Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Review: UnBoxing dUck Scarves

assalammualaikum dan salam sejahtera
Maklumlah kolin bukan ikuti sangat fesyen tudung ni. Lagi pulak yang mahal. Kita selalu beli shawl RM10 kat pasar malam aje uolss. So nak dijadikan cerita, kolin ni nak tahu sangat apa yang best dUck Scarves ini sampai boleh habis beratus helai dalam masa beberapa jam. Kagum dengan penjual tudung ini sebab dia berjaya membuat fenomena tudung kat Malaysia ini. So paling murah plain shawl dia berharga RM130 kolin beli di online Fashion Valet. 
Bila sampai memang ada ribbon, tapi masa buat video ini kolin lupa nak pasang balik hahahah. So inilah video kolin unboxing salah satu dUck Scarves yang di beli. Salah satu tau hahaha. Terjebak lah beli beberapa helai buat koleksi peribadi. Tapi masih boleh kontrol nafsu lah, sebab dUck Singapore kolin tak beli pun. Rasa macam mahal lak RM250 untuk sehelai shawl tu. 



Selepas beli dan pernah pakai, inilah review kolin. 
1. Memang agak mahal untuk plain shawl, tapi bila korang terima parcel dalam kotak keras yang dibalut rapi hilang sekejap rasa mahal tu. 
2. Ada greetings card dan lebih manis penjual ini menerangkan kalau korang mencari cara memakai shawl dia macam mana. Siap tulis 'you've been ducked" Comel sangat. 
3. Ada kertas nipis yang selalu ada kalau kita beli handbag kat butik. So korang beli tudung, dibalut rapi macam ini memang lah tampil mewah kan. 
4. Kain setakat ini berkualiti dan cutting tepi eyelash tu yang membuatkan ianya tampak berlainan dari tudung di pasaran.
Dan akhir sekali pada pendapat kolin, pencetus fenomena ini Vivy Yusof yang sebenarnya pandai membuat penampilan rangkaian dUck. Cukup kagum dengan beliau. So korang yang nak tambah jenama koleksi tudung, boleh lah beli sehelai dua untuk merasa. Tak beli pun tak mengapa. Tapi inilah review kolin untuk dUck. 
Sekian terima kasih 
Love, 
Kolin Zainal 

6 comments:

  1. duck boleh tahan mahal...saya mampu tengok jer..huhuhu

    ReplyDelete
  2. suka baca blog vivy..walaupun dia dh terkenal..vivy tetap menulis blog.. kdg2 org beli produk dia sebb personality dia kan.. nanti boleh selfie dgn duck scarves baru hehehee

    ReplyDelete

loving me..loving you