOSS FIBER pula minum sejam sebelum dinner. Dinner biasa selepas maghrib, jadi kolin minum petang dalam 6.30 macam tu. Yang ini pun tak ada rasa pelik pun, rasa sedap walau warna air tu warna hijau.

Okay yang ini kolin minum..tak sakit perut. Tapi jam 3.00 pagi hahahaha, bangun pergi jamban ye. Memang berak tapi tak lah kerap-kerap sejam sekali. Sekali itu aje ke jamban dan memang kolin rasa dia buang toksin dalam perut. Lemak-lemak semua gone hahahahah. Bau dia busuk!!!

Nah...itu lah dia kalau sesiapa yang ada masalah sembelit try ini. Jangan makan ubat bukan-bukan tau. Yang ini sahaja, boleh selesaikan masalah sembelit korang tu. Untuk yang macam kolin, boleh buang segala anasir yang kolin makan macam-macam tu. Kempis sikit perut leh pakai kebaya kota bharu tau.

Cubalah dedua ini, beli aje kat GUARDIAN sebab mereka selalu buat promosi tau. Kolin minum selang seli, sehari minum, sehari tak minum. Bukan nak slim sangat, nak lebih kepada memastikan kolin membuang secara baik dan dapat bersihkan usus tu, baru lah badan rasa ringan aje. Nak puasa pun sedap badan. Apa-apa pun kalau ambil supplement pastikan korang minum air putih banyak sikit okay. Minum untuk memastikan kesan optimum pada tubuh badan sendiri.

So cepat pergi beli dan cuba sendiri okay. Terima kasih baca entri ini...


BUAT RAWATAN MUKA DI BEAUTY & CO., DI ONE UTAMA MALL

Assalammualaikum semua. Sebagai seorang wanita, kita memang suka lah kalau dapat manjakan diri sendiri kan. Kolin hari tu ada rezeki untuk buat rawatan muka di BEAUTY & CO. yang terletak di One Utama Mall, Damansara Utama. Dah lama sebenarnya tak belai muka sendiri. Sekarang baru timbul kesedaran pula. Nak jaga muka takut nanti dah berumur lebih kulit muka tak lawa pula. Maklumlah orang perempuan :)


Terletak di bahagian Old Wing, korang boleh terus cari. Senang aje, semua tempat rawatan  muka memang satu area. So dia last sekali bertentangan dengan kedai Enews. Jadinya senang aje nak cari tau.

Masa sampai kolin diberikan sedikit penerangan mengenai rawatan yang ada, akhirnya kolin memilih untuk membuat rawatan ROSE DE HYDRA FACIAL, 75 minit ada first trial cuma RM48 sahaja. Haaa...sementara ada promosi ini memang kena grab lah. Lagipun 75 minit kan, berbaloi sangat ni.


Pertama pakar kulit mereka akan bawa kita ke bilik untuk melihat dulu kondisi kulit kita. Jujur lah, kolin masa tu mekap tebal, so kalau luaran nampak cantik sahaja. Once letak muka kolin dalam mesin mereka terus boleh nampak masalah kulit kolin. Dah mula berkedut, jerawat dan bekas jerawat serius sangat. Malahan kolin ada saki baki yang tertinggal bawah lapisan kulit. Itu yang nanti mereka akan 'extract' keluarkan. Blackhead dan whitehead pun memang banyak sangat. Hurmm..nampaknya selepas ini kena pergi buat selalu, hargai diri sendiri kan.


Tu nampak tak dia tulis "some spots in your skin, pay attention to drink more water". Masalah kulit yang agak serius untuk kolin sebenarnya.



Bila dah kenal pasti semua masalah, kolin pun di bawa ke bilik rawatan. Mula rawatan tu memang ada lah situasi yang sakit perit tapi sebab salah kolin. Simpan masalah kulit bertahun-tahun, skrub muka pun jarang-jarang. Itu sebab kalau kita tak facial, apa pun produk kita pakai tak sampai kat kulit muka kalau korang nak tau. Korang pakai produk dia akan kena pada lapisan yang tak sihat kat kulit muka kita. So memang kena buat rawatan muka. Jadinya kalau korang pakai pelembab ke, masker ker baru lah elok muka. Patutlah jerawat kolin tak pernah reda, sampai menanah.

Untuk gambar bilik rawatan dan maklumat lanjut korang boleh terus ke media sosial mereka. Masa rawatan tu kolin tak pula tangkap gambar kan. Maklumlah tengah enjoy mereka belai muka kolin. Untuk first trial, RM48 tu memang best lah!! Korang nak pergi lah try.

