Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Penginapan satu malam di Alang Kenari Chalet Di Yan, Kedah

Assalammualaikum untuk semua yang sudi baca dan singgah blog kolin lagi. Syukur perkongsian peribadi ini ada juga manafaat untuk orang lain kan. 

Kali ini kolin nak cerita penginapan kolin satu malam semasa balik kampung bulan Disember 2018 yang lalu. Penginapan yang simple dan seronok buat seisi keluarga. Maklumlah kadang bila lepak kampung terasa nak bercuti sehari dengan keluarga kan. Tempat sangat dekat dengan rumah kampung iaitu ALANG KENARI CHALET. Di sini ada laut iaitu Pantai Murni tapi tak boleh mandi manda. Ada sungai Titi Hayun dan Sri Perigi tapi kolin takut sebab macam-macam hal dan penyakit kan. Sebab apa kolin pilih Alang Kenari Chalet ini sebab dia ada kolam mandi yang dibuka dari pagi sehingga 10.00 malam. Haaa...seronok ker tidak! Mandi sampai kecut bak hang :)



Jom bersama raikan Sambutan Tahun Baru Cina penuh gemilang di CONCORDE HOTEL SHAH ALAM

Assalammualaikum semua, semoga semua sihat selalu. Minggu depan kita semua akan bersama-sama meraikan Sambutan Tahun Baru Cina atau pun Gong Xi Fa Chai kan. Sebagai masyarakat majmuk kita semua memang selalu cari makanan yang dihidangkan semasa perayaan. Untuk itu korang boleh lah ke Concorde Hotel Shah Alam bersama-sama keluarga dan kawan-kawan sebab ada 3 Menu yang di hidangkan mengikut bajet korang semua. Menu 1 RM888 untuk semeja 10 orang, Menu kedua RM1088 untuk semeja 10 orang dan Menu 3 RM1188 untuk semeja 10 orang. 




selepas  Yee Sang !!!

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan - No. 1 di Selangor

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua !!! Haa..baca tajuk mesti dah macam ye ke! Betul ke No. 1 di Selangor, adakah semua itu betul. Bab ini jujur kolin cakap D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat ini memang harga patut. Murah sangat untuk seisi masyarakat yang datang makan bersama-sama. Apa tidaknya untuk seorang dewasa hanya RM33 nett dan kanak-kanak yang berusia 5 sehingga 11 tahun hanya RM12.50 nett untuk seorang. Nak refill atau tambah sup steamboat tu FREE malah buat korang yang datang dan berbelanja lebih dari RM150, kad diskaun RM10 akan diberikan. Makan apa sahaja, dengan harga RM33!!




KENAPA KOLIN SUKA TEMPAT MAKAN INI?


Just Heat & Eat! dari MASTER PASTO

Assalammualaikum buat semua yang sudi baca blog kolin hari ini. Semoga korang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ye hari ini💓

Perkongsian hari ini ialah MASTER PASTO. Mesti korang tertanya-tanya apa laah dia kan. Ianya adalah makanan Ready To Eat Meal in Malaysia yang dikeluarkan oleh Lioco Food Industries Sdn. Bhd. Ianya Malaysia Food yang berlokasi di Penang. Pasta Segera atau Instant Pasta ini hanya perlukan 3 minit sahaja untuk disediakan samada mengunakan microwave atau pun rendaman di dalam air panas. Tak sabar kolin nak tunjuk kepada korang semua Instant Spaghetti yang telah sediakan untuk sarapan anak kolin minggu lalu. Sangat senang disediakan dan paling penting rasanya sedap!!!





TOP Perkenal TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner untuk wangian tahan 100 hari !

Assalammualaikum dan harap semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Kolin sekali lagi nak berkongsi pasal produk yang sangat memikat hati ini iaitu TOP Plush Concentrated Fabric Conditional untuk kelembutan dan wangian yang mampu bertahan sehingga 100 hari. Kelembutan dan wangian yang menyegarkan pada setiap cucian. Dan sudah tentu kolin suka sangat lah, bila baju yang dah dicuci kering wangi aje bau. Lagi best masa nak melipat baju, seakan terapi tau. TOP memang dah terkenal pun, dan kali ini tiak mengecewakan sebab ianya 3 kali lebih pekat berbanding pelembut fabrik yang biasa.


Makan di Restoran Rimbun Mat Top, Sg. Petani, Kedah

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. 

Restoran yang kebetulan kolin jumpa semasa travel balik kampung bulan Disember yang lalu memang memikat hati. Restoran ini terkenal dengan nama Mat Top ini rupanya menawarkan pelbagai menu untuk korang. Sesiapa yang teringin nak makan lauk pauk kampung dan menu masakan orang utara boleh lah datang ke sini untuk jumpa. Lagi unik tempatnya bersebelah betul dengan sawah padi. Dan ada ruang atas pokok juga untuk yang nak makan adventure sikit. 



Ruang untuk parkir kereta pun banyak. Untuk makluman,  restoran Mat Top ini dibuka dari jam 10 pagi sehingga 11.30 malam. Tapi untuk malam minggu sampai jam 12 malam. Hari jumaat tutup yee.