Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

GLIDE TECHNOLOGY SDN BHD PERKENAL “WAJAH BARU” MINYAK PELINCIR GLIDE LUBRICANTS KELUARAN BUMIPUTERA


 Assalammualaikum korang, kali ni kolin nak berkongsi dengan korang semua pasal minyak pelincir keluaran tempatan yang bertaraf antarabangsa, Tahniah!!! Inilah barisan distributor yang ada. Dah lama di pasaran tapi kali ini pertama kali dilancarkan tau.


GLIDE  TECHNOLOGY SDN BHD PERKENAL “WAJAH BARU” MINYAK PELINCIR GLIDE LUBRICANTS KELUARAN BUMIPUTERA 


Kini terdapat pelbagai  jenis minyak pelincir kenderaan untuk kegunaan yang berbeza-beza di pasaran. Namun, pastikan anda memilih  minyak pelincir yang sesuai serta berkualiti tinggi bagi memastikan dapat memberikan perlindungan optima untuk enjin kereta anda! 



Baru-baru ini Syarikat Glide Technology Sdn Bhd telah melancarkan dua gred produk barunya iaitu MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.

SDCC x GLAMWEDDINGS 2.0 Open Day untuk semua bakal pengantin

Assalammualaikum semua. Bertuah rasanya dapat hadir sama di Open Day atau hari terbuka hasil kerjasama Sime Darby Convention Centre x Glamweddings Open Day 2.0. Kalau korang nak tahu, Glamweddings adalah salah satu perkhidmatan yang tersohor yang telah diasaskan oleh pereka terkemuka tanahair Dato' Rizalman Ibrahim. Dan Sime Darby Convention Centre pula tempat yang sangat lawa untuk buat apa-apa majlis. 


Terbuka untuk orang ramai, untuk bakal pengantin juga pada 7 dan 8 Mac 2020 bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kolin memang ambil kesempatan untuk lihat sendiri semua persiapan perkahwinan yang disediakan di sini. Nasib baik dah kahwin oii! Kalau tidak memang teringin sangat nak buat majlis kat sini hehehe. 

KENAPA MERUNGUT KALAU ORANG DATANG MINTA SEDEKAH? TAK TAHUKAH BETAPA BESARNYA NILAI SEDEKAH TU? NAK TAHU BACA SINI

Salam Jumaat korang semua. Anyway kolin bukan lah ustazah, jauh sekali nak gelar diri Muslimah tersohor. Tapi kali ini terasa nak berkongsi. Itu lah blog wei, kena tulis dengan penuh minat dan kasih sayang. Supaya orang yang baca dapat informasi dan sedikit ilmu. So hari Jumaat yang sungguh bahagia ini kolin nak kongsi sedikit petikan ayat manis dari kawan-kawan yang kenal dan tidak kenal.

Pernah tak korang pergi minta kawan sedekah sebab kawan lain kesusahan, pernah tak? kolin pernah dan sekali tu terus rasa Allahuakbar. Saya minta sedekah untuk tolong orang, kawan kita, tapi orang tu MEROYAN ye. MEROYAN DALAM MEDIA SOSIAL okay. Takpe lah, saya doakan Allah buka pintu hati awak bab sedekah. Mintak RM5 pun...siap tawar menawar. Dakwaan dia sedekah tak boleh paksa, tak boleh letak amaun. Okaylah sis...esok u susah, orang pun cakap yang sama jugak. Dunia berpusing, roda berputar, dan saya dah maafkan awak.

Jom korang baca sesama...
Mana tau...korang terbuka hati sikit...


TAK MISKIN PUN KALAU BERSEDEKAH, INGAT TU DIK~



Jumaat yang indah ini saya maafkan semua orang, dan saya harap semua yang baca ni maafkan saya. Rajinlah sedekah, jadikan habit sehari RM1 sedekah. Kolin confirm dalam perjalanan korang masuk opis mesti ada satu tabung sedekah kat lobi pejabat tu. Sedekah la...kita tak pernah tau kawan-kawan kita memerlukan. Sedekah dan zakat lain yer..itu lain kali kita cerita...happy fridays guys!

BUFFET RAMADHAN CITARASA MALAYSIA DI LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM

Hi korang semua, Assalammualaikum. Seperti biasa lah setiap tahun nak sampai bulan puasa atau Ramadhan LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM tak pernah ketinggalan buat promosi untuk buffet ramadan kan. Dan tahun ini bertemakan Citarasa Malaysia sudah tentu memberikan satu kenikmatan berbuka puasa buat semua. Setakat ini paling murah yang pernah kolin pergi RM69 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak dari 5 tahun sehingga 12 tahun.




Majlis previu ini telah diadakan 28 Feb 2020, Jumaat petang yang lalu. Memang meriah dan mereka mempromosikan lebih 100 menu untuk semua yang bakal berbuka puasa di sini bulan ramadhan nanti. Tempat cantik, sejuk berhawa dingin dan paling penting selesa untuk sekeluarga.




THE LANAI EVENT SPACE, SEKSYEN 23 SHAH ALAM

Tahniah kolin ucapkan kepada Seri Segi Group di atas pelancaran THE LANAI EVENT SPACE yang terletak di Seksyen 23, Shah Alam. Tempat ini dihiasi dengan indah berkonsepkan Botanical Garden Concept sudah tentu memberikan sisi romantis dan tenang buat korang yang nak adakan majlis kat sini. 


Terletak di Shah Alam dan ianya boleh muat seramai 400pax kalau makan secara buffet dan 160 pax kalau makan berhidang atau banquet. Sekarang kan dah trend orang buat majlis tunang, nikah, akikah, birthday party, pelancaran produk dan apa-apa jua majlis kan event space. Sebab ianya senang kan, makan semua ada dan tempat pun dah proper. PA sytem ada, kerusi dan meja siap semua. Lawa!

BERCUTI DI SABAH KUNDASANG KOTA KINABALU BERSAMA MAMA SAYA - PART 2

Assalammualaikum korang. Yang mana tak baca lagi part 1 sila klik okay. Selesai kami di Jambatan Tamparuli tu terus kami di bawa ke perjalanan menaiki Kundasang. Tapi lupa lah..sebenarnya selepas makan tu, kami di bawa ke masjid negeri KK tu untuk solat jamak zuhur dan asar. Cantik, putih masjidnya, ramai sangat pelancong. Tabung derma banyak di sekitar masjid, lapang dan sejuk. Suka sangat bila masjid bagi orang luar bukan beragama islam masuk sama. Islam kan untuk semua! Okay kembali kepada perjalanan ke Kundasang. Sebelum sampai homestay kami ke Pekan Nabalu. Ini pitt stop yang wajid korang singgah kalau ke sini ya.


Perkara pertama yang korang boleh enjoy di pekan kecil ini ialah view Gunung Kinabalu. Masya Allah...masa kolin kat sini rasa dah cantik betul gunung ni. Tak pernah kisah tau selama ini, nasib trip 'terpaksa' ikut mama ni kolin join. Memang satu nikmat dapat tengok keindahan alam di depan mata.