Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

RESTORAN MAKAN SEDAP, JALAN PAHANG KUALA LUMPUR

Assalammualaikum korang semua. Sebenarnya banyak kali lalu depan Restoran Makan Sedap di Jalan Pahang ni. Yang memikat hati sebab semua seafood beratur dan mengunung kat situ. Memang macam pasar basah tau. Cara dia jual, korang ambil apa lauk korang nak dan akan di timbang. Harga timbang tu dah sekali masak lah. Satu lagi ini SEAFOOD, so harga memang mahal ye. Jangan lah bandingkan dengan kedai tomyam. Kolin kat sini sebab dapat gaji hahahah. So niat belanja keluarga makan sedap-sedap setiap gaji time.


Dia paparkan harga semua siap-siap. Masa timbang tu dia bagitahu juga berapa harga hidangan. Macam sotong dan udang kolin ambil tu buat sambal, dia cakap terus terang RM115 siap masak. Ketam sekor RM30, so kolin ambil 2 ekor. Jadinya siap masak RM60. Segala korang ambil dia akan bagitahu siap-siap. Kalau tak mahu boleh letak kembali tempatnya. Jangan risau tiada siapa akan marah atau judge. Lagipun duit kita kan, hak kita lah nak tau spend untuk tahap mana. 


ini lah senarai harga. Pamer besar-besar tau.

Kat sini bawa pinggan besar yang korang dah pilih semua lauk pauk yang hendak di masak. Dia akan timbang dan bagitau siap-siap harga.

Pilihan masakan pun ada kat situ. So korang boleh pilih siap-siap masa beratur supaya barisan tak lah panjang kan. 


KEMPEN KEMBALI KE SEKOLAH "CERAHI KEHIDUPAN BERSAMA TOP"

 

Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar 

Sekolah Rendah 

 

Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

Satu kajian mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad.

 

Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.   


 

KASUT SEKOLAH DARI PALLAS MALAYSIA

 Assalammualaikum korang semua. 

Bermula 2 Januari 2022 semua anak-anak akan kembali ke sekolah dan kita sebagai mak ayah paling sibuk dalam menyediakan segala keperluan untuk kembali ke sekolah. 

Selalu mana baju lama-lama kalau muat lagi kolin tak beli pun baru. Tapi yang pasti kasut akan bertukar saiz. Setiap tahun dari mula anak-anak sekolah dulu, kolin memang suka sangat dengan kasut dari PALLAS MALAYSIA

PUTEH BEACH BAR, KUANTAN PAHANG

 Assalammualaikum semua

Ini lah PUTEH BEACH BAR, KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR


Dapatlah merasa melepak makan tengahari kat sini sebab menginap di Hotel Adena, Kuantan. Ikutkan plan malam nak melepak juga, tapi ada private event, maklumlah tempat ni cantik dan nak ootd tu memang port meletop dan sentiasa penuh.

Nak makan di sini lebih baik korang booking dulu. Kolin kawan dah booking so kami pergi aje terus dah ada meja. 


Sebelum order makan kami bergambar lah dulu. Rugi pulak rasanya tak bergambar tempat lawa macam ini kan. 

MAKAN MALAM DI CAFE CHEF WAN 1958

 Assalammualaikum korang semua

Siapa yang tak kenal Chef terkemuka tanahair kita Malaysia iaitu CHEF WAN. Teringin betul kolin nak merasa masakan dia. Kalau nak tahu, taste Chef Wan memang terbaik lahkan. Bila dapat makan masakan dia memang lah seronok. Terima kasih laa buka Cafe ni, dapat juga kami ni merasa tau.  Selalu tengok dalam TV dan media sosial aje.


Cafe Chef Wan 1958 yang terletak di KL East Mall, Kuala Lumpur ini memang cosy sangat. Dekorasi lawa dan kalau datang waktu puncak memang kena beratur tau. Demi nak merasa juga, kami beratur. Tapi rezeki tak lama mana terus dapat meja. Lokasi meja lak dekat dinding belakang yang lawa tu. 

HIDANGAN NASI MENDI DARI RESTORAN JANNAT SABA' SEDAP BETUL

 Assalammualaikum korang. 

Buat peminat nasi mendi, ada port baru kolin nak kongsi. Tempat ini memang simple, dekat Ampang dan paling penting MURAH. 

Selalu kalau kolin makan nasi mendi mahal wei, yang ini boleh dikatakan berbaloi lah untuk poket sekeluarga terutama suami. 


ya betul, kedai ini orang melayu yang kolin nampak. Pandai dia masak...sedap tau.