Assalammualaikum semua
Selamat Hari Raya Aidiladha, semoga semua pengorbanan kita diterima Allah SWT.
Ni kenangan kolin sewaktu berpeluang menunaikan haji tahun lepas 2024. Dalam umur awal 40-an tak pernah kolin menduga rezeki tunai haji datang seawal ini. Ini salah satu jamrat yang kita melontar masa menunaikan haji. Ramai masa ini, mungkin gambar ini tak nampak seluruh tempat kan. Tapi dari khemah Mina nak ke Jamrat ini, kolin berjalan 10km pergi dan balik. Dan masa tu selipar bata tu lah yang paling selesa tau! Alhamdulillah
Terus terang kolin katakan, impak raya haji tahun 2025 ini banyak buat kolin termenung dan terfikir.
Tahun lepas kolin berjuang dalam menuju panggilan Tuhan. Macam mimpi, tunai haji.
Kolin pergi haji bukan dalam perancangan, persiapan sangat sedikit. Bila mama dapat panggilan tabung haji, kolin terus mohon juga supaya dapat mengiringi mama pergi. Mama dah 72 tahun, kalau ikut pengalaman kolin ramai orang-orang tua pergi tanpa pengiring ini sedih tengok. Korang semua kalau mak ayah pergi haji, usahakan teman okay. Usaha!
Atas doa mama dan izin Tuhan kolin pergi haji awal, muda dan masih kuat.
Masa nak pergi, kolin banyak termenung sebab memikirkan dosa yang banyak. Takut nanti kat sana Allah bagi ujian yang kolin tak mampu nak lalu. Nangis hari-hari bila driving sebelum pergi haji tu Tuhan sahaja yang tahu.
Kolin sedih nak tinggal anak-anak, keluarga dan suami. Kerja pun memikir juga dengan macam-macam hal. Ujian dengan orang keliling memang paling hebat. Kolin banyak menangis sebenarnya bila fikir mulut orang.
Kolin sedar yang banyaknya dosa, banyaknya khilaf. Tapi siapa sangka bila kolin lalui kata nista kejian orang tu kalah hati ini akhirnya.
Kolin dah maafkan sebab kolin dah tengok macam mana penuhnya Arafah tu. Itulah gambaran padang mashyar nanti, sanggup ke kolin nak biar orang cari kolin dalam berjuta manusia tu untuk minta maaf.
Dalam kerendahan hati di hari raya korban ini kolin maafkan semua orang yang pernah menyakiti hati kolin, terutama teman-teman sekerja yang terang-terang menyakiti tanpa rasa simpati. (sambil menaip pun masih nangis)
Untuk tahun 2025 ini, kolin hanya banyak berdoa supaya kolin dimurahkan rezeki, dijemput lagi menjadi tetamu tapi kali ini nak pergi bersama keluarga tersayang. Moga rezeki kolin mencurah-curah, nak pergi tu pun perlu dana yang bukan murah kan.
Semoga Tuhan ampunkan semua dosa kolin dan keluarga. Semoga semua amal kebaikan dan ibadah kolin diterima.
Salam Aidiladha semua - semoga korang semua diberkati tuhan selalu
salam aidil adha...rezeki kolin dpt peluang iring mama utk menunaikan haji
ReplyDeleteSalam Aidiladha Kolin...
ReplyDeletealhamdullilah, rezeki muda dapat tunaikan haji
ReplyDeletemacam baru sangat lagi tengok status Kolin dan mak mengerjakan ibadah haji tahun lepas, kan.. dah bertukar Zulhijjah 1446 pula beberapa hari yang lalu ..
ReplyDelete