Alamat premis: One Utama Shopping Centre, Lot S117E, Petaling Jaya Selangor
Telephone No. : 03-7731 7911


Secara peribadi, kolin suka Beauty & Co. Kakitangan mereka semua peramah dan sangat membantu. Jadinya kolin memang rekemen korang nak try rawatan muka kat sini. Sebelum pergi boleh lah tanya mereka mengenai promosi yang ada.

Dah seminggu beraya ini, kalau teringin dah boleh booking dah. Jom kita mula jaga kulit muka sesama okay. Kalau korang asyik beli produk beratus pun tak guna wei. Kena rawat dulu, baru produk sebenarnya. Cari ilmu nak cantik tau.

Semoga korang dapat sedikit manfaat ye. Jangan lupa ke Beauty & Co. di One Utama Shopping Mall okay.

PHOTOSHOOT RAYA DI CVS PRODUCTION MY

Assalammualaikum korang semua. Selamat hari raya dan maaf zahir batin tau. Untuk korang yang beraya ni, jom kolin nak berkongsi satu tempat untuk photoshoot raya murah dan berbaloi. Bersempena raya 2020 dan kita semua kena PKP kan, jom lah abadikan gambar raya korang dengan yang tersayang, macam kolin sekeluarga. 

Tak perlu jauh pun korang, dalam kuala lumpur dan yang duk lembah klang tak perlu melintas daerah, confirm polis tak tahan ye. Dekat CVS Production  yang terletak di Cheras Balakong, kalau dari Mines tu dekat aje. 


Ini pula details mereka yang boleh korang jadikan panduan sebelum booking photoshoot raya okay.


STANDARD OF PROCEDURE
 
1) Studio akan di sanitize setiap 2-3 hari sekali.
 
2) Photographer akan sentiasa memakai mask muka.
 
3) Pelanggan perlu serta kan detail mereka (QR Code).
 
4) Hand sanitizer akan di bekalkan di pintu masuk studio.
 
5) Perlu check suhu badan. Jika suhu panas, anda tidak dibenarkan masuk.
 
6) Hanya 1 keluarga sahaja di benarkan berada di dalam studio untuk satu-satu masa.
 
7) Tidak di benarkan berdekatan dengan photographer dan tidak perlu salam photographer.
 
8) Gambar yang sudah di edit akan di hantar melalui email dalam masa 1-2 hari bekerja.


BOLEH WASSAP UNTUK BOOKING OKAY, 
KLIK LINK INI


 
 HARGA PROMOSI SEMPENA PHOTOSHOOT RAYA
 
💖RM79 (Normal price RM99)
- 10-20 min studio putih
- 1 keluarga (max 4 orang)
- Semua gambar termasuk "touch up" akan di berikan.
- Tambahan seorang ahli keluarga : RM10/seorang. Bayi percuma


💖RM99 (Normal price RM199)
- 10-20 min studio putih
- 1 keluarga (max 6 orang)
- Semua gambar termasuk "touch up" akan di berikan.
- Tambahan seorang ahli keluarga : RM10/seorang. Bayi percuma

.

Tambahan :
- Poster frame : 16"x24" : RM100 / 10"x15" = RM60. Location Studio Cheras Balakong (BUKAN CHERAS KL)CVS Production, B-28-2, Jalan C180/1, Dataran C180, 43200 Cheras, Selangor.

Direction
Waze pun boleh tau...cari sahaja alamat ni.
C180 Cheras Selatan / CVS Production. (Above Dr Voon Clinic & One Print Ads)

Kolin sekeluarga dan bergambar dah. Syukur sangat dapat abadikan kenangan beraya pkp tahun 2020 dengan CVS Production MY. Buat pengetahuan korang, ini tahun ketiga kolin mengunakan servis mereka. Memang puas hati dan gambar pun banyak. Ada yang statik, ada candid, siap ajar macam mana nak posing tau. 
 
So korang cepat booking slot korang sebelum penuh dan bergambar raya sekeluarga okay. Sementara tu jom la layan gambar raya tahun 2020 kolin sekeluarga ye. 
 
 ni kolin dengan anak-anak

 antara gambar candid yang kolin suka

 with hubsbaby... *time baik hahaha


banyak sangat gambar sebenarnya hampir 50 keping kut. Kolin sendiri tak kira pun. 
 
Banyak sangat gambar semua cantik-cantik. Ni baru berapa keping aje kolin share kat uols kan. Kalau nak ada gambar kenangan raya sekeluarga, pergi sini okay. Book cepat!!