Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PENGINAPAN SATU MALAM DI AVILLION PORT DICKSON

Assalammualaikum korang semua, semoga sihat dan dah nak habis tahun 2019 dah kan. Untuk bulan Disember ini kolin sure korang ramai yang nak holiday kan. Kali ini kolin berkongsi dengan korang semua penginapan yang dekat aje dengan Kuala Lumpur dan terletak di Batu 3, Port Dickson! Haa inilah dia percutian romantik di Hotel Avillion Port Dickson

Tengok view ini pun dan menenangkan, betul tak?



Masa sampai tu rasa seronok sangat sebab hotel ini dekorasi landskap dia memang mengugat jiwa. Jadi kalau yang nak mencari tempat honeymoon or babymoon yang dekat boleh lah consider hotel ini untuk getaway. 



Kolin dapat bilik bahagian atas, so ada tiga katil. Satu katil day time kat tingkat tu, dan dua katil yang antik tu. Ruang bilik mandi luas, tu tengok ada bath tub tengah-tengah. So kalau pergi dengan yang tersayang boleh laa feeling-feeling mandi bath tub sesama. Haaa nampak....kalau ko pergi ngan kawan-kawan tak lah kut hahahah. Tapi kalau pergi dengan anak-anak boleh juga, dema boleh enjoy mandi tub dalam bilik. 

Antara ruang bilik dan ruang bilik mandi atau tempat bersiap tu ada sliding door. So kalau malam boleh lah tutup aje sliding door tu. Pasal aircond tip top aje..sejukkk...








Mereka ada juga chalet atas laut tu, atau dikenali dengan water chalet. Ikut bajet memasing lah nak yang mana satu kan. Yang pasti ada duit semua siap hahhahaha. Bercuti ni tak perlu kira jauh dekat wei, janji ada tempat baru yang cantik untuk di explore redah aje.


Dalam bilik tu semua kemudahan ada lah, seterika dan segala yang diperlukan. Cuma lighting tak lah terang wei, memang bilik penginapan ini romantik aje beb. 


Untuk fasiliti semua ada, kalau nak mandi laut pun boleh. Bab kolam renang ni paling penting! Kolam renang kanak-kanak dan dewasa ada aje tepi restoran tu. Tapi kalau kolam renang dewasa dibuka 24 jam tau! Itu kolin cakap sesuai untuk honeymoon atau babymoon hahaha. So korang boleh la berenang lewat malam. Kalau dah siang sibuk berjalan, malam-malam boleh mandi kolam kan. 


Selain itu mereka ada burung merak yang lepas bebas kat sini, ayam dan burung pun ada juga. Pendek cerita sesuai untuk sekeluarga atau pun yang datang berdua. 

Nak murah boleh lah try tengok Agoda atau Trivago tau. Cari harga yang terbaik untuk cuti sekolah ini. So korang siapa yang hobi sama dengan kolin boleh lah tengok #kakaksukatidurhotel hahaha. Semoga perkongsian ini membawa sedikit idea untuk korang yang mencari destinasi mana nak pergi cuti sekolah ni ye :)

terima kasih membaca entri ini 



5 comments:

  1. dah berapa kali pi PD teringin nau nak stay avillion ni, in shaa allah ada rezeki kak ana nak juga merasa stay sini, Kolin :)

    ReplyDelete
  2. syok stay sini...dlu amik bilik water chalet...pool pn beso

    ReplyDelete

loving me..loving you