Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Terima kasih kak chik!

Assalammualaikum
 
kolin rasa bangga sangat laah..baru baru ni customer setia kolin hantar watsapp bagitau baju yang kolin manik kan tu jadi bualan satu opis kak chik. Wah hati ni memang berbunga bunga syukur alhamdulillah sangat. kerja tangan kolin yang penuh ikhlas ni..mencari rezeki demi keluarga dan anak anak. Memang rasa bangga sangat..harap semua doakan rezeki kolin murah dengan kerja tangan ni.
 
syukur alhamdulilah
hati rasa syukur sebab customer suka hasil kreatif kolin
 
thk u sooo much kak chik!!!
 
 
gambar baju kak chik yg di watsapp!!! santek tak!!

Harimau Malaya menganas!!

Assalammualaikum
 
Malaysia..Selamanya..lalallala
 
wah perlawanan malam tadi menentang Laos sangat teruja. Masa kolin tengah menjahit manik manik tu suami tanya..' eh rasa malaysia bole menang ke?' hihihih..kolin senyum dan cakap ..Insya Allah boleh. Sebab kolin perasan rakyat malaysia ni sangat bersemangat. dan ini terbukti malam tadi mereka bermain dengan bermati matian ok. sangat suka tengok kerakusan wan zack haikal yang memang tak putus putus namanya di sebut dato hasbullah awang pengulas sukan disukai ramai kita. syok giler..tapi kunalan memang terbaik untuk support penyerang handalan kita.
 
namun safee sali dan mat yo memang mempunyai banyak peluang malam tadi..sangat banyak. ikutkan kita bole bantai Laos 10 - 0 ok. tapi tu  lah kelekaan penjaga gol kita melepaskan satu gol malam tadi harus diberi perhatian. Tapi bagi kolin..gandingan khairyl muhaimen dan baddrol lebih mantap berbanding safee dan mat yo. sebab kedua pemain jutawan ini macam takde 'chemistry' atas padang la.......
 
anyway ..tahniah harimau malaya. semoga kita dapat mengukir sejarah sekali lagi. Rajagopal jangan putus asa..jangan putus harapan. yang ni kolin nampak dalam tv malam tadi
 
'busuk busuk harimau malaya, orang kita jugak'
 
betul betul dan betul...
 
come on harimau malaya!
we can to this!!! Chaiyokkkkk
 
 

Piala AFF Suzuki 2012

Assalammualaikum
 
untuk makluman semua kolin ni peminat bola tempat tempatan, kalu international memang laa tak layan. sebab banyak lah sangat oiii..yang ensem ohsem aku kenal ler. anyway semua orang tau yang piala AFF suzuki yang telah dimenangi oleh negara kita tahun lalu. Kita menang mengatasi indonesia dan pada masa tu memang semua wira bolasepak di angkat dan dijulang.
 
tapi prestasi hambar skuad harimau malaya menentang singapura minggu lalu amat mengecewakan. memang nampak ada pemain yang bersungguh, cuma satu pada amatan kolin. pemain bola jutawan jutawan malaysia kita ni malas berlari kejar bola..memang berlainan dari permainan pihak lawan.
kenapa harimau malaya? kami memang akan tetap menyokong kamu dan terus berdiri bersorak untuk kemenangan kamu..merayu kamu wahai harimau malaya, berjuang lah ke titisan peluh terakhir.
 
Malam ini harimau malaya akan menentang Laos...hanya kemenangan yang kami dahagakan. Kami dahagakan gol yang banyak banyak. Kepada apek yang bakal bergelar pengantin baru..yang terbaik buat mu wahai apek. Jagalah pintu gol negara kita dengan penuh hemat!!!
 
Doa kami untuk kemenangan mengiringi pasukan harimau malaya. Semoga Dato Rajagopal dapat menyuntik tip tip baru buat semua pemain harimau malaya.
 
Peace!! Sukan menyatukan negara!!
 
gambar PM memberi suntikan semangat kepada team harimau malaya
sumber dari : Heloo PM email kolin tau hahhaha...Thk u Dato Najib
 
 

ikan bawal stim

Assalammualaikum

haa hari ni kolin nak share resipi ikan bawal stim yang memang stim dan senang nak stim heheheh. Nak buat ikan stim ni memang senang mengila. Agak-agak kalau korang terasa nak menu sihat dan senang disiapkan boleh lah tiru gaya aku hahah
 
so 1st..beli ikan bawal, siang bersih bersih dan letak dalam pinggan ok..
 
 
ok letak pulak la pinggan tu atas tray periuk nasi baru aku. Kan aku dah kata senang..sebab nasi masak, lauk pun siap..ko mampu. Punya lah pemalas kan aku nih..
so kat ikan tu letak la cili padi potong ikut suka, kalu suka pedas letak lah lebih. letak jugak kunyit,  halia, bawang putih dan bawang merah. Haa letak ikut suka lah ye..aku ni memang suka buat halia dan kunyit ulam makan dengan nasi, maklumlah perasan awet muda kuikuikui.
 
 
selepas itu amik sebiji limau tu..haa tu aku pegang limau tu. Korang belah dua dan perahkan limau tu atas ikan tu..ini mengantikan serai dan menghilangkan hanyir ikan. so masa stim nanti wangi aje weh ikan tu. Memang sedap rasa ok!
 
Selesai semua tu..tak payah sibuk buh air ler. Sebab masa korang stim ikan ni nantikan. Kuah tu akan terhasil secara semulajadi dengan ikan bawal tu, so semulajadi yang sedap.
 
Amik tray putih tu yang berisi pinggan ikan yang sedia untuk distim dan letak lah ke atas periuk nasi tu. Jangan lupa lak basuh beras untuk masak nasi. So dah ready!!..letak letak letak
 
 
ok letak tray dan pinggan yang berisi ikan tu di periuk nasi. ni lah periuk nasi baru kolin, canggih tak hahaha. Saja nak tayang ngan korang... tu yang kolin share resipi baru ala ala sengal nih. Rasainnn....
 
bila dah letak ikan kita tutup penutup periuk ni dan apa lagi on switch dan tekan cook. So bila kita masak nasi, kita dapat lah lauk yang sihat dan berkhasiat. Simple dan senang bukan..
 
haa ni lah tajuk periuk nasi aku..alah wei..murah aje..hasil duit manik ler nih..
 
 
 
bila dah siap..ini lah rupa ikan bawal stim kolin. Makan tuk tengahari yang malas..sangat mudah kan Semua orang bole buat,orang yang tak pandai memasak pun bole jadi terer ok ngan masakan se simple ini. Yang penting bole masuk perut dan baik untuk kesihatan.
 
selamat mencuba
 
 
p/s: korang agak-agak sok lusa bole tak kolin bukukan resipi resipi aku ni hahahha

Crumble jubah


assalammualaikum

kali ni tempahan dari kawan sekolah kolin tu si azreena. Baju jubah yang sama fesyen dengan sebelum ini. yang dulu kuning tu buat manik di bahu dan di hujung lengan. tapi kali ini kolin letakkan taburan pearl di dada jubah ini mengikut butang dan batu batu yang memang sedia ada di baju jubah ini. Baju jubah ni sebenarnya warna oren..ntah apa malang nasib kamera bbery aku tu bila snap  jadi macam warna cokelat cair lak warna jubah tu. And kolin hiaskan hujung lengan baju jubah ini dengan crumble yang sweet untuk si pemakai.

Semoga azreena happy!!!
Rezeki kolin cari duit anak nak sekolah tahun depan...yeay!