BAHARI ASYEK - Jatuh cinta pada warisan tradisi bangsa
Assalammualaikum korang semua. Buat yang tak tahu apa makna di sebalik nama Bahari Asyek itu kolin dah kongsi kat atas. Ucapan tahniah kepada mereka sebab dah masuk tahun ke 11 mereka di dalam persada dunia fabrik dan fesyen tempatan. Kolin terasa bertuah sebab hampir dah 3 ke 4 tahun Bahari Asyek tak pernah lupa menjemput kolin ke pertunjukkan fesyen bersempena Syawal yang bakal kita sambut nanti. Maklumlah orang perempuan ni, memang Ramadan belum masuk tapi persiapan dah mula. Maklumlah bajet dan banyak perkara nak dipersiapkan.
Tahniah buat Puan Zahalina selaku Pengarah Urusan Bahari Asyek dan team yang telah berjaya memperagakan pelbagai busana untuk hari raya. Yang penting ianya bertemakan melayu klasik dan kalau korang perasan baju fesyen ala-ala orang dulu-dulu nampak trendy sangat. Kain yang digunakan juga berkualiti tinggi dan sudah tengu busana dari mereka adalah di kalangan yang terbaik.





