Assalammualaikum
haa hari ni kolin nak share resipi ikan bawal stim yang memang stim dan senang nak stim heheheh. Nak buat ikan stim ni memang senang mengila. Agak-agak kalau korang terasa nak menu sihat dan senang disiapkan boleh lah tiru gaya aku hahah
so 1st..beli ikan bawal, siang bersih bersih dan letak dalam pinggan ok..
ok letak pulak la pinggan tu atas tray periuk nasi baru aku. Kan aku dah kata senang..sebab nasi masak, lauk pun siap..ko mampu. Punya lah pemalas kan aku nih..
so kat ikan tu letak la cili padi potong ikut suka, kalu suka pedas letak lah lebih. letak jugak kunyit, halia, bawang putih dan bawang merah. Haa letak ikut suka lah ye..aku ni memang suka buat halia dan kunyit ulam makan dengan nasi, maklumlah perasan awet muda kuikuikui.
selepas itu amik sebiji limau tu..haa tu aku pegang limau tu. Korang belah dua dan perahkan limau tu atas ikan tu..ini mengantikan serai dan menghilangkan hanyir ikan. so masa stim nanti wangi aje weh ikan tu. Memang sedap rasa ok!
Selesai semua tu..tak payah sibuk buh air ler. Sebab masa korang stim ikan ni nantikan. Kuah tu akan terhasil secara semulajadi dengan ikan bawal tu, so semulajadi yang sedap.
Amik tray putih tu yang berisi pinggan ikan yang sedia untuk distim dan letak lah ke atas periuk nasi tu. Jangan lupa lak basuh beras untuk masak nasi. So dah ready!!..letak letak letak
ok letak tray dan pinggan yang berisi ikan tu di periuk nasi. ni lah periuk nasi baru kolin, canggih tak hahaha. Saja nak tayang ngan korang... tu yang kolin share resipi baru ala ala sengal nih. Rasainnn....
bila dah letak ikan kita tutup penutup periuk ni dan apa lagi on switch dan tekan cook. So bila kita masak nasi, kita dapat lah lauk yang sihat dan berkhasiat. Simple dan senang bukan..
haa ni lah tajuk periuk nasi aku..alah wei..murah aje..hasil duit manik ler nih..
bila dah siap..ini lah rupa ikan bawal stim kolin. Makan tuk tengahari yang malas..sangat mudah kan Semua orang bole buat,orang yang tak pandai memasak pun bole jadi terer ok ngan masakan se simple ini. Yang penting bole masuk perut dan baik untuk kesihatan.
selamat mencuba
p/s: korang agak-agak sok lusa bole tak kolin bukukan resipi resipi aku ni hahahha
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you